6 Mac 2012

Suhaila Menderita Mempunyai Dua Rahim & Satu Buah Pinggang

Bantulah saya selamatkan Suhaila...

SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.

Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

10 ulasan:

Awanama berkata...

Aku tak faham kes ni GB. Pasal apa dah tahu tak ada duit pergi dapat rawatan di hospital Swasta. Nak pergi oversea pulak tu. Pergi dulu hospita kerajaan. Ada tak kemudahan tu kat hospital kerajaan.

Awanama berkata...

Rasanya mungkin pada awalnya die tak sangka sakitnya itu. Kan dia kata mendapat khidmat pakar setelah awalnya mendapati penyakit kencing kotor tetapi masih sakit. Kmdian lepas pergi pakar selepas dibedah baru tahu masalah yg dihidapinya. Kemudian dah dikatakan disini tiada kepakaran dan memerlukan masa untuk buat kajian...Sebagai seorang ibu die cuba buat yg terbaik n apa sahaja untuk anaknya. Kita doalah semoga dipermudahkan urusan mereka dan semuanya selamat.

Awanama berkata...

ape pulak anon..
kan mak dia dah cakp ..
kepakaran kat malaysia kurang
kes baru ,need time to do research
by the time, the research is done,,budak tu dah merana..

sape ada duit bantu
jangan cakp bnyak..
tak nak bantu diam

her mummy knows the best
want the best to her daughter

hospital pun cepat2lah keluarkan surat..dr yang bertugas sila cepat2 buat kerja...
kalau kena kat anak hang laju je
kalau kena kat anak orang ...lembab

mari sama 2 ringankan beban

Awanama berkata...

Rakyat didahulukan pencapaian di utamakan,mana daaa!!!!,kerajaan kita banyak duit takkan kes macam ni takleh settle,,,

din berendoi berkata...

Aku setuju sangat semua pihak bertindak pantas. Mana pi Aziz Putera ? Turun padang la dengan kes macam nie, jangan dok kira warna hijau ka biru ka merah ka.... Tak tahan aku tengok mata budak nie merenung jauhhhhhh....

Awanama berkata...

betul 8,13 dan 9.27 kalau sangup d tangkap israel demi pelestin , somalia, dan banyak lg , takan dengan adik ni rakyat malaysia pula tak blh tlg kot, mata saja besar otak kecik

Awanama berkata...

Assalamualaikum.
saya nak berkongsi, saya juga penghidap dua rahim satu buah pinggang mcm adik ni. mula2 period waktu umur 14tahun. sekarang umur dah 26tahun. time period tu, memang sakit gila la.. asyik kluar masuk hospital and bertahun jugak makan pil perancang supaya tak datang period time study dulu. baru2 ni buat operation laparoskopi, and doktor confirmkan yang saya ada dua rahim and satu buah pinggang. 19hb ni akan buat operation sekali lagi di hukm cheras. waktu saya buat laporoskopi di general hospital sarawak, memang kebetulan jumpa sorang kakak yang ada dua rahim jugak and satu buah pinggang. dia operate buang sebelah rahim di hospital sarawak. memang kes mcm kami ni jarang dgr, tapi musykil sikitla bila kata d malaysia ni takda pakar.. apapun, saya doakan adik ni cepat sembuh, sebab saya faham mcm mana derita sakitnya tu. harap ibu suhaila ni boleh cuba refer di hukm cheras, pakar puan yang bernama prof azurah. salam

Awanama berkata...

lupa nak tambah, yg kakak sama kes saya tu, dia tak kisah buang rahim sebab dia dah ada anak 3 org. saya ni doktor cakap tak perlu buang rahim yang tak normal tu, sebab saya masih ada peluang mengandung lagi di situ (sebelum ni saya pernah keguguran, mengandung kat rahim tak normal tu). Doktor kata masalah saya rahim yg tak normal tu takda jalan kluar untuk darah bila period tapi hairan pulak saya mcm mana boleh mengandung situ kalau takda laluan kan? kuasa Allah.... jadi hospital sarawak antar saya pegi hukm cheras untuk tebuk buat lubang kekal kat rahim tak normal tu supaya lain kali period, darah boleh kuar dari situ. Kita cuma berusaha, tapi Allah yang menyembuhkan. mungkin adik ni lain pulak masalahnya kot. Semoga Allah sembuhkan. amin..

Awanama berkata...

Sebenarnya real story, dia mls nk tnggu queue. And kepakaran hospital kerajaan ada je. My friend yg doktor pulak kata mmg byk je kes mcm ni. Bukan dia the first kene. And ubat tahan sakit tu just monthly. Bukan everyday dia kene amek. And sakit pun masa haid je. Drama lah makcik ni. Usik duit zakat suka2.

ziey berkata...

jgn komen lbh2 klu xtau cite sbnr..klu tkena btg hdung sdri bru tau langit tggi ke rendah..berdoa je la..klu nk derma bleh, xnk derma pn xpe kn..