20 Feb 2012

[Bergambar] 2 Lelaki Disimbah Asid Dari Tingkap Ketika Sedang Tidur

Cecair maut dari tingkap

MARANG: “Saya terjaga daripada tidur sebaik mendengar rakan menjerit kepanasan dan meminta tolong. Tanpa sedari saya sendiri turut menjadi mangsa apabila rakan lain memberitahu muka saya kemerahan dan mula menggelupas,” kata Shahrul Zaman Salim, 38, seorang daripada dua mangsa simbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Padang, Merchang, di sini, semalam.

Pada mulanya, dia menyangka hanya rakannya, Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, saja yang terkena simbahan cecair itu.

“Bagaimanapun, sebaik rakan membuka lampu, barulah saya terasa pedih di muka dan lengan. Lebih mengejutkan, tilam kami berdua tidur turut rosak disebabkan terkena cecair itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, kedua-dua mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan disimbah dari arah tingkap yang tidak ditutup berhampiran tempat mereka tidur.

Shahrul Zaman yang juga nelayan berkata, dia terkejut sebaik mendengar teriakan Mohd Fazil yang menggelupur sambil memegang muka dan badan yang kemerahan. -hm

TERBAKAR...tilam rosak teruk terkena asid.

SHAHRUL...tak sedar diri turut kena

MOHD FAZIL...parah terkena simbahan asid



Muka melecur disimbah asid

MOHD. FAZIL masih lemah selepas disimbah asid di sebuah rumah di Marang, Terengganu ketika ditemui di HSNZ semalam.


MARANG – Dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Padang Merchang dekat sini semalam.

Kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala rakannya, Shahrulzaman Salim, 38, melecur di muka dan badan.

Mohd. Fazil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia manakala Shahrulzaman, seorang nelayan. Mereka kini dirawat di Unit Kebakaran, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dekat sini.

Mengimbau semula kejadian itu, Shahrulzaman berkata, pada mulanya dia tidak menyedari dirinya telah disimbah asid sehinggalah terdengar jeritan Mohd. Fazil.

“Dalam keadaan mamai saya tanya dia apa yang terjadi sebelum saya lihat tangannya melecur. Tidak lama selepas itu, baru saya rasa pedih dan rupanya saya juga telah disimbah asid,” ceritanya sambil memberitahu empat lagi rakannya yang turut tidur di situ tidak cedera.

Menurut Shahrulzaman, ketika tidur, tingkap rumah itu dibuka kerana cuaca panas dan percaya individu berkenaan menyimbah asid melalui ruang tersebut yang setinggi kira-kira dua meter.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hamizi Hussin, 29, memberitahu, rumahnya sering dijadikan tempat melepak oleh rakan-rakannya setiap hari sambil menonton perlawanan bola sepak.

Katanya, ketika kejadian terdapat enam rakannya bermalam di situ manakala dia keluar menghantar pekerja kilang di Chendering.

“Saya terus pulang sebaik dihubungi rakan dan membawa mereka yang cedera ke Klinik Kesihatan Merchang. Tilam turut terhakis terkena asid serta terdapat bau masam di dalam rumah,” katanya.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu.-kosmo



3 ulasan:

Awanama berkata...

Mesti ade sbb, tak kan le saja2 org nak simbah. tapi simbah dgn asid tu kira melampau le.

Ok kita beri contoh le. Katakan kita berjiran dgn mat2 rempit, mat2 bola, mat2 /minah2 kareoke, yg tak menghormati jiran, memekak, melalak dll tak kira masa. Wlu dah ditegur dgn baik, mereka buat tak tau , malah melawan dgn kata2 kesat, gelak ketawa dll.

Klu minah2 atau mamat2 yg sering bawa pasangan tu, bole juga kita pakat dgn pejabat agama kasi serbu, hok yg bising2 tu mcm mana ye. Tolong beri cadangan bernas sikit (tapi bukan simbah asid le).

Kita semua ada peranan, cadangan aku (aku dah buat sikit2), klu jumpa pemuda2 pangkat anak cucu yg begini, ajak dgn cara baik dulu, ziarah umah depa, hantar makanan ringan (cekodok ke), & bual2 dgn depa, & ajak pelan2 pi surau berhampiran.

Atau kita sama2 solat jemaah di rumah depa. Lepas tu sama2 tengok bola, klu pasokan favret menang, depa sorak sakan, kita nasihatkan pelan2, ganggu jiran.. Nabi tak suka..InsyaAllah depa patuh sbb dah makan cekodok free & dapat kain pelikat 2nd hand free, apa lagi dah solat berjemaah.

Nak ajak kpd kebaikan, kena korban harta & tenaga sikit le. Misalnya hok cekodok tu, klu lebih mampu, ajar ngaji, & jamu mee goreng.

Kita sendiri, jgn lupa bangun malam doakan selain utk sendiri, utk depa juga.

Awanama berkata...

KES 1 : Kepada bapa Mamat nie jangan bimbang kerana Polis akan siasat sampai makan tak habis Pelaku tersebut.

kes 2 : Kenapa semua buat tak kisah dengan iklan pewangi yang disiarkan di TV. Sungguh tidak bermaruah dan tidak berakhlak. Seorang perompak dan polis ( walau bukan polis Malaysia tetapi tak sensitif ka ). Kedua-dua mereka salilng mengejar dan bertemu dan ......... sungguh memalukan.

Tajul Muluk berkata...

Walauapapun menyimbah asid ni perbuatan pengecut bacul yang dayus.
Kalau jantan mengapa tidak bersemuka
selesaikan cara gentleman.