1 Jan 2012

Sekurang-kurangnya 3, Bukan 2, Menteri Kabinet Perlu Letak Lawatan

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. -mk

Ulasan GB

Sudah menjadi dasar pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terpalit dengan kes rasuah dan pecah amanah sedaya upaya mempertahankan diri konon diri mereka "bersih".

Kini bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang menggesa menteri-menteri kabinet Malaysia berkenaan megikuti jejak langkahnya: LETAK JAWATAN.

Mereka ialah Shahrizat Abdul Jalil, Awang Adek Hussin dan seorang lagi yang dikaitkan dengan pecah amanah yang sepatutnya letak jawatan juga ialah Jamil Khir Baharum (GB tambah).

Jika mereka tidak letak jawatan, kekalahan yang bakal dialami oleh UMNO/BN di dalam PRU nanti akan lebih parah.

Setakat ini masing-masing enggan meletakkan jawatan, malah berpaut kepada ehsan Najib untuk terus mengekalkan mereka.

Kita yakin satu hari hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka akan tetap terima balasan. Tak mahu letak jawatan maka mereka bakal dicampak ke lembah kehinaan - seperti nasib yang menimpa Mohd Khir Toyo.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Orang yg nama Khir ini mungkin tak boleh diberi kuasa kut...asyik salah guna kuasa shj.

Khir Baharom....hang pi baca dulu laporan audit negara yg diluluskan oleh kabinet sebelum komen2 apa

Awanama berkata...

Mana mungkin Khir mau letak jawatan.
Takkan tak tau macammana khir bole naik pangkat dalam ATM dan kemudian bole jadi menteri. Depa ni rakan sepermainan dipadang golf nii...

Takkan nak pecat Sharizat yg dijadikan menteri boneka kepada Rosmah. Kankah Rosmah dah amik alih kerja menteri Sharizat... Sama2 kongsilah hasil mahsul negara...

Awanama berkata...

Awang Adik...tak puas2 lagi ka dok melahap duit?? Apa ke jadah (pinjam ayat NTV9) hangpa nie?? Sparing partner hang dah depa hantaq pi jadi Duta kat us...sapa lagi kalau bukan JJ. Hang nanti aku hantaq pi Mongolia plak...apamacam maca?

Awanama berkata...

Heran juga mamat-mamat dan minah ni bila ada orang suarakan baru nak cakap. Tu pun ambik masa yang lama nak susun ayat. Sudah sahihlah depa tiga ekoq ni yang jadi libiliti bakal menyebabkan BN lingkup. Sedihnya. Dulu ibu bapa dan kedua-dua mertua saya sangat menyokong BN. Tapi masa tu kalangan pemimpin BN bukan kaki isi tembolok masing-masing. La ni sebut saja BN saya rasa nak muntah.

1 Malaysia berkata...

Tak mungkin depa ni akan letak jawatan sebab yang lain belum berbuat sedemikian. Kan Kak Zat kata semua menteri UMNO bermasalah, kenapa hanya dia saja yang perlu letak jawatan. Yang lain camana?
Puak ni bukan ada maruah diri. Dah biasa mentekederah yang haram, sudah tentu dah hilang maruah diri, apatah lagi maruah keluarga. Kerana lembu seekor masuk kubang, sekawan terpalit. Oh ... silap cakap, bukan seekor tapi sekawan lembu masuk kubang, jadi semua terpalit. Suami, Anak, ... semuanya dok kedarah benda yang HARAM. Minta simpang ....

AHA berkata...

Sekurang-kurangnya dipenjara seumur hidup, bukan sahaja disuruh letak jawatan....PENGKHIANAT NEGARA!!!

Awanama berkata...

Ada lagi 3 ekor yang patut letak jawatan kerana prestasi kerja tak bagus iaitu Nazri Aziz, Noh Omar dan Ismail Sabri Yaacob.

Awanama berkata...

Umno dan BN adalah pemegang rekod perasuah, kaki ludah, kaki jilat, kaki ampu dan tetap menjuarainya dulu,kini & selamanya.