27 Mei 2012

[VIDEO & GAMBAR] Kemalangan Drag Race, 2 Cedera Parah Di Himpunan Belia- updated

Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.

Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.

Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.

Dengan menyindir aktiviti Perhimpunan BERSIH, Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang ‘demo crazy’ (gila berdemonstrasi).

Sekarang Najib perlu jawab apa yang berlaku? Sekarang hukum kebenaran membuktikan siapa yang sebenarnya "crazy" sehingga secara terang dan nyata, berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah?










Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

Unknown berkata...

buuu..xreti bwk kete xyah la bwh..lengan lembik lettew..stereng pn xreti nk pgg

Tanpa Nama berkata...

safe cost... ambil belia jd drifter

Tanpa Nama berkata...

Allah byr cash dpn mata..tunggu la lg lpas ni.satu2 persatu Allah bg cash.mudah2an rakyat yg msih lg dgn umno ni bkk la mata.especially mak ayah, adk beradik,kaum kerabat aku yg d jhr tu...apa lg yg kamu pgg dgn umno ni.dosa segala dosa,mungkar sgla mungkar yg umno buat.itu pn x nmpk lg ke?

Waris berkata...

Melakukan acara merbahaya oleh bukan profesional di tempat awam adalah satu lagi projek BANGANG barisan nasio-anal.

Berbeza dengan pertunjukan rally dunia yg dikendalikan oleh pemandu profesiona yg terlatih. Itu pun adakalanya berlaku juga kemalangan.

Kalau bukan BANGANG bukan umno namanya.

BANGANG dah tak boleh nak ubah dah.

Tanpa Nama berkata...

Himpunan Sejuta Belia
"Satu Lagi Projek Barisan Nasional"

Trek x ikut spec yang betul....macamana penganjur buat kerja!

penonton hanya dihadang dengan pagar besi...

spatutnya pengajur fikirkan sblum sesuatu acara yang berisiko tinggi mcmni.

smoga jd iktibar kepada yang lain...

Tanpa Nama berkata...

Ni dah boleh buat perhimpunan sejuta rempit

Unknown berkata...

terkini....
seorang dari yang parah tu dah meninggal dunia semalam....
untuk makluman sahaja...

Unknown berkata...

untuk makluman semua...

seorang dari yang parah dah meninggal dunia semalam...

tak tau berita akan masuk paper ke tak... aku rasa takkan la...