14 Ogo 2012

Bangunan UMNO Port 'Selamat' Lepas Nafsu

Bandar Temerloh - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka.

Gambar: Bangunan Umno ini dikatakan menjadi tempat pasangan kekasih melepaskan nafsu mereka.

Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib.

Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.

“Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja.

“Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai.

Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya.

“Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik.

"Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya,” katanya. -SH

3 ulasan:

Hj Din berkata...

Tiada keseimbangan antara kemajuan kebendaan dan pemantapan akhlak. Cuba tengok berapa bajet ( kewangan dan masa ) untuk kedua-duanya.

wak berkata...

Mereka yang buat maksiat,tapi bukan umno yg suruh.
Kalau salah, kita kena kata salah...walaupon yg buat salah tu kawan kita.
Kalau betul, kita kena kata betul...walaupon dia musuh kita..

Awanama berkata...

ibubapa memang perlu bertangungjawab dalam isu gejala maksiat golongan remaja tetapi kita kena ingat apabila anak berada di luar tangungjawab untuk mencegah gejala ini daripada berlaku akan jatuh ke tangan pemerintah bukan ibubapa. pemerintah kena jadi sebijak macam remeja bermasalah ini supaya gejala dapat dikurang bukan hanya tahu beri duit dan pembangunan yang tidak faedah kepada rakyat serta menyalahkan kedua - dua ibubapa dengan isu ini walhal pemerintah pun bertangungjawab dalam isu ini.