1 Mac 2012

Ir Amiruddin Tidak Perlu Layan Surat Phahrolrazi Untuk Tamatkan Isu Kedah

Saya tunggu surat Phahrolrazi, jawab Amiruddin

ALOR SETAR - "Saya mahu tunggu dan lihat surat yang dihantar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa komen."

Demikian kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Industri dan Pelaburan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau mahu melihat surat yang dihantar oleh Pas Kawasan Kuala Kedah untuk melihat kandungan serta memahami kehendaknya agar tidak tersalah tindakan.

"Saya belum dengar apa-apa mengenai kata dua itu. Mungkin baru lagi kot.

"Tak apalah, saya kena tunggu surat yang dikatakan akan dihantar kepada saya. Selepas melihat surat itu, saya akan jawab," katanya kepada Sinar Harian semalam ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco yang pertama selepas mengangat sumpah terima jawatan kelmarin.

Ir Amiruddin yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah diminta mengulas kata dua Pas Kawasan Kuala Kedah kepadanya semalam kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

Amiruddin menganggap perkara itu tidak berbangkit lagi setelah memberi penjelasan kepada jawatakuasa Pas Kuala Kedah mengenai pendiriannya untuk menerima pelantikan semula sebagai Exco.

"Saya sudah beri penjelasan dan ingat semuanya setuju dan menerimanya. Teteapi belrakus ebaliknya.

"Tak Apa lah. Saya kena tunggu surat itu terlebih dahulu. Nanti saya akan maklumkan perkembangannya," katanya.-SH

Ulasan GB

Pada hemat GB, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga serta Industri dan Pelaburan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah tidak perlu layan surat yang dihantar oleh Pas Kawasan Kuala Kedah.

Ini kerana seperti yang GB telah nyatakan sebelum ini Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menghalang Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan tersebut daripada menerima perlantikan exco bagi negeri Kedah adalah satu keputusan yang ultra vires, kerana tiada di dalam peruntukan mana-mana fasal di dalam Perlembagaan PAS bahawa Jawatankuasa PAS Kawasan boleh bertindak menghalang seseorang dari dilantik apa-apa jawatan di dalam Kerajaan negeri. Keputusan Jawatankuasa Kawasan itu perlu dianggap null and void.

Rujuklah mana-mana peguam paling handal dalam negara, insyaAllah hujjah GB di atas adalah benar.

Apatah lagi keputusan PAS Kawasan kedah itu merupakaan penghinaan kepada missi PAS Pusat yang telah mengamanahkan Naib Presiden, Tn Hj Salehuddin Ayub untuk menyelesaikan kemelut perlantikan exco PAS Kedah yang kini telah pun siap dengan formula untuk dibentang kepada PAS Pusat.

Setelah mereka menjaja keburukan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, kini mereka mengambil langkah yang paling kotor untuk menghalang Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan untuk dilantik menjadi exco.

Seperti yang GB utarakan juga sebelum ini, sepatutnya pihak PAS Kuala Kedah khususnya Yang dipertuanya, Phahrolrazi, bersikap redha dan akur dengan perlantikan MB Kedah yang telah melantik Datuk Ir Amiruddin kerana ia adalah hak prerogatif seorang Menteri Besar.

Tetapi malangnya untuk meneruskan agenda pertama mereka yang tidak kesampaian, mereka beralih untuk memberikan tekanan kepada pihak lain supaya tujuan mereka "mengguling" MB Kedah yang sedia ada untuk menobatkan Phahrolrazi itu tercapai. Hanya seorang yang mengikutinya, Dr.Ismail Salleh, sementara yang lain tidak.

Untuk menamatkan kemelut Kedah ini, langkah wajar bagi Ir Amiruddin yang lebih dikenali oleh ahli-ahli PAS satu negara daripada seorang lagi Ir itu, adalah lebih utama, suratnya itu tidak dilayan FULLSTOP


p/s ada blogger cuba menyindir kononnya blogger PR tak matang. Macamlah depa tu matang sangat. Kalau kail panjang sejengkal, janganlah lautan dalam hendak diduga... maaflah bukan takbur tapi kenyataannya ialah kebenaran dan keadilan itu perlu diletakkan ditempatnya yang hakiki. Kalau setakat mengejar ranking, BLOG GB sudah dikenali sebelum wujud isu kedah lagi!

