1 Apr 2012

Di Nibong Tebal Bendera PAS Dibakar, Di Tanah Merah, Petugas Bendera BN Mati Terbakar

Ahli kesal bendera Pas kena bakar

NIBONG TEBAL – Seluruh ahli Pas di kawasan Nibong Tebal melahirkan perasaan kecewa dan kesal apabila bendera milik parti politik itu dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu, sembilan daripada 20 bendera Pas yang dipasang pada 24 Mac lalu telah dibakar dengan masing-masing empat pada 29 Mac, manakala lima lagi pada 30 Mac lalu.

Difahamkan, 20 bendera berkenaan dipasang di sebuah rumah ahli Pas di Tanjung Berembang bertujuan menjadikan rumah terbabit sebagai Bilik Gerakan Unit Peti Undi Pas Tanjung Berembang, di sini.

Yang Dipertua Pas kawasan Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata, kejadian terbabit disedari oleh salah seorang ahli Pas pada awal pagi 29 Mac lalu.

“Kita amat kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kami percaya pada hari itu (29 Mac) ia dilakukan sekitar jam 3 pagi sehingga jam 5 pagi kerana sebelum waktu itu kami melihat keadaan bendera masih elok.

“Kami sangka kejadian itu akan berakhir pada malam berkenaan sahaja, namun jangkaan kami meleset kerana ahli Pas kawasan ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian sama pada 30 Mac. Kali ini, bendera Pas dibakar lebih awal iaitu sekitar jam 8 malam dan seorang ahli Pas menyaksikan sendiri kejadian terbabit,” katanya.

“Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan oleh beberapa remaja lelaki, bagaimanapun mereka sempat melarikan diri selepas seorang ahli Pas menjerit sejurus melihat tindakan itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang di sebalik perbuatan itu, tetapi hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, pihaknya percaya, tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak bertanggungjawab itu merupakan perbuatan terdesak kerana ramai anak muda kini mula bangkit menyertai parti politiknya.

“Ini merupakan kali pertama kejadian bendera parti dibakar dan berharap pihak polis akan segera menangkap dalang di sebalik tindakan terbabit.

“Meskipun bendera Pas ini dibakar, ia tidak mematahkan semangat ahli Pas malah kami akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dalam pilihan raya ini,” katanya.

Abdul Rahman turut memberitahu, pihaknya akan mengerah semua ahli untuk menjadi jentera penggerak sebagai persediaan bahang pilihan raya di samping terus memantau agar perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak lagi berulang.

Sejurus kejadian itu, Setiausaha Pas Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff bersama Ketua Penerangan Pas Kawasan Nibong Tebal, Nazir Arshad telah membuat laporan polis di Balai Polis Nibong Tebal supaya tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab terlibat. -SH

Ulasan GB

Berlakui hampir serentak. Di Nibong Tebal bendera PAS dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bersykurlah kerana hanya bendera yang terbakar. Di satu kejadian berasingan, di Tanah Merah pula, takziah kepada BN kerana petugas bendera BN mati terbakar kena renjatan elektrik seperti dikisahkan di bawah ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





4 ulasan:

Awanama berkata...
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Awanama berkata...

Kat dunia mati terbakarm kat akhirat???

Peringatan : "janaglah memusuhi, membenci pada hamba allah yang ingin menegakkan hukum allah di bumi ini, kelah balasan yg dahsyat allah"

ananak simpang 3 sg buloh berkata...

aku percaya kejadian yg berlaku di nibong tebai ini adalah kerja budak2 pencacai pekida yg baru direkrut.

la ni kat mana2 negeri, daerah, mukim dan kampung, budak2 muda termasuk yg bawah umur 18tahun akan direkrut dan aktiviti ini dibuat secara besar2an.

budak2 nangoi ni dijanjikan perlindungan dan sesetengah tempat dapat wang saku kalau ikut arahan.

budak2 nangoi ni juga akan ditarbiah, kononnya dap itu komunis dan org cina nak rampas hak melayu.

bro, budak masih sekolah tiba2 dapat perlindungan apa lagi? ..mengepak laa

aku tak salahkan bebudak nangoi tu. aku salahkan persatuan yang dah jauh menyimpang.

Awanama berkata...

Ini kerja umno dan paksi kejahatan bn. Apa yang berlaku di Bukit Panau satu peringatan daripada Allah. Lawan Islam matinya...