1 Apr 2012

Inspektor Polis Antara 9 Ditahan Kes Culik

Shah Alam - Sembilan individu termasuk seorang Inspektor Polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang pengurus projek di tapak pembinaan di kawasan perindustrian Seri Kembangan 22 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sembilan suspek berumur antara 26 dan 48 tahun itu ditahan di Kajang dan Rawang semalam sebaik mangsa dibebaskan pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pegawai polis berusia 43 tahun itu, yang mempunyai rekod jenayah lampau telah digantung kerja sejak tahun 2010, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui semula wang tebusan sebanyak RM275,850 dan merampas beberapa buah kereta, antaranya Proton Gen 2, Honda Odyssey dan Proton Waja, sebuah motosikal, sebuah treler, parang, topeng, kad Touch n Go dan Smart Tag daripada suspek.

"Kami hanya menemui semula RM275,850 daripada sejumlah RM300,000 yang dibayar oleh bapa mangsa," katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu diculik pada 22 Mac semasa dalam perjalanan untuk meninjau tapak pembinaan di Seri Kembangan. Laporan polis mengenai penculikan itu dibuat oleh bapa mangsa pada pukul 11 pagi hari yang sama mangsa diculik.

Suspek membawa mangsa ke Rawang dan mengurungnya di sebuah rumah di sana.

Mereka kemudian meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta, dan jumlah itu dikurangkan kepada RM300,000 selepas berunding dengan bapa mangsa, yang juga rakan kongsi perniagaan dengan anaknya.

Tun Hisan berkata tiga daripada sembilan lelaki terbabit, termasuk pegawai polis itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 7 April bagi membantu siasatan, katanya. – Bernama

Ulasan GB

Pertama GB ucapkan tahniah kepada Polis kerana menahan penjenayah yang salah seorangnya adalah anggotanya sendiri. Tindakan tidak memilih bulu tersebut wajar mendapat pujian.

Kedua ia mengesahkan apa yang GB tulis sebelum ini adalah BENAR. GB pernah ulas begini:

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri dan pegawai polis sendiri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya. Begitu juga kenyataan KPN menyatakan cuma 1% polis yang terlibat dengan jenayah.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Sebelum ini GB sudah ulas di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis?

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?


Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.


8 ulasan:

Amuraria berkata...

HARAPKAN PAGAR PAGAR TAK BOLEH DIHARAP ! KATA KARAM WALIA ;)

Tanpa Nama berkata...

Hampeh brow

Tanpa Nama berkata...

Buat Pagar lembu boleh la...

ha..ha..ha..

abuya berkata...

saya tak blh trima hanya 1% saja polis yg trlibat dengan jenayah sebab rasuah juga trmasuk jenayah , walau pun jumlah yg sebenar saya taktau tp tetap melebihi 1%

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Dalam bab rasuah ni, memang lebih 1% polis yang terlibat. Diorang mmg collect duit bulanan dr tauke2 lori, tauke2 kontraktor yang mempunyai pekerja asing dan dr tauke dadah. Sebab tu dadah x akan lupus. Buat la mcm mana pun. Yang atas, cara atas makannya, yang bawah, cara bawah makannya

paktehku berkata...

... Malaysia negara paling selamat, perlu apa nak risaukan... bila buat aduan acuh tah acuh ya nak siasat...
... jenayah kian menjadi di sebabkan ada yang melindungi mereka...

Tanpa Nama berkata...

P olis
R aja
D i
M alaysia

Tanpa Nama berkata...

ini UMNO kata negara aman??? yang aman pemimpin UMNO saja, rakyat biar ketakutan dengan jenayah.