1 Jan 2012

[Video] Pesta Perang Bantal Untuk Hilangkan Stress

Shanghai - Tekanan hidup yang semakin meningkat ramai orang mencari pelbagai cara untuk menghilangkan stress. Salah satunya dengan perang bantal.

Seperti halnya yang terjadi di Shanghai, China. Ratusan orang berkumpul hari Ahad lalu di Shanghai untuk menghilangkan stress dengan cara unik ini.

"Ketika ini para pekerja dan mahasiswa menghadapi tekanan besar di pejabat dan di sekolah, jadi kami berharap festival perang bantal ini dapat menghilangkan stress mereka sebelum tahun baru tiba," ujar pengasas dan pencetus perang bantal, Eleven Wang seperti dipetik The Huffington Post, Jumaat, (30/12/2011).

Bantal diagihkan di pintu masuk kepada setiap peserta. Untuk lebih memicu emosi setiap orang, pihak penyelenggara menyediakan band beraliran rock yang mengiringi perang tersebut.

"Kadang kita menerima tekanan dari pihak atasan, guru, atau kerana ujian di sekolah. Namun hari ini kita boleh bersenang-senang. Setiap orang dapat menuliskan nama bos, guru atau mata pelajaran yang membuat mereka stress dan menikmati perang ini," tambahnya.

Beberapa orang lebih memilih untuk melemparkan bantal mereka ke udara berbanding melemparnya ke arah lawan. Namun sebahagian peserta lainnya sangat bersemangat menyerang lawan.

Seorang peserta, Chen Yi yang berusia 24 tahun mengyatakan, mengikuti perang bantal membantunya menghilang stress setelah seharian menghadapi pekerjaan berat di pejabat. Beberapa peserta lain juga menyatakan, mereka sangat gembira menikmati festival ini.

Perang bantal merupakan festival yang dianjurkan setiap tahunnya di Shanghai. Pesta ini sudah dimulai sejak lima tahun lalu. Tahun ini perang bantal akan diadakan sebanyak dua kali, yakni pada hari Krismas dan hari ini (tahun baru).



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu kafir, yang Islam (esp kerana keturunan) pun masih keliru & tak tau cara nak hilangkan stress ni.

Allah Pencipta kita, pastilah Dia lebih tau cara2 & telah pun disediakan spesifikasi utk hilangkan stress & pelbagai masaalah dll.

Syukur padaMu ya Allah kerana diberi petunjuk, kesedaran, taufik & hidayah, kami dulu2 pun jahil, kami akan berusaha mengajak mereka2 samada yg Islam & belum utk kembali ke jalanMu. Janganlah Kau balik2kan hati2 kami setelah Kau beri petunjukMu.

Berilah kami kekuatan kerana kerja berdakwah memang menghadapi cabaran & tentangan.

Bantu la kami ya Allah.

Tanpa Nama berkata...

bagi umat islam cara paling berkesan untuk menghilangkan stress ialah dgn mendekatkan diri dgn allah. bagaimana kita mendekatkan diri dgn allah? kita serahkan jiwa raga kita kepada allah, mohon doa kepadaNya, tetapkan dalam diri bahawa tiada yg lain selainNya utk kita mengadu, memperhambakan diri, hinanya kita disisiNya, menginsafi diri betapa banyakNya dosa kita.. sesungguhnya allah itu maha mendengar dan maha mengetahui segala isi hati kita. berapa kali kita mengalirkan air mata kerana menginsafi diri kita? insyaallah perasaan stress bukanlah perkara yg sukar utk kita buang kalau kita dekat kepada allah...

KH