Bila mereka dah tak boleh jawab hujjah-hujjah GB untuk mereka burukkan MB Kedah, dikatanya isu ini isu kecil, diumpamakan mereka hendak menyapu sampah-sampah yang mereka sendiri lakukan ke bawah karpet adanya.

Samalah macam dulu sewaktu GB menentang UG dan Hassan Ali. Ramai yang tuduh GB macam-macam, tetapi kesudahannya, Alhamdulillah, Allah membuktikan GB di pihak yang benar.

Justeru itu, biar Si Luncai itu terjun dengan labu-labunya.
GB tetap menulis untuk kebenaran dan keadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SAYA JUGA SEPENDAPAT DGN GB

SEBAIK-SEBAIKNYA JGN LAYAN IR MERAPU YANG BERNAMA PHARAOHH... OOOPPPS PHAHROLRAZI ITU

Tanpa Nama berkata...

teruskan menulis gb. kami tetap dibelakang gb. blog gb x sama dgn blog2 lain. ulasan gb yg sentiasa kami nantikan.

bulanterang berkata...

Kena muhasabah diri kita niat kita, bukan utk agenda diri sendiri dgn kendudukan pangkat, tp penjuangan parti... kalau la Allayarham ust fazil noor.. org lain dok tepuk tangan..fikir2kan.

Tanpa Nama berkata...

Dato'Amir duduklah kerusi EXCO tu banyak kelebihannya, paling lama dua tiga bulan sahaja selepas ni pilihanraya ke 13 Kerajaan PAS akan kehilangan negeri Kedah nanti kempunan pula.Dato'Pahrol apa yang suka melalak tu,apa yang dia buat kat Kuala Kedah tu,sama saja infranya macam dulu2 juga, kalau sampai ketahap Bandaraya New York bolehlah baru sembang.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, Datuk Ir Amir Hamzah paling kanan dan paling layak ganti Ust Azizan sebagai MB Kedah jika berlaku sesuatu ke atas Ust Azizan.

Beliau diantara paling "low profile" di dalam barisan pimpinan PAS Kedah.

Suahati berkata...

bila dah kuasa mula bertahta dimata beginilah akhirannya........manusia amat berkehendak kp yg tiada.....kadang2 perkara dan perangai sebegini menggambarkan peribadi mereka sebenar, kerana orang mulia dan beriman tidak bertindak macam IR tuuuu bertindak........Allah ada dan dia tahu apa yg ada dihatinya....

Tanpa Nama berkata...

phahrolrozi nak bagi pelingkup kerajaan pas kedah

cucukerinci berkata...

Bila diri dikuasai syaitan...maka sifat angkuh akan menguasai diri..al quran telah menjelaskan sifat angkuh iblis yg menanggap dirinya lebih mulia drp Adam....moga para pemimpin Pas tidak lupa diri hingga dikuasai oleh syaitan....

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah gila, nak suruh orang ikut ka. Mana ada dalam dunia manusia mau ikut orang gila. Nak tanya sat kat Phahrol n the gang, mana lebih besar keputusan hampa tu dengan perlembagaan parti? Dah la buat keputusan tu menyalahi dan merugikan kepentingan parti. Tengok la tata tertib PAS. Bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya J/K Kl Kedah dah boleh buat undi tak percaya kat YDP hampa tu termasuk kat Setiausaha tu.

ikan berkata...

ya YB Amirudin memang terbaek, masih ku ingat dia baca khutbah kat masjid mergong begitu lembut tetapi tegas, teruskan usaha YB, KHTP pun makin maju dengan usaha YB, sayang kenapa YB Nasir pun boleh ikut kata Phahrol harap YB Nasir jgn ikut follow lah YB Amir, kenapa YB dah kurang aktif slow tak macam baru menang dulu, kUala Kedah dah balik cam dulu ngape ekk... jalan pun makin banyak berlubang under sape ekk exconya...

Tanpa Nama berkata...

Pas Caw2 jg dah patut minta buat mesy agung khas. Minta phahrol berundur la.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya semakin lama dengan pas semakin tinggi ilmu agamanya... ini idak semakin lama semakin bebal ir seorang ni... lebih pentingkan hati dan kehendak sendiri daripada kepentingan jemaah.....

Alimasoud berkata...

