6 Mac 2012

Habis Santan Hampas Dibuang: Habis Galas Ku Li Terbuang

Sila berundur secara terhormat

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah’ dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat.

Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Majlis perjumpaan yang dipenge­rusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.

Kebanyakan mere­ka menyuarakan su­dah sampai masanya ba­gi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin mu­da sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit.

Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemim­pin itu yang disiarkan dalam kebanya­kan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti.

Ab Wahab berkata, Tengku Ra­zaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN.

Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya.

Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno.

Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya.

“Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama,” katanya. -SH



Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon

SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.

Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.

Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.

Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.

Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali.

"Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.

Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.

Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.
-SH



Pakatan sedia benar Ku Li bertanding atas tiketnya

Pakatan Rakyat sedia berunding dengan ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah jika beliau berhasrat bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dipegangnya atas tiket Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin mengulas kenyataan Razaleigh baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 1969 meskipun tidak dicalonkan oleh Umno.

"Sama ada Pakatan terima atau tidak, ia tidak Ku Li bertanding di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak boleh putuskan. Perkara ini perlu persetujuan semua (parti yang bergabung dalam Pakatan, iaitu PAS, PKR dan DAP).

"Saya percaya sekiranya beliau menyatakan hasrat itu, kita (Pkatan) sedia berbincang,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini, sambil menambah bahawa bekas menteri kewangan itu masih relevan dalam landskap politik semasa.

Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, baru-baru ini memberitahu media bahawa hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau.

Sebelum ini, ada ura-ura bahawa putera Kelantan itu tidak akan dicalonkan semula kerana beliau didakwa sebagai lantang membidas BN, khususnya Umno.

Bagaimanapun akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia dalam satu laporan pada bulan lalu melaporkan Pengerusi BN Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Ku Li antara 16 muka lama yang akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
-mk

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama juga ceritanya dengan 2-3 individu dalam PAS/PKR, kalau tak 'sekapal' elok jangan duduk dalam kapal. Sepatutnya tak usah tunggu kena buang, sebaliknya sendiri mau tau.

Kepada GB, jangan pula sebab kes ni pihak lawan punya cerita maka pandangan GB pun berbeza sedangkan plot ceritanya sama, cuma berlaku dalam keluarga yg berbeza, samada suatu keluarga trsbt 'fasik' atau tak itu cerita lain, yg penting keluarga tetap keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yg memperjuangkan hak rakyat tidak diperlukan dalam UMNO. Ada ke kerana Ku Li memperjuangkan royalti minyak yg merupakan hak rakyat Kelantan beliau diminta berundur... ABU memang sesuai.

AzMiR

Tanpa Nama berkata...

anak mahathir kaya raya, tapi anak rakyat malaysia kaya hutang PTPTN

non baling berkata...

Sensitif la pasai kena kepala hampa. Tengku Razali bercakap perkara yang betoi yang sebenar. Nak jaga hampa pastu suruh cakap perkara yang tak betoi nak buat menatang apa.
Aku tak paham politik apa hampa ni. TR bukan mirip pembangkang dia cakap yang benar, tak kan pembangkang ikut jalan betoi, kita kena ikut longkang sebab tak mau sama dengan depa... Tongong betoi hampa nie !

Tanpa Nama berkata...

bertanding guna tiket PAS pun ok juga

Tanpa Nama berkata...

Itu tanda-tanda UMNO/BN akan rebah dalam PRU 13 nanti. Dan rakyat tahu bahawa Ku Li lebih cerdik daripada PM Najib.

Tanpa Nama berkata...

Nak ganti muka lama konon..kalau berani ganti semua sekali.. umur 40 tahun dah kira veteran.. Cakap pasal royalti minyak dah kene buang.. ku li bertanding tiket bebas pun Insyallah dia menang..

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak merasa orang baru apa salahnya biarlah..siapa menang/kalah tu biasalah dalam pilihanraya