22 Jan 2012

Najib Dan Rosmah Dicabar Saman Akhbar Australia Jika Ia Satu Fitnah

Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam.

Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.

"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.

"Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, akhbar Australia yang lain membuat laporan yang didakwa tidak benar mengenai tabiat berbelanja Rosmah tetapi Najib dan keluarganya tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.

"Rakyat yang berfikiran waras sudah tidak tahan lagi melihat wujudnya watak seperti itu di negara ini yang mengingatkan mereka kepada Laila Trabelsi, wanita yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai isteri Presiden Tunisia," kata Mahfuz lagi merujuk kepada isteri Zine El Abidine Ben Ali yang dihambat dari kekuasaannya oleh kebangkitan rakyat tahun lalu.

Perlu disiasat

Bagaimanapun, kata Mahfuz, jika laporan akhbar Australia itu memang benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata, satu siasatan terperinci tentang kehidupan mewah isteri Perdana Menteri itu mesti dijalankan segera.

"Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata beliau sambil membangkitkan Bernama sebelum ini pernah melaporkan Rosmah menderma RM1.5 juta kepada Tabung Gaza.

Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Beliau juga menggesa supaya Najib dan Rosmah serta anggota kerajaan dan keluarga masing-masing segera mengisytiharkan harta mereka.

"Jangan lagi membuat pelbagai alasan yang menipu rakyat untuk mengelakkan harta mereka diisytiharkan," katanya. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Awanama berkata...

Berikan undi kita kepada PAKATAN RAKYAT pada PRU-13 nanti.

Awanama berkata...

duduk penthouse...tengok bunga api....tempah baju sutera...o what a heavenly life...

atas donia ko lepas lah rosmah...aku tak halalkan walau sesen pun duit aku kalau ada termasuk dalam bil2 ko, 'kay?

Awanama berkata...

Manusia ni klu dah mula berbelanja mewah, tak kira le baju2 ke, rumah2 ke, pi makan di tempat2 mewah, kasut2 ke, kereta2 ke, dll... lama2 jadi kebiasaan, lepas tu lama2, lama2, lama2 akan segan kalau nak berbelanja rendah atau tak mewah, masa tu le akan cuba sedaya upaya akan usahakan juga cari duit, samada along ke, kad kredit ke, dll .... last2 sanggup songlap sana sini.

Yg involve dgn vendor/developer/kontraktor dll misalnya, mula le minta masukkan tiap2 bulan dalam akaun senyap2...

Setan bertepuk tangan, thumb up very good sbb dah jadi geng aku.
Allah & Nabi saw dah semakin jauh, jauh, jauhhhhh..

Mereka boleh berubah kalau hati betul2 nak, tapi pasal dah banyak makan harta songlap maybe, klu nak betul2 kembali padaNya, memerlukan jihad yang amat amat amat tinggi ..

Sbb tu Nabi pun dah pesan jangan tengok atas, tengok yang lagi susah, di bawah.. supaya kita sentiasa insaf..
Allah pun pesan, SEDERHANA lah.. jgn setan menguasai kamu..

Apa2 hal kita tolak BN & UMNuuuuu kali ni.

Awanama berkata...

Datin maimon dah melampau....duit rakyat ke duit dia menabung dari kecik?

Awanama berkata...

Ya...sepatutnya dan sebetulnya begitu...jalankan siasatan..dari mana punca pembelian..isytiharkan harta semua menteri,termasuk anak, menantu cucu cicit..siasat sampai ke lubang cacing..kita ni org bawahan bajet berjimat setiap bulan untuk hidup ala kadar..

Awanama berkata...

Org bwhan ni nk beli mkn pkai anak2 pn berkira2..apatah lagi mkn pkai sendiri.insaflah pemimpin2 yg korup ni..pastikan pru13 ditukar kerajaan dan semoga kerajaan baru akan memerintah lebih telus dan ikhlas untuk rakyat.org yg bodoh je ckp umnobeend ni bagus,bantu rkyt.dh 50 thn dh.pembangunan mmg ada.tp nape masih ada lg miskin tegar.kais pagi mkn pg,kais ptg mkn ptg.