Berat mana mata hangpa memandang berat lagi yang di pikul PAS Kawasan Kuala Kedah. Andaian boleh sahaja dibuat oleh semua Jemaah PAS tetapi apakah tuan merasai apa yang kami lalui setelah kemenangan di Kedah. Tak payah cerita disini dan sila lihat surat bantahan yang telah diberikan kepada SUA dan Pres beberapa lama dahulu. GB boleh berbuat andaian sendiri dan hak anda sebagai blogger untuk berpihak.

grassroot pas kedah berkata...

tidak mengherankan selepas pas kuala kedah mencaci dan menhina ust azizan, kini mereka menghina dan mencaci yb amiruddin.

beigitulah sifat dan perangai munafikun dalam jemaah.
mencaci dan menghina.

belum pernah saya dgr yab ust azizan dan yb amiruddin menghina dan mencaci sesiapa di dalam jemaah.

situ saja sudah mendedahkan kebenaran dan kebatilan.

Unknown berkata...

Anda silap Alimasoud

GB menulis bukan untuk nama, bukan untuk berpihak ikut suka, tetapi sepanjang masa GB di alam siber untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Drp surat bantahan kepada Presiden & SUA yang dimaksudkan, GB difahamkan bahawa ia hanya merupakan "serangan-serangan" terhadap MB Kedah.

Ahli jemaah yang baik tidak melakukan perkara-perkara sedemikian, sebaliknya cuba untuk menutup keaiban saudaranya, jika terpaksa juga melakukannya maka hendak dilakukan dengan aturan ayat yang mulia dengan tidak mempunyai niat untuk "menjatuhkan" sesiapa terutama ketua. Ini tidak dilakukan oleh PAS Kuala Kedah.

Perit dan pedih di bawah panji Islam adalah lebih baik dan lebih mulia dari senang dan ketawa di bawah panji yang tidak Islam

Tidakkah anda bersyukur dengan nikmat kemenangan yang Allah berikan kepada Parti Islam di Kuala Kedah?

beratus PAS kawasan-kawasan lain yang meimpikan, malah berdoa siang dan malam dikurniakan nikmat kemenangan, tetap kamu-kamu di Kuala Kedah sudah dikurniakan kemenangan kamu berseliseh dan saling hendah menjatuhkan.

Jangan sampai nanti Allah tarik semula nikmat itu dan diberikan kepada kaum yang lain.

Sekarang pilihan di tangan kamu ahli-ahli PAS Kuala Kedah.

Tanpa Nama berkata...

saya dpt maklumat dari kedah yang puak-puak phahrolrazi skrg sdg menyerang peribadi ust azizan dan ir amiruddin untuk rampas kuasa.

gb tolong siasat dan basuh semua blog yang melakukan serangan berkenaan.

hairan berkata...

inilah yang abg hasan kita tuh panggil PARASIT kot.... macam perangai abg hasan kita gak tuh. Moga Allah perkuatkan PAS dan menghancurkan para parasit sebelum menjelang pru tak lama lagi...

patutnya makin tua makin ingat mati... tapi rupanya sama saje manusia nih bila dah gila KUASA DAN DUIT! Tanggal kopiah, tercabut iman...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong Alimasoud.

org pas luar mana tau kisah sebenarnya, even pas dalaman pun banyak yg silap, itulah kita kena siasat sebelum ambil stand. takut nnti apa yg kita kata salah dan mempengaruhi org pas yg lain, tidakkah berdosa nnti?

hal2 yg kononnya phahrolrazi bagi syarat lah itu lah ini lah, tu semua keluar dlm media amno, sapa yg dedahkan (walhal itu hal dalaman pas yg tak sepatutnya masuk paper amno), BUKAN PHAHROLRAZI YG BUAT PRESS CONFERENCE ATAU DEDAH, ada tgn2 ghaib yg masukkan benda tu dlm paper amno.
cuba fikirkan? setiauasaha MB, MB sendiri ada link ke dgn org dlm paper amno? itulah masalahnya org yg dipercayai MB ialah org yg nak menjahanam, peg2 kerajaan negeri yg berkepala otak amno. hal ni kita kena ambil kira.

aku berdoa org yg dok kata phahrolrazi semacam hasan tu tu, Allah tunjukkan kebenarannya depan mata dgn segera, sgt lah jauh hasan ali dgn phahrolrazi macam langit dgn bumi, tegamak mereka melabel dia begitu. ada org pas sendiri fitnah dia, konon beli rmh rm300 ribulah, padahal rumah rm300 zaman sekarang, biasalah, k/tgn kerajaan biasa pun beli rmh harga tu. kalau media amno dok pelaga2, hangpa nak pecaya???

