5 Mac 2012

[TERKINI] Isu Kedah: Azizan Kekal MB, Phahrolrazi & Ismail Kembali Sebagai Exco [updated]

Kuala Lumpur - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali (menerima jawatan exco).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.

<"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah.

"Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah.

Pas pertemuan itu, Ismail tidak bersama, tetapi keputusan Pas Pusat ini telah di maklumkan.

"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," katanya.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak.

Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya. -SH

Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali

KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah,"
jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.

Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.

Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.

Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.

"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.

"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.

Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.
-HD




Ulasan GB

Seperti yang GB telah jangka sebelum ini.

Dan kita berharap isu Kedah selesai, bukan sekadar untuk menghadapi pilihanraya tetapi keputusan untuk jangkapendek dan jangkapanjang demi kemantapan jemaah PAS seluruhnya khususnya PAS Kedah.

Kita tidak mahu dianggap membuat keputusan "seperti menyapu sampah ke bawah karpet", iaiatu keputusan jangkapendek yang hanya bertujuan menghadapi piliahnraya, tetapi satu keputusan tegas dan muktamad yang perlu diterima oleh semua pihak dengan hati terbuka dan tawadhu jika mereka masih menganggap diri mereka sebagai ahli jemaah.

Ia menyangkut persoalan akhlak dan disiplin ahli jemaah.

Tiada ruang untuk si keras kepala, tiada ruang untuk yang berdegil dan tiada ruang untuk mereka yang suka bertindak sendirian mengikut hawa nafsu dengan tidak mematuhi amal jamaiyy.

Itu pertama.

Kedua GB meminta pihak petugas akhbar rasmi PAS, Harakahdaily supaya mempertingkatkan efficiency dan effectiveness agar laporan mengenai isu-isu yang membabitkan parti cepat dilaporkan di dalam akhbar online PAS tersebut.

Ini adalah untuk mengelakkan rakyat bergantung dan termakan dengan berita-berita dan laporan-laporan dari akhbar media massa arus perdana yang sentiasa kelihatan memaparkan isu Kedah secara negatif.

Jika rakyat cenderung untuk melihat isu Kedah secara senget, kesalahannya juga disumbangankan oleh kesalahan organ PAS seperti harakahdaily yang gagal menyajikan berita yang benar, tepat dan cepat kepada masyarakat umum.

GB hairan mengapa harakahdaily begitu pasif dengan isu Kedah sejak dari awal lagi dengan membiarkan lambakan laporan sonsang arus media perdana tidak berjawab.

Kami blogger hanya mampu menjalankan tugas mengikut kemampuan yang kami ada, tanpa upah tanpa obligasi khusus dari parti, kecuali memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan. GB dan lain-lain blogger hanya mengharapkan balasan dan keredhaan dariNya.

Di sini, GB ingin mengucapkan merakamkan syabas dan terima kasih kepada pihak akhbar Sinar Harian yang lebih cepat melaporkan isu Kedah ini dengan laporan yang lebih objektif (walaupun tidak 100%) daripada akhbar-akhbar arus perdana yang lain, yang menyebabkan tafik akhbar dalam talian mereka sesak sejak isu Kedah bergelora.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

Awanama berkata...

Secara logiknya, PAS Pusat dapat menerima wujud kebenaran sebab musabab kenapa kedua-dua exco bertindak berkonfrantasi dengan MB Kedah. Jika kebenaran tidak berada pada kedua-dua exco tersebut, sudah pasti PAS Pusat sedia untuk menyingkirkan kedua-dua pemimpin PAS Kedah dari mengisi jawatan exco; apa perlunya PAS menyimpan pengacau ganggu di dalam kabinet Kerajaan Negeri Kedah.

Ini bermakna ramai jugaklah pemimpin PAS bertaraf exco yang tidak bersedia menegur MB Kedah sebagaimana yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin itu, jadi layakkah mereka untuk terus mewakili rakyat jika tidak berani menegur kejanggalan atau kekhilafan yang dilakukan oleh ketua mereka.

