25 Jul 2012

Harga Kereta Mahal Kerana Duti Eksais Cadangan Syarikat Ada Kaitan Dengan Khairy

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais,"
katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya. -mk



22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau boleh saudara Rafizi bandingkan perkara ini dengan Thailand. Dengar khabar kalau beli motosikal, perlu bayar cukai jalan sekali sahaja bukan setiap tahun.

Tanpa Nama berkata...

Siaplah kau Rafizi....lepas ni akan keluarlah statement/kenyataan dari Pakar Ekonomi Kangkong @ Proffesor Kangkong yang akan menyanggah kenyataan kau....so...aku cadangkan...kau adakan debat dengan Professor Kangkong @ Professor Janji Masyukkkk....

hairan berkata...

tabekkkkkkkkk la bro!

ko mmg otak pantas dan berani!
mudah2an Allah beri ko kekuatan dan kemenangan untuk menentang kezaliman demi rakyat. Bijak dan tepat.

Dah lama ramai orang sedar yang negara kita kete mahal nak mampos + di tambah lak dgn harga petrol yang tinggi. Tak macam negara thailand harga kete murah tapi petrol ikut semasa. At least hutang bayo kete tak berat. Syabas broooooo

Tak macam pemuda (orang tua ada gak) pkr atau pas atau dap yg bengap tak sudah2 nak berhujah pasal hudud!!!! org dah sampai ke bulan dia masih nak cakap pasal hudud.... YANG PENTING SKG NIH KASI MENANG DULU PRU, pas tuh baru leh citer!

nih belum apa2 dah sebok pasal hudud, kalo menang DEBAT hudud tapi kalah PRU pun buat apa??!! Bengap laaaaa

sekali lagi tabek bro

Tanpa Nama berkata...

Kete proton jual kt luar negara lg murah dari harga dlm negara..ape cite,rakyat sendiri kena tnggung proton n tuan penasihat aka baiwak idup dlm negara..menipu xsudh2

Tanpa Nama berkata...

hudud ni soal agama bro..ko de kete mahal ker murah ker tp kene songlap kene rompak pun x gune. hudud ni utk keselamatan semua k.. jgn dok nmpk menda dunia je..

Tanpa Nama berkata...

tabik broo,,rafizi,,program menghasut rakyat sana sini berjalan lancar..sy sudah menghasut anak bini walopun dulu depa totok umno,tapi dek kerana umno banyak mewakili suara2 syarikat kroni dan syarikat anak bini,,maka PR banyak mewakili suara2 rakyat,,inilah suara rakyat yg kami mahu...moh kita sepak terajang umno masuk lubang..

Tok Kie berkata...

Aku sokong habieh PKR ... dulu aku UMNO sekarang perlu berubah... Hantu-hantu UMNO nie ... sampai 10 buah kereta satu rumah . hebat2 pulak tu. Lulus PMR/SPM jer tu.. ... Aku macam nak mapuih keje dapat beli Waja jer.... 9 tahun hutang ... memang sakit ,,,. Satu langkah yang sangat bijak. Ringankan beban rakyat. Beri RM500 disuruh belanja untuk 5 tahun... bangang betul ... masuk iklan TV pulak tu..

Amuraria berkata...

gerombolan penyamun memang untuk parti umno-apco sahaja,mana ada orang telus,ikhlas & jujur dalam umno ? tak ada sorang pun ! semua penyamun tarbus & kaki kelentong sambil seleweng khazanah negara sesama kroni & sanak sedara bila dilantik rakyat marhaen yang ingat boleh dibela ! moga Allah S.W.T. lindungi insan macam rafizi dari segala dengki khianat dari geng gerombolan sekutu apco arus jahiliah ,ABU saja penyelamat rakyat & negara !

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya harga kereta patut jauh lebih tinggi supaya orang yg sepatutnya tak layak guna kereta tidak mampu beli kereta. Kalau saya PKR, saya akan gunakan keuntungan cukai kereta utk pertingkatkan kemudahan awam terutamanya transport awam, laluan pejalan kaki etc.

Yaaa! lagi mahal kereta, kurang kereta d jalan raya, kurang masalah trafik, kurang road maintance, kurang projek mashyuuuk projek tampal jalan....

Sekarang ni di mana2 bandar/kota di Malaysia semuanya sesak dengan kereta sehingga pekan kecil seperti Lahad Datu pun turut serta meriah dengan trafik yg sukar utk diceritakan..... Naaah PKR! naikkan harga kereta, kurangkan kereta d jalan raya dan pertingkatkan kemudahan pengangkutan awam.....itu yg sepatutnya korang perjuangkan, bukan short term solution, perbanyakkan kereta d jalan raya, gara gara utk pancing undi

acong berkata...

