21 Ogo 2012

Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena


Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.

Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.

Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.

Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.

Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri.

Itu adalah kisah ingin berhijrah.

Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang.

Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/ (blog ini sudah dipadamkan oleh tuanpunya -GB), terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram.

Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini.

Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung.

Tajuk-tajuknya juga terlalu ‘pedas’ dan menusuk hati kalau dibaca.

Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam.

Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai.

Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara ‘candid’. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang ‘tajam’ seperti itu.

Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini.

Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian.

Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak.

Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri. -mynewshub






4 ulasan:

Nak kenali Islam berkata...

Saya nak minta pendapat GB tentang mereka yang baharu masuk Islam tetapi tetap seksi...Suami dia yg memang Islam pun tak kisah...Hidayah ke tu? Boleh tak kita bicarakan tentang hidayah seseorang tu? Sy dengar sekiranya masuk Islam dosa seseorang tu dihapuskan, seperti lahir semula, so kalau dia tetap seksi selepas convert Islam, adakah dia terkecuali...Sorry sy ni jahil, tolong betulkn persepsi sy...

Unknown berkata...

Sdra anon 11:44

Apabila seseorang lelaki itu telah mengahwini seorang isteri yang sebelumnya bukan beragama Islam, setakat yang GB tahu, maka menjadi kewajopan si suami mendidik isterinya terhadap ajaran-ajaran Islam. Jika tidak berkesanggupan hendaklah menghantar isterinya ke kelas-kelas ilmu Islam.

Jika tidak maka si suami itu dianggap DAYUS.

Di dalam satu hadith:

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Maksudnya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ? Maka jawab Nabi : Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, dedah aurat, pakai seksi, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan anaknya)

Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

byk peringkat mualaf ni..klu 3-4bln ok la.. tp klu dah 5-6 thn, tak kan masih nk kata baru masuk islam..common sense la..

Tanpa Nama berkata...

Dugaan pada yg umat yg sedar & benar2 faham agama agar teruskan berdakwah. Antara cara yg berhemah ialah, tegur dgn senyum, hulurkan pamplet/flier yg mudah tg aurat, yg telah sedia dibawa dlm handbag.
(bagusnya wanita2 le yg menjalankan tugas ni utk wanita)

Sbb seorg kenalan baik & ok amalan agamanya, Allah uji salah sorang anak perempuannya yg pakai ala2 dlm gambao tu, manakala anak2 lain ok.

Dapat menantu perempuan pun cam tu. Bukan dia tak pernah berdakwah, malah sejak kecik dia sentiasa tak putus beri didikan agama yg betul.

Masy yg tak faham mencemuhnya, sbb anaknya yg sorang tu. Depa kata, maknya pandai agama tapi tak tau didik anak.

Manakala yg faham situasinya, mengaitkan ttg Nabi Luth & Nuh pun aada anak & keluarag yg ingkar.

Kwan saya tu (juga kita semua), tak putus2 bermunajat pada Allah, muhasabah diri, tingkatkan ilmu & amal, mudahan2 satu hari Allah beri peunjuk pada anak & menantunya .

Allah nak beri pehala banyak baginya, kerana klu snak2nya ok, kemungkinan dia dah rasa lega dgn amalannya & berbangga serta riak pula. Astagfirullah.

So, kita yg dah amalkan perintah Allah ni, bersyukurlah & sbg tanda syurkur tu, antaranya ialh tolong2 le sdar2 kita tu dgn berdakwah, klu sesekali perlu keras sikit, keras le... ikutle situasi & siapa.