org pas kedah semua maklum phahrolrazi org lama dlm pas yg banyak jasa dan seorg yg lemahlembut. begitu jugak kita mengiktiraf kepimpinan ustaz azizan dan jasa2nya, kedua2nya ada jasa kpd parti.

utk selamat, kita tunggu apa kata ajk pas pusat yg dtg menyiasat esok (sabtu). bukan ajk biasa2 saja yg akan dtg, tapi TGNA dan semua PJ negeri juga akan dtg, so jgn terus serang lagi.

Tanpa Nama berkata...

sama jer phahrolrazi dgn hassan ali

hassan ali dulu pecat khalid samad dgn shaari sungip, skrg phahrolrazi bertindak nak amik tindakan ke atas amiruddin

dulu hassan ali kata kononnya ada bulan dihatinya
pharolrazi kata baginya takder gerakan lain selain PAS

hassan ali burukkan pimpinan jemaah pas
phahrolrazi burukkan mb kedah yg juga ahli majlis syura pas

kedua-duanya parasit.

ir kampung berkata...

haha anon 6:00 sudah kantoi.

beliau berkata "BUKAN PHAHROLRAZI YG BUAT PRESS CONFERENCE ATAU DEDAH"

yang ni apa kejadahnya?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CpOyBl07uyI

yang kedua, akibat dari mengata mb kedah, skrg phahrolrazi terkena balik bila org bongkar rumahnya RM300K, berbanding rumah MB Kedah sendiri yg masing2 tahu rumahnya yang itu itulah sejak sebelum jadi MB.

"org pas kedah semua maklum phahrolrazi org lama dlm pas yg banyak jasa dan seorg yg lemahlembut" lemah lembut tapi hati dan perangai busuk. kalau tak masakan hasut exco lain untuk boikot majlis anugerah exco. malah beliau dan Dr Ismail derhaka kerana majlis anugerah itu adalah oleh Duli Sultan Kedah sendiri. Konon nak sabotaj MB Kedah, tapi bak kata GB, Allah tak restu perbuatan phahrolrazi itu. Majlis exco tetap berjalan. dua ekor yg x datang.

"utk selamat, kita tunggu apa kata ajk pas pusat yg dtg menyiasat esok (sabtu). bukan ajk biasa2 saja yg akan dtg, tapi TGNA dan semua PJ negeri juga akan dtg, so jgn terus serang lagi."

tengoklah tu, sampai seluruh ajk pas pusat kena turun sebab phahrolrazi punya hal.

phahrolrazi menyusahkan semua pihak dalam PAS.

Beliau perlu berubah termasuk penyokong totoknya macam alimasoud dengan anon 6:00 p,.

Tanpa Nama berkata...

ooii awat hal rmh pun jadi isu, memanglah rmh ustaz yg jln sultanah tu rmh lama, tapi dia bukan ada 1 rmh ja.

ada youtube rupanya hahaha.. aku mengaku aku silap, tak dan/sempat aiihh nak tengok youtube. manyak keroja.

takpa takpa.. hangpa semua kutuk noo walaupun hangpa MUNGKIN tak tau cerita sebenar, takpa, aku x mau tulis panjang2, lepas mesy pas pusat sabtu mlm ahad kita tengok, kot hangpa terbeliak biji mata kot nnti hehe, jgn konfiden sgt hangpa tau cerita, hal2 belakang2 tu hangpa x tau.

yg lawak sampai ada yg menyalahkan phahrolrazi sbb melibatkan pas pusat kena campurtgn, apa salahnya? tu dah memang tugas mereka, takkan anak beranak dok gaduh r/tangga, mak pak tengok saja. tu lah menunjukkan matangnya jemaah pas, ada sistem, taksub nak salahkan phahrolrazi sampai ke situ pulak disabitkan. weyyy berlaku adil-lah, bijak buat penilaian.

takpa kita tunggu sabtu mlm ahad.
woi hangpa jgn dok maki aku nnti senang2 saja aku dpt pahala hehe...

Tanpa Nama berkata...

anon 7:41 tu dah kantoi, lagi mau defend kaaa... hahaha