20 Feb 2012

[Dedah] Kapal Israel Di Pelabuhan Kelang Bukti UMNO Hipokrit Paling Nyata

Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang

NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

"Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa.

Menurutnya, saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.

Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk kebenaran belayar atau ‘sailing clearance’ dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia.

Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang.

“Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?” katanya. -mk







Ulasan GB

Doa kita supaya kebenaran itu terbuka akhirnya dimakbulkan Allah swt jua.

Terdedah nyata kini bahawa Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel.

UMNO menunjuk orang lain denagn satu jari tetapi tidak sedar empat jarinya menghala kepada diri sendiri.

Dulang paku serpih - mengatakan orang sedangkan kamu sebenarnya yang lebih!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

Awanama berkata...

tok-tok peti tak bersuara ke dalam hal ni ??

Awanama berkata...

mamak-mamak p.pinang tak mahu berdemontrasi ke ?? pak zul kita tak nak bersuara ke ?? hassan pula tak nak buat ceramah pasai ni kaaa ??

Awanama berkata...

Utk cek jadual keluar masuk kapal2 dari Israel ke Malaysia, cek kt sini, http://www.linescape.com/, klik kt Find Routes, Origin, taip Israel@Malaysia,Destination, Malaysia@Israel & klik Find Routes... anda akan dihidangkan dgn informasi yg dicari

Awanama berkata...

hasan sibuk cari parasit...sesuai dgn pepatah'nyamuk seberang sana nampak,gajah depan mata tak nampak'....rabun dekat kot.

Zuones berkata...

Mana sang perkasa...jati...
tak mahu berdemo ke...
sememangnya umno dan yahudi satu kepala... menentang hukum Allah...

Awanama berkata...

tambah satu makhluklagi, Riduan Tee tu, dia kata amno boleh ambil alih drp pas utk perjuangkan Islam di malaysia.

tanya dia amno berniaga dgn israel ni halal ka, sunat ka, atau wajib??? nak termuntah bila org panggil dia ni cendiakawan islam, sedangkan cendiakawan amno kot lebih tepat. satu spesis dgn hasan ali, rasa dia lebih islam drp org lain.