8 Mac 2012

Imam Hosnan Yang Baling Kasut Ke Arah Hakim Dipenjara Setahun

Putrajaya, 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang imam yang membaling kasutnya ke arah hakim mahkamah sama bulan lalu, kerana telah menghina mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama menjelaskan “tindakan menghina mahkamah adalah sangat serius” dan “sekiranya tiada tindakan diambil, akan mencemarkan kuasa mahkamah.”

Mereka sebelumnya membenarkan Hoslan Hussin membuat rayuan bagi meringankan hukuman selepas mendapati beliau bersalah atas kesalahan tersebut.

Hoslan, 46, berkata, “saya keliru” mengapa dibicarakan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah. Beliau diwakili oleh Karpal Singh untuk tujusan itu.

“Saya keliru. Semuanya keliru. Sebagai seorang imam saya hanya menolong orang melakukan perkara yang baik.

“Disebabkan politik dalam agama, mereka mendakwa imam,” katanya sebelum menangis.

Pada 22 Februari, Hoslan telah melemparkan kasutnya di Mahkamah Persekutuan apabila beliau cuba mencabar keputusan Masjid Kuala Lumpur pada 1999.

Tindakannya ketika itu mengejutkan hakim, peguam, dan pemerhati di kamar mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama, diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, membuat keputusan berkenaan “selepas menilai penjelasan” Hoslan.

“Mahkamah harus menjatuhkan hukuman yang bersesuaian,” kata Zulkifli ketika perbicaraan.

Datuk Suriyadi Halim Omar turut berkata Hoslan adalah “ganas.”

“Sesiapa yang alim akan dipandang tinggi. Tetapi kamu bersifat sebaliknya dan tidak menunjukkan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Ketika membuat rayuan, Karpal menjelaskan bahawa mahkamah harus mengambil kira “aspek emosi” berikutan tempoh 13 tahun yang Hoslan dipaksa menunggu sebelum kes beliau didengarkan.

“Mahkamah harus mengambil kira sekiranya teguran lebih bermakna daripada hukuman. Teguran serius lebih bermakna,” katanya.

Namun begitu, Ketua Hakim menjelaskan hukuman penjara adalah perlu sebagai pengajaran.

“Ini adalah kes menghina mahkamah yang serius, lebih-lebih lagi dia adalah kakitangan awam. perbuatannya itu telah mencemarkan nama baik mahkamah,”

“Hukuman ini adalah pengajaran ... untuk pentadbiran yang lebih adil,” jelas peguam persekutuan Suzana Attan.

Hoslan kemudian mengaku menyesali perbuatannya dan memohon maaf daripada pihak kehakiman.

“Saya kecewa. Saya harap kita akan memaafkan satu sama lain,” katanya. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





12 ulasan:

Awanama berkata...

Hina mahkamah cepat jer kena hukum...Hina Islam, hina Allah, hina nabi, hina HUDUD...tak der apa2...Kanggaruu betull....

gugel berkata...

Sebenarnya bukan mahkamah yg terhina, HAKIM tu yg rasa terhina sebab selama dia jadik hakim fasik, tak penah lagi ada org baling kasut kah kah kah kah...gua tengok muka lu pun zaki, serupa muka takdak Nur. Taubat lah weii, pangkat kuasa ringgit cuma syurga dunia.

Awanama berkata...

Banduan 1: Banduan 2 kau masuk ke dalam ni sebab apa?

Banduan 2: Aku makan rasuah, kau?

Banduan 1: Aku bunuh orang... memang job aku... kalau kau ada nak bunuh sapa-sapa upahlah aku.

Banduan 2: Kau banduan 3, apa kesalahan kau?

Banduan 3: Tarak apa, aku cuma kasi bakar orang.

Banduan 2: Kau yang baru masuk ni, apa pula?

Banduan 4: Aku? Aku baling kasut pada hakim.

Banduan 1, 2, 3: Cayalah bro... kau memang taikolah bro.... taiko untuk seluruh banduan di Malaysia.

tanda soal berkata...

biasanya bila hakim yg terhina ni akan mintak maaf bila pencen nanti..

Awanama berkata...

correct correct correct

Awanama berkata...

pelik2....kenapa baling kasut blh cepat masuk jel. bukan kena pun kt muka....

tapi kalo ade kes spt pecah amanah kena amik masa sangat

Awanama berkata...

aduhhhh... pandainya anon2 yg komen, nak tergelak sakan.
Peristiwa ni mmg akan jadi sejarah.

hisham berkata...

dah baling dalam mahkamah sedang dalam perbicaraan..
dikira hina mahkamah la..
kalau baling masa hakim tu nak balik atau diluar bangunan,dilampu isyarat atau kat dalam jamban mahkamah baru bolih dituduh hina hakim.
masa dalam prosiding perbicaraan...apa saja kata,perbuatan dan tingkah laku kita yg melanggar etika kehakiman akan dikira menghina mahkamah.
lain kali kalu nak baling kasut atau nak kencing atas kepala hakim tunggu masa bukan dalam perbicaraan..
sebab masa itu hakim hanya manusia biasa yg makan dan berak seperti kita.
asa hakin tu sedang berjalan ko tampar saja...habis berat kena denda rm100.00...sebab bergaduh ditempat awam.
kalau ada duit..ambil karpar singh jadi lawyer...bolih tangguh kes sampai seratus kali....
ada faham ke?......kalu tak faham...minum air kencing kanggaroo supaya jadi cerdik...bagi yg bodoh je..yg dah cerdik tak perlu..

Awanama berkata...

Saya amat setuju Hakim Suradi kena baling dgn kasut. Hakim yg penipu.

Awanama berkata...

kerana kasut masuk penjara, adakah rakyat sudah lupa kisah man datuk anak datuk bandar IPOH? Putrajaya masih dibawah BN...

Awanama berkata...

Memang zalim!!

waksab berkata...

Di bawah ini adalah gambaran manusia-manusia yang berdosa di padang mahsyar. Semoga menginsafkan kita semua. Allahualam.

MANUSIA BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

MANUSIA BERWAJAH BABI
Suka memberi dan menerima rasuah

MANUSIA YANG BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

MANUSIA YANG PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

MANUSIA YANG MEMPUNYAI TUBUH MENGALIR NANAH DAN DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

MANUSIA YANG BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

MANUSIA BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

MANUSIA BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

MANUSIA YANG RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba seperti golongan yang digelar along atau ceti

MANUSIA YANG TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti atau menyusahkan jiran sekeliling

MANUSIA YANG WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan dan lain-lain zakat

MANUSIA YANG BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

MANUSIA YANG TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

MANUSIA YANG BERJALAN KAKI KEATAS DAN KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MANUSIA YANG MUKA HITAM DAN PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan
seperti dadah dan lain-lain.

waksab.blogspot.com