Kita doakan agar Mamat nie sentiasa sihat dan bertenaga, fuh !
Hasutan yang benar lagi positif pasti tak salah Bro.
Ramai Yang Mati Ditimpa Cukai !

Abu Amir berkata...

anon-11.12 am Kau ni nak kata bodoh nanti kau marah pula tetapi dah lama diperbodohkan oleh umno memang macam itu. Rafizi kata hapuskan cukai eksais utk kurangkan beban hutang rakyat bukan tambah kereta seorg 10 biji macam pemimpin umno/bn.

Boleh kurangkan pengunaan kereta dijalanraya tetapi sistem pengangkutan mestilah macam di Singapura turun dari rumah dah ada hentian bas atau MRT.Di Malaysia macam mimpilah nak dptkan hentian MRT pun kena naik kereta dan cari tempat letak kereta dulu. Kena bayar letak kereta lagi?

Semua ini disebabkan dasar pengangkutan umno/bn yg hancus sejak dulu, buat projek hanya utk kayakan kroni tetapi tak selesaikan masalah.

Selagi umno/bn memerintah selagi itu masalah tak akan selesai.

Tanpa Nama berkata...

KJ bising-bising ni, tengok sikit pakai keta apa? kalau bukan proton jangan dok kecoh nak suruh org beli keta proton.

org pakai proton ni sebab itu jer yg mampu. kalau takde tax, 'mampu' tu dah bukan level proton dah, vios celah gigi je yo..

Sinner berkata...

Masalah kesesakan di bandar boleh di atasi jika ada mekanisme yg betul dan tepat.

Yg penting, pengangkutan awam mesti tip top. Cepat, efisyen dan lancar ketika waktu puncak.

Masalah rakyat dgn keta ni adalah HUTANG..!! Kita sebagai rakyat, hidup zaman skrg, bekerja.. sebahagian besarnya adalah utk bayar HUTANG. Sampai tua asyik bayar HUTANG.

Kekayaan negara tak dibahagikan dgn adil. Yg kaya jadi lagi2 kaya gile.. yg miskin dok tahap tu laaa..

Kalo kekayaan negara diuruskan dgn adil dan saksama.. aku rasa gaji2 kakitangan kerajaan pun boleh naik banyak lagi berbanding skrg :P

Sudah2 ler tu BN.. dah meluat sangat2 dgn BN ni.. rakyat dah cerdik skrg.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua. Saya kerja di miri. Saban waktu lihat kereta dari brunei,kelas kereta import semua. Sekali pikir mcm tak mampu orang beli. Tapi rakyat brunei rilek jer. Dengat kabar,harga kereta kat sana tak mahal. Kerajaan tidak makan cukai banyak sgt. Rega minyak pun murah. So pikir-pikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

orang yang ada AP impot kereta, anak anak menteri UMNO,gulungan koprat UMNO, kroni UMNo sahaja.

rakyat tak merase,

wang cukai pun mereka UMNO boleh tipu, siapa pun tak berani tangkap/ siasat puak puak umno ini,
tipu rakyat kerja mereka, maksiat dan arak makanan mereka sehariam.
tokey arak San Nequel di pilipina anak mamak madey yang punya, bila pru13 nanti anak madey botak akan guna wang arak untuk membeli pengundi dikubang pasu,

aku bekas ahli UMNO.aku tahu...

Tanpa Nama berkata...

Yes i sokong kerajaan baru lepas pilihanraya..ya..turun kan harga kete yg melampau2 mahal nya sampai cekik leher rakyat utk beli kete2 walaupun kete malaysia...jatohkan haramjadah2 yg ada sekarang nieee

Tanpa Nama berkata...

GB, aku pasti akan sokong 100% Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti,

Tapi ingat, kalau Pakatan menang dan gagal untuk mengotakan janji untuk turunkan harga kereta ini,

Maka, ke tong sampahlah Pakatan Rakyat pada PRU 14 nanti...

Ini bukan ugutan, ini satu janji!

Resiseninfo berkata...

100% setuju. kete malaysia mahal sangat. tak mampu org nk beli jika mempunyai pendapatan yang rendah.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi apa plak kurangkan harga kete...Harga rumah lah...keperluan tu lagi penting...kalu boleh bg free mcm ptptn tu lagi baguz

Tanpa Nama berkata...

Jom ramai-ramai tukar kerajaan.. Kerajaan sekarang tak boleh pakai.. Dah 54 tahun.. PR kalau boleh tukar slow2 kita bagi dia peluang extend sepenggal lagi.. Kita mesti selamatkan anak cucu kita dari terus dianiaya.. PR menang, first thing is kita bogelkan CheDet and the gang..

