21 Ogo 2012

LGE Tertarik Ajaran Islam Tentang Doa Pemerintah Adil, Org Berpuasa & Org Yang Dizalimi

DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menolak golongan yang rasuah dan menyalah guna kuasa sepertimana menjadi tradisi UMNO-BN.

DAP juga percaya bahawa keamanan hanya boleh tercapai dengan persefahaman, kebenaran, keharmonian dan nilai murni antara kaum, mengecapi kemajuan dan menitikberatkan keadilan untuk seluruh rakyat .

Demikian amanat penting buat seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan rasmi Hari Raya Aidilfitri DAP Kebangsaan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Menurutnya, beliau amat tertarik dengan ajaran Islam yang ada menyatakan mengenai tiga golongan yang tidak ditolak doanya, iaitu pemerintah yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.

“Jadi inilah sebabnya kerajaan PR berusaha dengan bersungguh-sungguh memberi komitmen untuk menjadi kerajaan yang adil agar doa para pemimpin Islam yang berada dalam perjuangan PR diterima, khususnya agar masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.” Ujar beliau.

Justeru katanya, dalam usaha menegakkan keadilan, pemimpin PR terpaksa menghadapi banyak fitnah dan tomahan jahat seperti fitnah skandal seks yang terjijik dan juga fitnah sebagai petualang yang mencetuskan tragedi berdarah Mei 13.

“DAP yakin bahawa di kalangan seluruh rakyat yang beragama Islam maupun yang bukan Islam dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil.


“Itulah sebabnya rakyat semakin muak dengan fitnah skandal seks yang cuba dibabitkan terhadap pimpinan PR atau ahli keluarga mereka sehingga rakyat tidak percaya lagi.”

Turut disentuh Gun Eng ialah mengenai filem “Tanda Putera” yang disifatkan sebagai rasis dan percaya bahawa ia merupakan usaha terbaru memburuk-burukkan DAP.

“Filem “Tanda Putera” ini cuba mengaitkan saudara Lim Kit Siang sebagai berkelakuan tidak senonoh dan menjadi pencetus tragedi Mei 13 di Kuala Lumpur walaupun beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan amat menyedihkan lagi apabila filem ini telah ditaja oleh Kementerian Penerangan dan mendapat publisiti meluas media dan cybertroopers UMNO serta khbar Utusan Malaysia.”

Selain memainkan isu perkauman, isu agama juga sering digunakan pihak UMNO-BN yang boleh menimbulkan kebencian dan ketegangan.

“Sebelum ini Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sering diserang dan dilabelkan sebagai anti-Islam, kemudian DAP juga dituduh mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara Malaysia.

“Walaubagaimanapun, tomahan dari laporan Utusan Malaysia ini telah disahkan palsu dan tidak benar sama sekali oleh pihak polis.” Jelas Guan Eng.

Sungguhpun begitu kata Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang menyebarkan fitnah terutamanya terhadap Utusan Malaysia dan UMNO.

Beliau menegaskan bahawa usaha PR menentang mereka yang rasuah dan zalim tanpa mengira siapa pun samada kaum atau agama malah usaha murni ini memberi harapan cerah kepada negara.

“Adakah rakyat Malaysia mahu mengulangi gejala kerugian RM1,000 bilion daripada wang haram yang mengalir keluar daripada Malaysia dalam tempoh masa 10 tahun ini?” soal beliau.

“Pilihan rakyat Malaysia adalah jelas iaitu di antara ideologi ketuanan UMNO yang penuh dengan fitnah, kebencian, keganasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menganiayai rakyat ataupun sebuah negara berprinsip dan bersatu padu berdasarkan prinsip kebebasan, kebenaran, keadilan, mengeratkan hubungan silaturahim dan kebajikan untuk semua.”

Di akhir kenyataannya, Lim Guan Eng mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.” – roketkini

5 ulasan:

Awanama berkata...

puak melayu ini menimbulkan isu tersebut bukan nak beri orang melayu duduk damai tetapi supaya orang melayu marah kepada bangsa cina dan bangsa cina akan marah bangsa melayu. inilah propagandan yang telah dibawah oleh Yahudi Zionis untuk melemahkan negera plastin. Kalau tak percaya kajilah buku Strategik Zionis dunia.

Awanama berkata...

terbaek dari guan eng

Unknown berkata...

tahniah tuan atas ucapan tuan....

Awanama berkata...

Tabik hormat YB LGE..xpernah pemimpin bn(umnomcamic) ckp cmni,terbaek LGE..

Awanama berkata...

Soi Lek ada berani ka mau pelajari ilmu Islam macam LGE