28 Mei 2012

SPR Hilang Mandat Kendali Pilihanraya Berdasarkan Kaji Selidik - BERSIH

Kuala Lumpur, 27 Mei — Tinjaun terbaru di Dataran Merdeka membuktikan bahawa pengundi sudah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya kini termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pemerhati Bersih hari ini.

Menurut Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, natijah kepada tinjauan terbabit telah mendapati bahawa sistem pilihanraya berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan untuk memenuhi keperluan politik bagi PRU akan datang.

Tinjauan itu dilakukakn sehari selepas ribuan perusuh berhimpun pada Bersih 28 April lalu yang menemukan sembilan daripada sepuluh pengundi mahukan sistem pilihanraya yang bersih sebelum menjelang PRU ke-13.

Tinjauan oleh Merdeka Centre berhasil mendapatkan hampir separuh daripada 1,019 pengundi yang berdaftar yang percaya daftar pemilih mempunyai pengundi diragui termasuk warga asing.

"Keyakinan rakyat adalah isu besar, rakyat sedar bahawa SPR tidak melaksanakan tanggungjawab mereka untuk meyakinkan rakyat bukannya keluar mendabik dada.

"SPR hanya pekerja dan telah lama mendapat kepercayaan rakyat," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya mengenai tinjauan yang membawa keputusan bahawa SPR sudah kehilangan mandat sebagai badan bebas pilihan raya negara ini, Ambiga (gambar) berkata :"Ya, saya percaya."

"Ini menunjukkan bukan sahaja kaji selidik tersebut, tapi dibuktikan dengan kehadiran 250,000 ketika perhimpunan Bersih.

"Beban itu bukan sahaja ditanggung SPR, tapi pihak berkuasa juga perlu memastikan pembaharuan pilihan raya dilaksankan," katanya.

Kaji selidik itu menyebelahi Bersih,"
kata Ambiga.

Beliau berkata hasil kaji selidik itu turut menunjukkan pengundi Malaysia menuntut akauntabiliti daripada SPR dan suruhanjaya itu tidak boleh membiarkan perkara itu.

"Rakyat tidak membeli penyelesaian ... SPR juga tidak seharusnya memikirkan yang masyarakat tidak mengetahui apa yang mereka perkatakan, mereka bukan bodoh."

Kaji selidik Merdeka Centre mendapati 92 peratus daripada pengundi menuntut untuk daftar pemilih dibersihkan dan hanya 44 peratus menyatakan keyakinan terhadap pilihan raya di Malaysia bebas dari unsur salah guna kuasa.

48 peratus respondan bersetuju daftar pemilih tidak tepat dan "dibelenggu" dengan pengundi meragukan seperti warga asing, mereka yang dipindah tanpa pengetahuan atau individu yang memiliki identiti lebih dari satu."


Perhimpunan Bersih 28 April lalu adalah yang ketiga dalam tempoh lima tahun menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Selepas demonstrasi Julai tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas untuk mengemukakan cadangan terhadap sistem pilihan raya dan diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan laporan lengkap.

Bagaimanapun, Bersih mengadakan protes yang menegaskan jawatankuasa itu gagal memenuhi tuntutan mereka termasuk membersihkan daftar pemilih, pengundi pos, media bebas, dan penggunaan dakwat kekal.

Namun Merdeka Centre berkata dalam kenyataannya, kaji selidik yang dijalankan antara 14 April hingga 26 April itu mendapati 39 peratus responden memahami pembaharuan tuntutan pilihan raya.

Bagaimanapun, 34 peratus percaya jawatankuasa dwipartisan itu ikhlas untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

Perhimpunan yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan hujung bulan lalu dan menyaksikan pertempuran antara perusuh dan polis telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) menuduh pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. -TMI

DAP bidas Wan Ahmad anggap responden 'tak tahu'

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak hasil kajiselidik Merdeka Centre - bahawa 92 peratus rakyat Malaysia menyokong pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum akan datang - hanya membuktikan tiada kebebasan dalam suruhanjaya tersebut, dakwa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau membidas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana menolak hasil kajiselidik itu sebagai "remeh" serta menyifatkan respondennya "mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Pua mendakwa Wan Ahmad telah menghina responden dengan mengatakan bahawa adalah lebih baik jika Merdeka Centre meninjau pendapat pengundi yang baru mengundi, daripada bertanya kepada "Rempit' di tepi jalan, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Pua mendakwa, keangkuhan SPR itu membuktikan ia tidak berhasrat untuk melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia dan tidak mengendahkan pendapat umum walau bagaimana negatif sekalipun.

Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.berkata komen tersebut menunjukkan Wan Ahmad adalah sebenarnya jahil, dan bukan rakyat Malaysia yang menjadi responden dalam kajiselidik tersebut.
-mk


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA LEMBU SONGKOK TINGGI KERJA DI SPR !

Osama berkata...

لا حول ولا قوة إلا بالله
لا حول ولا قوة إلا بالله
لا حول ولا قوة إلا بالله
لا حول ولا قوة إلا بالله
لا حول ولا قوة إلا بالله
لا حول ولا قوة إلا بالله
لا حول ولا قوة إلا بالله

Hadith
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya).
Sekiranya ia tiada berkuasa
maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya).
Sekiranya ia tiada berkuasa
maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut).
Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Riwayat Muslim