14 Ogo 2012

Nasaruddin Sertai Rombongan Najib Ke Mesyuarat OIC



Bkeas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa mengikuti rombongan PM Najib Tun Razak ke Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di Mekah.

Berikut ialah laporan capton bagi foto di atas oleh BERNAMA:

MAKKAH, 14 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini.

Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa.


Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah.



Ulasan GB

Semakin terdedah, tokoh-tokoh UG di dalam PAS. Mujur kalah di dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dahulu.

Biarkanlah dia, penipuan terhadap jemaah amat besar akibatnya. Serahkan kepada Allah swt untuk menguruskan hal beliau.

Lihat saja apa yang telah berlaku kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali. Semakin hari semakin gila, semakin hari semakin hina.

Dan Najib sanggup melakukan apa saja, belanja seberapa banyak yang ada kerana telah menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku... kini membilang hari UMNO BN dicampak keluar dari Putrajaya!


PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa

KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.

Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.

"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.

"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.

Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.

"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.

Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
-HD


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, Allah menampakkan juga kebusukkan akhlak yang ada pada dirinya. Saya sebagai ahli dan persaudaraan PAS tidak redha dia menjadi sebahagian dari PAS lagi. Semoga Allah menyingkirkan hambaNya itu dari kami. Semoga dia tersingkir sebagaimana Perjanjian Hudaibiyyah yang menyingkirkan orang Islam yang lari kepada musyrikin Mekah.

wak berkata...

Mudah-mudahan nasarudi akan jadi perdana menteri malaysia pertama melaksana islam secara syumul di malaysia tercinta ini...

Tanpa Nama berkata...

Bersangka baik lah dalam bulan Ramadhan ini, beliau pergi kerana menjadi penterjemah kepada DS Najib di samping memujuk Presiden UMNO supaya laksanakan hukum hudud sebagaimana cadangan ADUN dari Johor tempohari

Tanpa Nama berkata...

anon 12:59

x boleh bersangka baik macam itu sebab PAS adalah sebuah jemaah.. semua keputusan mesti mematuhi keputusan pimpinan jemaah, bukan bertindak sendirian membelakangkan majlis syura.

Tanpa Nama berkata...

Nasharudin Mat Isa still masih boleh diselamatkan lagi selagi dia bertaubat kepada Allah serta tidak bersengkongkol dengan golongan munafik. tapi kalau dia sudah jadi macam kawan karib dia Hassan Ali, dia susah sudah untuk diselamatkan kerana tanda munafik sudah ketara dan dia boleh dikategorikan sebagai orang munafik Wallahualam. ingat parti PAS bukan untuk orang munafik. hanya parti UMNO sanggup terima orang munafik untuk jadi ahlinya.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun hairan, sampai bila PAS nak simpan ahli yg menjadi gunting dlm lipatan ni, kalau ustaz ni jadi calon di tempat aku, pasti kertas undi akan aku koyakkan sampai hancur lebur, aku sesekali tak akan sokong org jenis mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

NASARUDIN SAUDARI PASTI SERONOK DIBUAI SYURGA DUNIA... INGAT JANGAN JATUH HINA DIHUJNG USIA

Tanpa Nama berkata...

Tiada perasaan langsung utk menjaga hati JEMAAH dalam saf PAS. Org mcm nie mmg patut sgt disingkirkan. Umpama duri dlm daging.

Tanpa Nama berkata...

bru2 ni najib dtg ke Bachok.. byk banner ampu yg trpaksa aku buat dr plbagai intrumen krajaan utk sambut najib. Aku rasa ada signal yg x brapa bagus di Bachok ni memandangkan nasarudin (YB Bachok) dh jd lagu ni. Samada PAS tewas atau majoriti berkurang di Bachok, kena hati2 & berwaspada. 1- Rakyat yg sokong nasarudin (ahli umno terus kekal sokong umno & mgkn ada juga ahli PAS brubah), 2- Rakyat yg terus undi PAS wlupun nasarudin cmtu. 3- Rakyat yg tawar dgn PAS sbb seolah PAS x brtindak dlm kes nasrudin.

tanda soal berkata...

oo berat la.. jenis melayu nok mapus di luar islam agaknya! harap2 nnatang ni digugurkan dari pencalonan PRU13.. org jenis ustaz mcmni x perlu doa dari kita untuk berubah sbb dia konon2 lbh tahu sgala2nya.. boleh blah... UG utk mentahkedarah dia je la..

