3 Jun 2012

Berita Ini Lebih Menggerunkan Najib Selepas Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.

Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.

Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.

Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.

Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.

Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.

INTIPATI KEPUTUSAN MAHKAMAH

- Hosni Mubarak: Bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup; tidak salah tuduhan rasuah

- Dua anak lelaki Hosni Mubarak: iaitu Alaa dan Gamal: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah

- Bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly: Bersalah atas tuduhan konspirasi membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup

- Empat pembantu Habib: Tidak bersalah atas tuduhan subahat, menghasut dan menyediakan bantuan dalam melakukan pembunuhan dan cuba membunuh penunjuk perasaan

- Ahli perniagaan Hussein Salem: Tidak bersalah tuduhan rasuah

Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan.

Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati".

Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah.

Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011.

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus, bahawa selepas kisah kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya di Alor Setar, tiba-tiba di Mesir pula Hosni Mubarak dijatuhkan hukum penjara seumur hidup.

Selepas perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, Najib Tun Razak pernah menyatakan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan UMNO BN dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir yang mahu mengguling Hosni Mubarak.

Kenyataan Najib itu dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau sama bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Tuntutan BERSIH 3.0 lansung tidak dipedulikan tetapi apa yang beliau takuti ialah kerajaan UMNO BN bakal tumbang dengan kebangkitan rakyat kerana itu bererti juga beliau dan sekalian para menteri akan berhadapan dengan risiko diheretkan ke muka pengadilan. Lebih buruk jika bersalah dan akan menerima nasib seperti Hosni Mubarak di atas.

Sebelum ini GB sudah membuat ulasan :

.... Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia benar-benar berlaku nanti.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yang hampir lemas akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada mati lemas.

Sebal berkata...

salam, jangan gembira sangat dgn hukuman penjara ni...ada sahabat eygpt, beritau..ni lakonan aje..utk memastikan ex PM zaman Hosni menang pilihanraya presiden pusing kedua nanti

Tanpa Nama berkata...

Adakah Shahrizat kata kalau dia kena, najib juga akan kena???????

JAKA berkata...

sama saja najib atau muberak

tk kemana pemimpin thoghut ni

akan sampai masa menyembah bumi

amin

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja Najib tapi mengerunkan juga Madey Kutty.