8 Mac 2012

[Bergambar & Video] KL Dilanda Banjir Kilat - Jalan Utama Sesak Teruk, Kereta Tenggelam

Terkandas jalan tenggelam

KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.

TENGGELAM...seorang penduduk melihat keretanya yang ditenggelami banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, malam tadi.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.

Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.

SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar skuad bantuan ke semua kawasan termasuk meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang seperti Jalan Silang bagi memudahkan proses pembersihan kawasan dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hujan lebat di ibu kota menyebabkan Jalan Sultan Ismail ditutup kepada kenderaan ringan, namun kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam tadi.

Beliau berkata, empat jalan utama mengalami kesesakan teruk sejak petang semalam iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Naga Sari, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Sultan Ismail.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah menggerakkan semua jentera bomba di kawasan terjejas teruk untuk menyalurkan bantuan bagaimanapun, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian terbabit. -hm


Kredit Foto: NST, BH & HM













12 ulasan:

Awanama berkata...

Terowong SMART dah tak smart ke?

Yong berkata...

Bayangkan Gebeng banjir dan sisa Lynas hanyut di merata2 tempat!

ABU berkata...

Dengan ini kerajaan memperuntukan RM8b utk projek terowong smart kedua bagi mengatasi banjir akibat terowong sedia ada tak mampu mengatasi masalah banjir.

hussin berkata...

smart ni bukan tahan lama. dia sekejap je. pagi kelaur smart, tengahari dah hilang smartnya. smart tunnel ni dari segi kegunaannya tidak smart. ini bermula dengan berapa persen masyuknya bukan dari segi kesmartan fungsinya... maka terimalah akibatnya. manusia boleh fikirkan kepelbagaian untuk menyelesaikan masalah. tapi manusia gagal untuk akur akan peringatan Penciptanya. apabila berlaku banjir kilat seperti ini istilah barat 'bencana alam' digunapakai, sekali gus menolak musibah untuk dimauhasabhakan.

wallahu'alam

kampong lad berkata...

nama pun kuala LUMPUR...hujan, banjir & lumpur.

Basteng berkata...

Salam...

Maksud yang tersirat ialah ini adalah BALA dari ALLAH s.w.t...

Bala ALLAH s.w.t tidak mengenal sama ada mangsanya adal;ah kanak kanak ker, orang tua ker, orang islam / non muslim ker, wali ALLAH ker.. semuanya kena..


Macam peristiwa tsunami kat Acheh !

Ini baru ALLAH s.w.t bagi hujan lebat baru..belum lagi taufan macam kat Amerika !

Cuba perhatikan bagaimana hebatnya MAKSIAT di sepanjang jalan sultan Ismail..

Berapa pub/kelab malam yang ada !

Itu belum dicampur dengan kebanjiran Pelancong asing yang menjadikan Malaysia terutama kawasan K.L ( bukit bintang ) sebagai tempat mencari duit dengan melacurkan diri !

Lihatlah betapa ramainya perempuan asing dari negara China, Vietnam,Philipina, Indonesia, Rusia & segala 1001 bangsa yang melacurkan diri !

Jika maksiat ini semua tidak dibenteras, semua terimalah BALA dari ALLAH s.w.t sooner or later !

TQ..

tanda soal berkata...

allah nak uji pemimpin yg bongkak mengatakan SMART dapat mengatasi masalah banjir.. tapi masih x sedar2 diri lagi..

phat_lee berkata...

hehehe...

SMART tunnel tu pun x berguna gak kalau rakyat Malaysia x kenal mana satu tong sampah, mana satu longkang.

Awanama berkata...

KL....BERAPA BANYAK TMPT MAKSIAT. PERBUATAN YG DIBENCI OLEH ALLAH SWT. GAY...KAT KL, LESBIAN...PELACURAN, ARAK , PERGAULAN BEBAS DLL.

JIKA DIIKUTKAN KISAH KAUM LUT..KL INI DAH LAMA DIHEMPAP HUJAN BATU. TAPI ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG. DIA MASIH BERI KESEMPATAN UTK HAMBANYA BERTAUBAT.

Awanama berkata...

Selagi Pemimpin Negara Benggap Bahalol dan Poyo, apa apa duit rakyat di gunakan untuk membangun negara hanya aka ke perut boroi mereka sehingga hidup mereka sendiri jadi dunggu bak khinzir.

Awanama berkata...

Kadang-kadang,aku jadi pelik dengan orang yang suka mengutuk serba serbi ni.

Sebelum buat SMART,bangkang macam-macam.Sekarang,dah ada smart,mintak tambah lagi pulak.Adeh.

Nak setelkan masalah banjir kat KL ni,perlukan lebih dari satu projek macam SMART.Ramai betul yang jadi pakar segera ye kat sini.Hahaha.

SMART sekarang ni,dia alirkan berapa peratus je dari banjir kat KL.Nak kurangkan masalah banjir,bukan hapuskan terus.Mentaliti pikir mudah macam komen kat atas ni,betul-betul buat aku hairan.Fakta suka hati mana le deme cekau ni.

Orang nak bangunkan sistem selesaikan masalah,bangkang.Dah buat,bangkang.Ha,sampai ke kiamat le kome jadi macam tu.

Awanama berkata...

tukar kerajaan beb..PRU 13. dah lama sangat kerajaan skrng perintah..

mcm SSM ttuko SBPA