Tanpa Nama berkata...

Memanglah kita disuruh bersangka baik dengan orang lain kerana kita tak tahu apa yang tersirat diahti mereka.

Persoalanya: Kepada Nasarudin, kenapa tidak Fathul Bari atau Ustaz Kazim yang dibawa bersama. Apa tak ada ke dikalang ulama muda umno yang fasih berbahasa arab. Tak ada ke dikalangan pensyarah atau kakitangan kerajaan yang boleh berbahasa arab.

Diulang: Kenapa mesti Nasarudin Mat Isa!

Tanpa Nama berkata...

Tengokkan aja . kalau ok tak pa la kalau X tungu aja.

Tanpa Nama berkata...

bg aku..aku xkisah die still jd ahli pas...sbb skang die sperti ahli biasa yg lain..die xde pangkat dah.....lgpun aku sure pimpinan & saf serta shura PAS lepas ni xkan letak die jd calon...so dont worry...kelakuan die xmenjejaskan PAS...tp aku nk korang fikir sndirla....nk buang dr PAS..nt org kate PAS kejam plak....so kite layan je la die mcm biase....sbb lame2 aku sure die sendiri akan angkat kaki kuar dr PAS.....sbb die sbnrnyer dh xsuke Pas..tp sbb die pernah berbaiah kut..so die hold dulu...tp aku sure..lame2 die akan blah jugak...so korang nk sokong PAS..sokongla berterusan dan bukan sokong individu tp dasar parti PAS do....

Tanpa Nama berkata...

Begitulah lumrah dunia... petanda orang munafik. bila kalah bakar JAMBATAN, Mat Sabu, Mahfus, Husam.. adalah makhluk setia, berkali-kali kalah pun Iman nya teguh, seinci pun tidak bergerak, yang ini, Hassan dan Nasa ni, dah masuk kem lain dan bakar RUMAH sendiri. Jelas sejelas jelasnya.

Tanpa Nama berkata...

Secara logiknya Ust Nasarudin tidak akan dipilih lagi menjadi calon dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

yob22 berkata...

Ambo setuju dengan Anon 0934, pucuk pimpinan atau majlis kena buat sesuatu kat Mamat nie. Bagi nampak akan ketegasan parti dalam soal pegangan dan sokongan ke atas parti. Tanpa tindakan tegas pengundi atau ahli akan rasa yang Pucuk tidak bersungguh2; tak tau la kalau ada yang tersirat pulak !

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...

Persaudaraan islam nampaknya ada bercambah... bagi yang menentang pertemuan ini, Sesungguhnya Allah dah membiarkan kamu semua memandang baik kesesatan yang kamu lakukan... Ingin saya lontarkan soalan kepada sahabat jemaah PAS... soalan yang saya lontarkan pada muktamar yang lalu... apakah yang mula dilakukan Rasulullah SAW ketika mula mendakwah??? mempersatukan umat islam ataupon melaksanakan hukum islam???

Kalau siapa2 yang belajar sejarah dan menghayati agama maka jawapan sudah jelas... bagi yang telah mendapat penyakit cinta dunia di akhir zaman ini...jawapn nya seperti hamba2 Allah di atas... sesat dan menyesatkan

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.55, apo yg ko tulis ni?

Tanpa Nama berkata...

Mana Nik Abduh ni. Tak nak bela kekanda ke?

hairan berkata...

aku tengok nasha nih dari sudut yg lain. Kita kena tgk sudut positif sbb bulan posa nih kan. iaitu :

kesian najib.. nak jumpa ulamak pun terpaksa 'pinjam' orang pas

nampak sangat umno nih mmg takde ustaz/ulamak yang boleh pakai! semua dah pupus kot