21 Ogo 2012

Isu Hudud: Letak Syarat, Mahathir Tidak Ikhlas - Presiden ABIM

Shah Alam- Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya,” katanya. -SH

4 ulasan:

Awanama berkata...

bila nak buat hudud mesti pas. Sebab apa Umno tak boleh buat tanpa pas. kan kat dalam umno tu ada ulamak bukan ular dalam semak. buat aje jangan takut. dalam pentadbiran kerjaan semua jabatan agama ada. ka tak yakin dengan hukum hudud. Semua ulamak Unmo tolong jawab soalan ini.

Awanama berkata...

bukan um NO x nak buat,,tp kami(um NO
suka jd lembu dn diperbodohlembukan dulu kini dan selamanya,,,janji dtepati..kerana kami rasa hukum ISLAM
bolleh diubah ikut citarasa dn kehendak zaman ,,,lembu tua Mahathir dn mazhabnya...

Awanama berkata...

Madey d kenakn hukum hudud dlu..ada bran chedet,pastu bole join pas

Awanama berkata...

Mahathir nak buat hudud versi UMNO