2 Mac 2012

[Video] Kisah Loo Jo Yee: Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Gambar: Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber’binti’kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam.

Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala.

Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

* disunting dan dipetik dari laman KBSB.



7 ulasan:

Amuraria berkata...

ALLAHU AKHBAR !

eddy berkata...

Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

god bless u, moga diri mu sentiasa dirahmati Allah

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
Beliau mengkaji Al Quran, bermakna selain membaca dalam bahasa arab quraisy...beliau membaca/memahami dalam bahasa yang beliau fahami. Adakah kita sebagai orang yang digelar Orang Islam semenjak lahir pernah mengkaji Al Quran, sedangkan dari kecil orangtua kita menyuruh kita mengaji (yang berasal daripada perkataan "Kaji"). Allah berfirman dalam: - Qs 43/3. Sesungguhnya Kami menjadikan Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memahami (nya).
Qs 14/4. Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya (2) supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan (3) siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Qs 36/69. Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Qur’an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan,

Alhamdulillah, semoga beliau dan kita semua sentiasa diredhai Allah swt. dan semoga kita semua tidak taksub/melebihkan sesuatu dalam usaha jihad kita tersebut dengan sentiasa mensyukuri petunjuk Allah swt... moga-moga kita menjadi orang yang bertakwa kepada Allah swt. Amin

S.A.Z.Y berkata...

Alunan muzik membuatkan aku kurang jelas dengan apa yang dicakapkan oleh Loo Jo Yee. Tak perlu guna muzik latar yang tak berapa nak sedih ni. Menyakitkan telinga jer...........

Loo Jo Yee, Membaca kisahmu membuatkan bulu romaku meremang.
Allahuakhbar!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

"Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja."

***Setahu saya, tidak pernah ada dalam kristian PADERI adalah perempuan....

Tanpa Nama berkata...

Orang bukan Islam pun dah kaji Al-Quran. Kita (termasuk saya) saja belum. Patut la kita ni tak boleh2 nak jadi hebat, selalu takut dengan bayang2 sendiri, kita tak nak maju tapi tak bagi orang lain nak maju. Islam tak ajar benda2 ni. Sekurang2nya kajilah apa yang kita baca dalam solat 5 kali tiap2 hari, 9/10 orang kita mungkin tak tau apa yang terkumat-kamit dari mulut sendiri. Islam dah jadi agama keturunan saja sekarang tanpa keinsafan yang sebenar. Saya sebut semua ni untuk mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya. Wallahu'alam.