7 Mac 2012

Isu Kedah: Hentikan Segera Politik Saling Bogel-Membogelkan

Kontrak RM600 juta punca krisis PAS Kedah

Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. -mk

Kisah dalam kelambu buat apa nak bagi tahu orang lain

Kata semua dah selesai, hingga Umno gigit jari. Tapi masih ada yang mulut besar. Macam ini bila nak habis. Banyak sangat cakap lagi banyak silap, Islam kan dah ajar kurangkan bercakap. Cakap bila perlu sahaja. Jangan marah wartawan kalau dia tulis apa yang kita cakap, sebab itu memang kerja dia.

Fokuskan pada kerja yang diamanahkan serta mempertahankan kemenangan dalam PRU 13 akan datang. Tiada makna bermulut besar sekarang tapi akhirnya mencuka bila keputusan PRU diumumkan kelak.

Politik macam ni membosankan dan sengaja memberi peluru hidup pada musuh. Yang dah sudah tu sudahlah, buang yang keruh ambil yang jernih. Ini tidak semua nak cakap dan nak bagi tahu semua orang, kisah dalam kelambu buat apa nak bagi tahu orang lain.
-p111kotaraja


Ulasan GB

Episod Kedah sudah berakhir. Tiba-tiba exco yang dikaitkan dengan krisis tersebut membuat pendedahan :

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.


Benda dah selesai tapi diungkit lagi.

Sepatutnya apabila ditanya mana-mana wartawan pun, exco itu hendaklah berdiam diri demi menghormati keputusan damai PAS Pusat.

Selagi satu pihak keluarkan kenyataan, akan muncul pula pihak lain mempertahankannya.

Isu kontrak yang dikatakan RM600 juta itu kabur. Seorang pengkomen pula mempertahankan tindakan MB Kedah.

projek RM600 belum lagi dianugerahkan kepada sesiapa dan ia cuba fitnahkan kepada mb kononnya hendak diberikan kpd org umno.

sebenarnya phahrolrazi yang terkilan apabila projek itu melepas sebab syarikat perniagaan kejuteraannya dikatakan yang hendak membolot projek itu.

Ia telah dihentikan oleh MB sendiri untuk elak dituduh kronisme.

kalau tak tahu kisah jangan merepek.


Ini politik yang saling bogel membogelkan. What goes round turns around. Anda ketuk kepala orang, kepala anda pula akan diketuk. Ia kesan lantunan. Anda perlu sedia dibogelkan apabila anda membogelkan orang lain. Tidak mungkin anda membogelkan orang, orang itu berdiam diri. Kadang-kadang dendam berlarutan sampai ke anak cucu.

Itu hukum dalam ilmu mantik, ilmu hakikat. Kalau tak faham atau tak tahu lansung ilmu ini, pergi belajar lagi. Alam terbentang boleh menjadi gurunya. Tapi jangan sampai jadi sesat, apatah lagi jika berguru kepalang ajar, nanti bagai bunga kembang tak jadi.

Dilaporkan, sms-sms pro dan kontra sentiasa berlegar-legar di kalangan rakyat khususnya di Kedah sekalipun sudah reda sedikit selepas Majlis Mahabbah.

Kita berharap semua ini dihentikan segera. Dan munajat perdana ini diharapkan benar-benar dapat menjernihkan semula air yang keruh itu.

Kedah: PAS rakam tahniah, rancang munajat perdana

KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS merakamkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penyelesaian isu Kedah dan merancang munajat perdana dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini berkata, tahniah diucapkan kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah ini.

Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti, tambah beliau.

“Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS,” kata Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim, ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bergegas balik dari Bosnia transit di Austria, Kaherah, Bangkok dan sesampai di Kuala Lumpur bergegas ke Kedah tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi.

“Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.

“Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kita bemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akhbar,” tambah beliau
.
-HD



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i. masalah belum selesai! pahlolrozi dan dr. ismail merasakan merekalah yang menang. jika tidak kenapa perlu sidang media? mereka sekadar mahu melepas peluru yang belum habis mereka lepaskan semasa majlis mahabbah (ada keinginan mereka yang belum tercapai).

ii. teladan paling malang dalam PAS Kedah! pemimpin penting PAS Kedah (TPJ I dan TPJ II) tidak pandai berpolitik tau menampakkan ketidakfahaman mereka terhadap kahlak jemaah. Sikap menghimpunkan penyokong untuk menunjukkan kekuatan sokongan padu 'kononnya' telah memecahbelahkan jemaah. Jika ada pendirian kemukakanlah secara profesional dan atas kapasiti peribadi. Ini bukan agenda berlawan untuk menang atau kalah.

iii. Ikhlaslah dalam menerima amanah rakyat Kedah. Buanglah perangai macam UMNO. Jika tidak hanya logo saja berbeza tapi perangai serupa...berebut projek mahu kenyangkan perut sendiri...

Ir kampung berkata...

"Sikap menghimpunkan penyokong untuk menunjukkan kekuatan sokongan padu 'kononnya' telah memecahbelahkan jemaah."

Kalau Ust Azizan balas buat sidang media mengenai isu yg sama, agaknya berpa ramai kekuatan sokongan yg akan berdiri di belakangnya? Saya rasa berbondong2 ahli-ahli PAS seluruh Malaysia akan turun Kedah bagi sokongan kepada ust Azizan, termasuk semua AJK PAS Pusat.

Cukup bangang dua parasit @ pelesit eco tu termasuk penyokong yg seciput itu.

