14 Ogo 2012

[GAMBAR SEBENAR] Siling Hospital Serdang Runtuh, 4 Cedera


Projek 1 Malaysia! Keselamatan Rakyat Dibahlulkan Kekayaan Kroni Diutamakan!! Siapa punya kroni agaknya yg buat Hospital Serdang ni? Berapalah untung mereka dapat? Sehingga siling Hospital Serdang ni pun boleh runtuh!! INI BUKAN KALI PERTAMA!!

Ini merupakan kejadian kedua di Hospital Serdang, yang beroperasi sejak Disember 2005, selepas insiden siling di kawasan lobi utama runtuh pada Januari tahun lepas.

SERDANG – Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.

“Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing.

“Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

Ulasan GB

Berikut ialah berita kejadian siling runtuh di hospital yang sama yang dilaporkan pada 31 Januari 2011

Siling Lobi Hospital Serdang Runtuh

Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.

"Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya.

Jurucakap itu berkata satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kejadian telah dilakukan, katanya. --Bernama


8 ulasan:

Awanama berkata...

Runtuh, runtuh, runtuh....Tak lama lagi BN pula yang runtuh.

Awanama berkata...

Haa tu be end nk runtuh jg la tu..

maie1958 berkata...

itu lah kerja i help u,u help me...janji dapat projek dan ada masyuuuuk,safety isu belakang kira!!!

Awanama berkata...

Bukak 2005....sekarang 2012...Warranty sudah abis maaaa...24 bulan warranty...sekarang JKR kena bukak tender...ganti itu semua siling....tada mahal maaaa....cincai-cincai harga....kasi tolong kawan maaa....haiyaa....sama-sama cari makan maaaa...HILUP 1 MALAI C AAA...

Amuraria berkata...

INILAH KERJA DAJJAL PARTI SEKUTU APCO ,KAYAKAN KRONI BIAR RAKYAT MAMPUS ! TAPI MASIH ADA BANYAK LEMBU-LEMBU MELAYU YANG SOKONG UMNO-APCO MACAM NAK RAK ! APA YANG MEREKA NAMPAK PADA UMNO-APCO NI HANYA LAH KEPENTINGAN ,KALU ADA MASYUK SOKONG KUAT ! MACAM KATA SEORANG KAWAN CINA 'CILAKA PUNYA AMANO BIKIN DUIT ORANG MAU KASI MATI' ! ABU SAJA PENYELAMAT !

Awanama berkata...

Kontraktornya Ranhill

Awanama berkata...

Ranhill Kontraktor merupakan syarikat terkemuka dlm bidang pembinaan bangunan....Jika betul projek dipertanggungjawabkan kpd Ranhill, kejadian sama siling runtuh utk kali kedua (2) spttnya akan memberikan imej yg buruk kpd reputasi syarikat tersebut...

Awanama berkata...

macam manalah tidak runtuh apabila kroni kaut untung punya pasal saiz skru yang patut bersaiz 1 inch ditukar kepada skru saiz 1 cm sebab duit dah tak ada dah. tak hairanlah dia runtuh sebab guna skru saiz kecil untuk tampung benda bersaiz besar. Selagi diberikan kepada kroni selagi itulah insiden runtuh akan berlaku sampai bila - bila sehingga UMNO runtuh pada PRU akan datang.