Tanpa Nama berkata...

Saya terpanggil, untuk memberi cadangan tentang belian kereta yang mahal, sebab segala duti termasuk didalamnya. Cadangan saya : Jangan beli kereta baru. Sebab jika beli kereta baru, Katakan anda membeli kereta baru hari ini, Besok harga nak tolak balik sudah turun banyak. Jadi anda akan rugi. 2. Beli kereta yang ada tempat servis dan alat ganti. 3. Buat kereta sendiri dan luluskan di puspakom. Jadi kos anda akan jadi rendah. Di singapore kereta digunakan 5 tahun sahaja. Selepas itu, kereta itu akan jadi scrap. kereta dah tiada nilai. Berbanding di malaysia kereta kita naik sampai reput pun masih tak mampu nak tukar kereta lagi. Sebenarnaya kos sebuah kereta di kilang dalam 10k ke 15 je. Kancil tu, kos dalam 5k je. Jadi bila kereta itu dipasarkan, pihak-pihak tertentu dah mackup siap-siap dah keuntungan mereka. Jadi rakyat rasa terbeban membeli sebuah kereta. Jadi fikir-fikirkan lah. Rakyat malaysia adalah rakyat yang kreatif. Macam-macam kereta kita ubahsuai. Tapi kekreatifan kita disekat oleh pihak berkuasa. Jadi kadar kreatifan kita tak berkembang maju macam thailand dan negara-negara luar. Ini pun dapat membantutkan idiologi rakyat kita.

Tanpa Nama berkata...

Kereta akan susut nilai,napa jual mahal sgt sampai tak munasabah? so kenelah murah separuh harga dari harga sekarang. Bila harga kereta turun, ramai beli kereta, jadi harga spare part pun makin murah sebab permintaan tinggi. Production kilang sparepart boleh up, peluang kerja meningkat kat bengkel, kedai kereta, kilang spare part, sykt insurans. insuran kereta n kadar interest bank akan turun (or naik sikit je) sebab bnyk permintaan. diorang akan bersaing. kerajaan boleh jimat duit dari segi pemberian bantuan sebab rakyat dah boleh jimat banyak sebab bayar bulanan kereta separuh dari sekarang kan?. kesesakan jalan raya kurang sebab sykt pengangkutan awam akan improve gila2 nak tarik balik org naik transport awam spt kos tambang turun, perkhidmatan efisien.so org akan pilih transport awam g keje sebab ada duit lebih (bayar kereta separuh harga kan?) n efisien n lebih murah. kereta akan digunakan untuk shopping, travel n outing etc. so lebih banyak peluang keje di bidang pengangkutan. Bengkel, insuran, bank pun dpt lebih bnyk customer.industri pelancongan akan improve dan ekonomi runcit lebih untung sebab org ada duit lebih nak belanja n bersantai dgn keluarga. senang kata rakyat dan negara untunglah! cuma mahathir n kroni tak berapa untung sebab x leh amik duit kita lagi. Ngarut aje jalan makin sesaklah, ekonomi down lah etc. saja aje nak takutkan kita. negara lain boleh buat. ingat kita bodoh ke. so apa kata PRU13? tahun 2005 puas org membebel pasal harga kereta ni tapi BN buat derk je sampai isu ni dulu tenggelam. kali ni kita bagi diorang panas bontot.penatlah asik kene tipu aje.kat negara sendiri pun kene hanjing.dah la bwk masuk bnyk pekerja asing.sebab gaji murah tapi barang semua mahal.harga kereta mahal barang makan, perubatan swasta, semua mahal. pastu kata harga kereta murah harga barang naik? eii mmg la kene bodoh2kan aje kita.kita di negara sendiri mcm hamba dibuatnya.ni semua BN punya onar.semua jadi mahal.amanah tadbir negara yg kita bagi entah ke mana.rakyat makin susah.pastu cakap ‘kami dah berjasa bagi pendidikan buat pembangunan, bagi bantuan etc’. hello, kita ‘lantik untuk tadbir sumber negara’ okay, so itu bukan jasa, tapi tugas yang diberi rakyat. gaji diorang pun dari sumber negara okay.. cakap mcm negara ni syarikat sendirian berhad pulak? baik pecat diorang pru13 ni lantik PKR pulak (pastu nanti ada kata serah tengkok kat DAP pulak? sebenarnya dia nk kita terus serah tengkok kt BN) ada aje point dia nak takutkan rakyat. Ingat melayu semua pondan macam dia? pencacai2 BN ni lah nnti terhegeh-hegeh depan kedai kereta nak beli kereta baru kalau harga kereta turun separuh. tak malu betul.