Awanama berkata...

masalah betul dua parasit ini.

saya harap jika mereka tidak berubah, pas akan singkirkan mereka ini sepertimana Hassan Ali.

Lansung takder akhlak jamaah.

Awanama berkata...

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisaa’, 4:59)

~jange duk keras kepala dan gila jawatan...

Awanama berkata...

Ini lah yang dinamakan ; Pi Mai Pi Mai, Tang Tu jugak...

Mengekalkan parasit2 dalam PAS bererti menempah jalan yang lagi sukar. Manusia bukan senang berubah. Manusia tetap akan memastikan dendam kesumat berjaya dilaksanakan.

Keputusan ini baik untuk sekadar 'meredakan' keadaan di matakaca masyarakat.., tetapi ia sebenarnya memberi ruang untuk api membara di dalam sekam.

Awanama berkata...

Tunggu apa komen si Phahrolrazi pulak. Sbb dia kata akan buat news conference pasal tu selepas pusat membuat hebahan.

aku harap kedua2nya isitu si Phahrolrazi dan Dr. Ismail sedar siapa mereka. Hormati lah ketua. siapapun boleh tegur MB Azizan, tapi kata putus tepatap pada MB Azizan. dia seorang ketua. Dia tahu apa yang hendak dibuatnya. dia ada cara dia sendiri. Diapun ada wawasan sendiri utk parti dan kerajaan Kedah. Jadi, hampa kena terima hakikat itu. Seperti kata Gb sebelum ni, tak semua nasihat dan teguran atau pandangan akan diambil kira. Jadi, jangan lah berputus asa bila pandangan tak diambil kira. Allah akan sentiasa memberi balasan jika pandangan kita itu benar dan baik. Orang yang kecewa bermakna orang yang tidak berserah kepada Allah. Jadi kalau ini berlaku, amat memalukan kerana kita semua mengaku pejuang Islam. Ketua tidak menerima teguran mungkin ada hikmahnya. Sebab tu kena berserah dan bukan kecewa. Jangan sekali-kali mengkusutkan suasana seprti nak mengambil tindakan keatas Ir Amiruddin sehingga sanggup akan memboikot beliau masa PRU-13 nanti. Ini bukan lagi kecewa malah nak merosakkan parti.

So, tolong muhasabah diri tu. Perjuangan utk diri sendiri ka atau untuk agama allah.

Awanama berkata...

Tak yah le komen kutuk lebih2 samade pada 2 EXCo tu atau MB, sebab sblum ni dah berbakul2 komen samade negatif atau positif.

Ucapkan Alhamdulillah, atas penyelesaian terkini, (mudah2an ke tiga2 yg empunya diri tak memanjang2kan lagi isu, sebaliknya berlapang dada, positif & muhasabah diri.). Kita pun sama2 berlapang dada.

Ada lah hikmahnya.Belajar dari kesilapan. Jngan diulang oleh pihak lain pulak. Teruskan berjuang mempertahankan pemerintahan di kedah & negeri2 sedia ada, & menambahkan lagi di tempat lain.

Manusia tak sempurna, bisa bikin kesilapan.. cepat2 le sedar, jnganlah berdendam & meningkatkan performance menuju redha Allah.

Awanama berkata...

anon 2:18,
yang tak betul perlu dikutuk kasi betul. tak tak kutuk ertinya kita redha dengan salahlaku tersebut.

Awanama berkata...

1-fikrah pas = tak berebut jawatan,, tak rasa lebih layak,, tak emosi,,

== uhm, nampaknya dr harun din sepatutnya jadi mursyid am, beliau berilmu dan less politiking serta neutral.

== bukan nik aziz pula khabarnya dropuot di al-azhar, then pergi mengaji urdu kat deoban india ( deoban ni tempat bdk2 pondok ambik sijil kelayakan utk msuk al azhar.)

-
fikir2kan lah.