1 Mac 2012

[Bergambar] Nasib Si Labu Jati

Ceramah Hasan Ali sudah mula tiada sambutan

Gambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadhir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadhir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadhir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS. Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

-Tulang Besi







Sumber gambar : Era Pasca


Guru diarah hadir program Hassan Ali

KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.

Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

“Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD,” kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini,” ujarnya. -
HD


7 ulasan:

Dr. Lan berkata...

Akhirnya perjuangan beliau akan layu... tinggal sepah yang ditinggalkan orang. Rugi di dunia, malah yang lebih menghampakan bila rugi di akhirat. Menang juga syaitan laknatullah memperdaya orang yang dulunya cukup 'hebat' ini.

norliza berkata...

hassan ali.
masuk jer umno...nanti boleh cakap lame-lame kat tv..


norliza.

Tanpa Nama berkata...

beras jati 100% hancus sapa nak beli...haha

Tanpa Nama berkata...

kah...kah ..kah... uekk... kalau perjuangan tu untuk diri sendiri sahaja..siapa nak sokong..... padan muka ..rasakan....

Tanpa Nama berkata...

kasihan sungguh pendekar jati berucap dihadapan 100,000 ekor semut...

Tanpa Nama berkata...

Macam ni,lama-lama sponsor akan lari sebab pulangan ciput.

tanda soal berkata...

stage dia sebijik mcm cerita MAN LAKSA..ha ha ha..