5 Mei 2012

Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenan Tuhan

Jika Najib Mubarak, rakyat perlu guling BN’

SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir, dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Hosni digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat 15 bulan yang lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sekiranya Perdana Menteri menyifatkan langkah mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sama seperti yang berlaku di Mesir, maka rakyat perlu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Adakah beliau (Najib) merasakan dirinya seperti Mubarak?” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0, yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.


"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut menyangkal kenyataan Najib itu kerana Bersih 3.0 sudah menghebahkan tujuan dan matlamat perhimpunan iaitu mendesak serta menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Jika beliau (Najib) mengatakan bahawa tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menggulingkan kerajaan, maka sebenarnya beliau mengalami ‘mimpi liar!’,” ujar beliau lagi. -SH

Rusuhan cubaan gulingkan kerajaan: Najib

GUA MUSANG: Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terbabit tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.

Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.

"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.

Pada sidang media selepas itu, Najib berkata ada usaha menerusi dalam talian oleh pihak tertentu untuk memaparkan polis menggunakan kekerasan berlebihan dan kerajaan akan menerangkan kepada rakyat perkara sebenar.

"Yang pertama mereka tidak menepati janji mereka. Pada awalnya kerajaan juga nak elakkan (perkara tidak diingini) sebab itu kita tawarkan Stadium Merdeka. Mereka nakkan perbalahan dan apabila ini berlaku, mereka boleh tonjolkan kekasaran polis dan sikap kerajaan yang tidak bertimbang rasa...ini boleh jadi modal politik.

"Sebab itu mereka tolak Stadium Merdeka...padahal (Stadium Merdeka) itulah hasrat mereka sewaktu perhimpunan terdahulu," katanya.

Beliau berkata, dalam perhimpunan itu terdapat dua kumpulan iaitu yang mahu berhimpun secara aman dan yang mahu "hijack' (rampas) perhimpunan bagi tujuan politik serta merancang untuk menawan Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sehingga sambutan Hari Pekerja (1 Mei).

"Bagi yang rasional dan tahu kesannya mereka tak sokong perhimpunan itu. Mereka tahu bila ada perhimpunan seperti itu mesti ada perkara tidak boleh dikawal..ada orang yang tak hormatkan undang-undang dan melakukan kekerasan serta budaya samseng," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membenarkan mana-mana pihak mengadakan perhimpunan aman termasuk -parti pembangkang dan pihak yang tidak menyokong kerajaan tetapi perlu berdasarkan undang-undang yang ada.

"Mesti ambil tindakan berasaskan undang-undang negara. Undang-undang negara luluskan perhimpunan aman...asalkan bertindak mengikut lunas-lunas tersebut tak ada masalah," katanya.
- BERNAMA


Ulasan GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia bernar-benar berlaku nanti.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Populariti Najib dan pemimpin2 BN lain sebenarnya merudum sejak kebelakangan ini. Hanya peranan media arus perdana BN spt Utusan, TV3, RTM yang tercungap2 terpaksa mencipta dan memfitnah pemimpin PR.Media sibuk mencanang isu seks kisah panas unt menutup bangkai BN.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau PAS turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda PAS akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. PAS juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila PAS bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan UMNO yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

suarakyat berkata...

2 pahlawan bertemu utk beradu tenaga..seorang bersenjatakan pedang bermata besi alloy..dan seorang lg bertemankan m16 peluru kaliber 20 in..adakah ini yg dikatakan pertandingan yg adil..ya..adil..jawapan dr gerombolan.kerna bak kata mahadet..dlm umno terlalu ramai yg bodoh2.kasihan tanah air ku.bodoh dulu kini dan sehingga pr amik alih putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Cara mudah memgusir anjing liar di kawasan perumahan anda:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lastik

Martoiriat berkata...

Najib sepatutnya jangan jadi bodoh dan terlalu bodoh. Jangan samakan tuntutan BERSIH duduk dan bantah disamakan dengan tuntutan rakyat Mesir di Dataran Tahrir. Rakyat di sini berhimpun hanya untuk membantah SPR yg mengendalikan sistem pilihan raya yg tidak telus dan adil, bukan untuk jatuhkan kerajaan secara hina. Najib sendiri pun tahu, jika pilihan raya diadakan mengikut lunas undang2 nescaya UMNO BN sudah lama ke liang lahat dan terkubur.

Tanpa Nama berkata...

Bawa air mineral dalam botol plastik nak jatuhkan kerajaan? Tak logik.