Saya tegok ler dalam hal ni, walaupun krisis mungkin sudah kendur, tetapi api dalam sekam masih menyala, grup ala Hassan Ali ini akan dimusnahkan Allah apabila sampai masanya.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Azizan jugak yg clear! Ada dia dok melatah tak tahuan hala. Itu contoh pemimpin yang matang. Dia bukan maksum..tapi dia tetap ada akai.Rakyat bleh nilai sapa yang benar..ada Us. Azizan dok kalut buat Press conference sana-sini. Allah hantar org lain tolong jawab bagi pihak dia. Itulah sikap seorang pemimpin yg ikhlas, matang dan berakai.

Tanpa Nama berkata...

sifirnya: anda memfitnah orang anda akan difitnahkan pula.

politik fitnah memfitnah.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun dua pemimpin PAS dilihat bertelagah di Kedah, namun ini bukanlah gambaran bahawa UMNO/BN adalah pilihan yang lebih baik mengganti semula PAS untuk mentadbir negeri Kedah menjelang pembubaran DUN Kedah nanti.

Hatta jika exco Kedah terbelah dua mahupun tiga kumpulan sekalipun, UMNO/BN yang telah hancur berkecai di mata rakyat Kedah takkan mampu menjernihkan imejnya yang telah tersedia buruk dan busuk dalam pentadbiran negeri Kedah.... InsyaAllah.

kampong lad berkata...

punca kpd masalah ini ialah duit, duit & duit.

Tanpa Nama berkata...

Untuk apa membuat sidang media serta disertai sekelian penyokong , lupakah pesanan TGNA , jangan gunakan media musuh, yang mana musuh ini sentiasa menangguk di air keroh. Tidak cukupkah dengan pejumpaan mahabbah sesama Presiden dan AJK Pusat PAS ? Mana pergi nilai2 jamaie dan syura yang telah disepakati ?.

ST berkata...

macam wa kata sebelum ni, dlm setiap isu yg melanda kedah @ ust azizan... 1st round akan nampak ust azizan kalah. tp last sekali nampak ust azizan menang bergaya. pengkritik, pengomen dan penghentam semberono akan ternganga.

isu harga air di kedah, perngkorporatan sada... media perdana dok tibai kedah dan ust azizan. zalim kejam zalim kejam... last sekali umno yg terpukul teruk. isu jd diam.

isu kuin, sapa yg tak hentam ust azizan? geng sendiri, kawan sendiri bantai beb. ust azizan nampak kalah teruk mula2. dia diam saja. bila tiba masanya, dia jawab sepatah dua saja, sekali dgn aziz bari terdiam.

isu madrasah solihiah... mcm nak jatoh dah kedah ni kena garu dgn pemuda umno kedah. nak roboh surau.. mcm ust azizan ni dah jd kapir dah sbb roboh surau... last2 sekali pemuda2 umno kedah meroyan pi koyak iklan surau yg nak dibina ganti surau solihiah tu... sapa menang?

dlm isu 2 exco ni... lu dedah dedah dedah..bogel bogel bogel... dia diam saja utk 1st round... wa nak tunggu tgk bila dia jawab balik lu terduduk... tak pn lari sembunyi kat gunung jerai..kah kah kah

wa tau lu org x puas ati sbb pernah kena marah dgn mb yg cegei tu... dgn umno dia tak marah mcm dia marahkan lu.. tp mcm mahfuz kata, nak berdepan dgn org tua tu, lu kena ada seni. tak kena cara, mmg lu kena... kah kah kah

dgn org umno, maybe dia ada strategi utk dapat sesuatu yg tak dijangka. mula2 nampak mcm kalah..nampak mcm mesra umno..nampak mcm hassan ali...eh... takde kena mengena dgn hassan ali laa... kah kah... tp politik mb yg tua ni tak dpt nk predict.. bg wa la.. lu org genius, maybe tahu...

wa bukan fanatik ust azizan. cuma wa kasi pencerahan sikit. wa x dapat baca sepenuhnya pemikiran org tua tu. wa rasa geniusnya lebih dr Dr Mahathir...

Tanpa Nama berkata...

jika dah nampak tersasar....lebih baik diam.... "sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari akhirat hendaklah ia berkata yang baik-baik (memberi manfaat) ATAU BERDIAM DIRI" (HADIS) Diam anda boleh selamatkan jamaah...INSAFLAH SETELAH TERSILAP

Tanpa Nama berkata...

Buang perangai dok rasa diri je yg betol! Jgn ambik akhlak umno wak masuk dm parti islam! Siapa kita wakil rakyat hanya diberi amanah oleh rakyat, tidak bermakna kita yang terbaik, contohilah sikap umar khalifah yg tawaduk dan zuhud tidak merasa dirinya lebih drp org lain, menerima mesyuarah, bukan pentingkan diri,

Ambe rasa ir dan dr x patut buat sidNG AKHBAR NK JATUHKAN SATU SAMA LAIN KITA ADA WADAH UYK BERMESYUARAH DLM PARTI! BUAT APA PANGGIL SIDANG AKHBAR! NK JADI MCM HASANG ALI MUSANG BERBULU AYAM KER!

Tanpa Nama berkata...

Dua EXCO ini tidak menilai penat lelah petugas Pas bekerja semasa PRU. Nampak kecik tetapi impaknya amat besar. Menampakkan antara Pas pun tak boleh bekerja, tak boleh runding, tak boleh bincang, tak boleh selesai baik2. Ini akan mengurangkan kepercayaan orang luar (orang luar) dan pelabur. Ini semacam krisis kerajaan. Orang Pas mungkin rasa OK, orang cina dan india macamana? Orang yang atas pagar macamana? Dua orang ini WAJIB di persalahkan jika sesuatu terjadi kepada PR di Kedah semasa PRU13. Inilah PARASIT sebenar dalam Pas!.