1 Apr 2012

Isu Tanah Masjid Bayan Mutiara: Ludah UMNO Yang Terkena Ke Muka Sendiri

NNGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi. -mk

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



4 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA GEROMBOLAN PENYAMUN & PENYANGAK DARI PARTI SEKUTU APCO
NAK CAKAP BETUL HAHAHA !

Tanpa Nama berkata...

Cakap UMNO P Pinang berbelit-belit, lebih auta daripada Keling.

Tanpa Nama berkata...

peratusan pemilikan tanah melayu berkurang kerana dasar mahathir dan UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa dah sampai masa UMNO P.PINANG berhenti dari menyalahkan orang lain. Sepatutnya mereka melihat kesilapan tentang apa yang mereka telah lakukan dan menerima hakikat bahawa masyarakat telah menolak mereka dan hilang kepercayaan selepas lebih 50 tahun memerintah.