21 Sep 2012

Cikgu Azliza Disyaki Telah Dipukau Sebelum Dilarikan

Minta perhatian kepada semua rakan! Andai anda terlihat atau terjumpa wanita seperti di dalam gambar tersebut, sila hubungi ke balai polis terhampir atau anda boleh hubungi terus ke talian 019-7986520 atau 07-8952486 (bapa wanita tersebut). Untuk makluman rakan-rakan, wanita tersebut ialah seorang guru yang dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki. Wanita tersebut dipercayai menghilangkan diri diluar kesedaran dirinya (berkemungkinan disihir / dipukau). Maklumat mengenai wanita tersebut seperti berikut : NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN UMUR : 27 TAHUN STATUS : BUJANG PEKERJAAN : GURU WARNA KULIT : CERAH TINGGI : 5 kaki 6 inci LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN rakan-RAKAN AMAT DIHARAPKAN P/s: Wanita ini telah dilaporkan hilang sejak Mac 2012. Saya telah menghubungi ayah kepada wanita ini [yang juga merupakan seorang pesara guru] dan beliau melahirkan rasa sedih dan hampa apabila anak yang dibesarkan, diberi didikan hingga ke peringkat paling tinggi dilarikan orang, Mohon jasa baik dari orang-orang hebat seperti Tok Belagak, Kiyai Tukul Mohammad Fahmy, dan mata-mata handalan seperti Mohd Pazwannie M H. Jasa kalian amatlah dihargai ibu-bapa wanita ini. Dari esak tangis seorang bapa. Kisah tentang perubahan drastik anaknya setelah mengenali lelaki [yang dipercayai melarikannya] amat meruntun hati. Mohon Petunjuk Al Amin agar dimudahkan sebuah pencarian ini. -fb

8 ulasan:

Awanama berkata...

smg selamat beliau

Awanama berkata...

beginilah perasaan bapa altantuya.
Nak jumpa najib pun najib tak mahu.
seperti syaitan yg masuk lorong lain bila ternampak saidina umar al khattab

Awanama berkata...

Anon 11:25....betul tu, syaitan terpaksa masok lorong lain kerana takut di=rejam...hahaha.

Zenal Ambarawa berkata...

wah info nya ok mas brooo

Kak Mahh berkata...

Jika masih ada...individu ini diharap beliau segera menghubungi keluarganya...atau yang mengenali beliau..segera bertindak yang sewajarnya.

Osama berkata...

teringat aku beberapa tahun lampau kesah aisyah budak pontian yg hilang & di murtadkan!
Yg memurtadkan tu bersalah apa2 krna undang2 Malaysia yg sekular ni tidak melindungi org2 islam dlm bab murtad!
Sesiapa yg telah berumur 18 tahun undang2 membenarkan mereka memilih agama mreka sndri!
Waimah pertukaran agama seseorg tu scra pksa, sihir, pukau, atau pksarela kita have no say klu bwk g court!
anywy akan aku war2kan hal ni..
Smuga Cikgu Azliza kuat mempertahankan imannya & mga Allah memayungi rahmat & ksejahteraan pd beliau.
Alfatehah...

Awanama berkata...

InsyaAllah. Sampai ke Sabah pun kalau saya terlihat cikgu ini cepat - cepat saya call polis. Maklumlah penjenayah sekarang ini makin hari makin pintar mungkin so ada kemungkinan juga dia dibawa lari ke Sabah. kalau terlihat saya call. Tapi kalau sudah kena bawa lari ke luar negara itu kena minta interpol.

Unknown berkata...

Dah jumpa belom