7 Mac 2012

[FITNAH] Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno

Alor Setar: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.

"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.

Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan. -mstar

Ulasan GB

Sepertimana yang GB sebelum ini, episod politik bogel-membogelkan, fitnah memfitnah yang sebelum ini tidak kedengaran berlaku dalam PAS tetapi begitu rancak di dalam kemelut Kedah, perlu dihentikan segera.

Semenjak PAS menang mentadbir beberapa negeri, tiba-tiba sudah ada yang terjebak di dalam kancah amalan politik yang tidak memperdulikan syarak dan amal jamaiyy.

Jangan sampai nanti kerana fitnah memfitnah Allah turunkan bala kepada semua ahli PAS dengan direntap semula nikmat kemenangan yang diberikan sebelum ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju ngan GB..
Dah aku agak.. Bila ada yg gatai mulut mesti ada yg smbung..
Lps ni semua upu pastikan calon panjat pokok pasang bendera jgn nk ceramah jer.. baru diorg tau mcmana susahnyer petugas parti buat kerja nk menangkan diorg ni..

Tanpa Nama berkata...

memang btul la puak ni bila duduk dalam jawatan tingi hati dah jadi lain kalau dulu bejuang kerana islam,sekarang bejuang untok perut, dah jadi telaga buruk ,semua bolih d isi , ingat la sama hempa berpolitik blh duit kami yang bawah? tapi kalau mcam ini cara hempa yang dok atas minta maaf banyak2 la noo