5 Mac 2012

Amerika Lebih Takut Ahmedinejad Kalah Dalam Pilihanraya Presiden Iran

Pilihanraya presiden Iran: Mahmoud Ahmadinejad jauh ketinggalan

TEHERAN: Undi terbaru menunjukkan mereka yang setia dengan pemimpin ulama Iran, menang 75 peratus kerusi dalam pilihan raya parlimen, menjadikan calon Presiden Mahmoud Ahmadinejad semakin sukar untuk menentang puak konservatif.

Keputusan undi Jumaat lalu, sebahagian besarnya dipulau oleh golongan reformis yang pemimpin mereka masih dikenakan tahanan rumah, tidak akan memberi kesan yang besar terhadap dasar luar Iran, termasuk pertikaian nuklear dengan Barat.

Namun begitu, ia akan memberi kelebihan yang ketara kepada kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam pilihan raya presiden, pada 2013. Kekalahan besar penyokong Ahmadinejad mungkin akan menghakis kuasa presiden, yang diapi-apikan oleh sekutu Khamenei kerana ia telah mencabar kuasa pemimpin tertinggi dalam pemerintahan Iran yang berlapis-lapis itu.

Dengan 90 peratus daripada peti undi yang dikira, penyokong Khamenei dijangka menduduki lebih daripada dua per tiga daripada 290 kerusi dalam Parlimen, menurut senarai yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri. -Reuters

Ulasan GB

Walaupun Amerika takut dengan kemenangan Ahmedinejad, namun kekalahan Ahmedinejad lebih menakutkan dan mengerikan Amerika kerana yang menang ialah kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang lebih ketara dan keras prinsipnya terhadap Amerika.


6 ulasan:

Awanama berkata...

Yg ikhlas memperjuangkan Islam tak takut kalah di dunia, ataupun terbunuh, sbb dia yakin kejayaan sebenarnya ialah ketika bertemu Allah dlm redhaNya.

Dunia hanya sementara, berjuanglah untuk Islam ikut kemampuan masing2 sementara Allah beri nyawa di dunia ni, kerana bila dah tak bernyawa, menyesal pun tak guna, hatta harta bertimbun2. Dan sunnahnya berjuang kerana Allah memang akan diduga, kerana utk dapat redhaNya perlu membayar pengorbanan yg mahal dulu di dunia, antaranya dikutuk, dicaci, dicerca, korbankan harta, diri dll.

(semua ni Allah dah sebut dlm quran . Saranan ni khas utk aku terutamanya).

al-filfilan berkata...

Sebenarnya Mahmud Ahmedinejad bukanlah dari kem reformis tetapi adalah dari kem yang disokong ulamak. Kalau kita masih ingat golongan reformis menyokong Ali Hashemi Rafsanjani (seorang ulamak) selepas calon asal mereka kalah dalam pusingan awal pemilihan. Sebelum itu bekas Presiden Khatami (ulamak) juga penyokong reformis yang condong ke barat. Kemenangan Ahmedinijad sebenarnya adalah hasil dokongan golongan konservatif yg melihat beliau lebih kuat menentang barat dan merupakan aktivis revolusi semasa era Khomeni dan kuat berpegang kepada agama.

Awanama berkata...

macam amerika lebih takut najib APCO kalah..........

Awanama berkata...

org2 iran tak kisah sapa menang, dua2 pemimpin bagus dgn cara masing2. Penyokong totok UMNouuu aje yg tak nak tolak UMNO wlu ada alternatif lain yg lebih bagus ke arah Islam didulukan.

Alias Bin Hasan berkata...

Salam semua...

Kalau niat dah tak betul, kok mana hala pun tak kene pun....

bagbag.. berkata...

syiah ni talam dua muka ngn islam..ape kelebihan iran pd dunia islam sedangkan mereka la pengkhianat pd ahli sunnah..ape yg di laungkan2 kn barat dan iran adalah pembohongan pd dunia..meraka dilihat bergaduh tp dlm pd masa yg sama membunuh org2 sunni..ulama2 sunni di dunia ini tidak mengiktiraf syiah di seluruh negara termasuk iran,,awas jgn tertipu dgn konspirasi ini..