22 Jan 2012

Pakatan Rakyat Tawan Putrajaya Jika Satu Lawan Satu - Mohd Sabu

Pakatan Rakyat akan menang dan membentuk kerajaan persekutuan baru jika parti itu meletak hanya seorang calon menentang BN dalam pilihan raya umum 13.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, andaian ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008.

Katanya, Pakatan Rakyat menawan lima negeri – Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan mengekalkan Kelantan.

Bagaimanapun, Perak kembali ke pangkuan BN ekoran tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti pada 2009.

“Jika satu lawan satu, Putrajaya boleh bertukar tangan,” katanya.

Tidak takut

Pemimpin popular PAS itu berkata, masyarakat bukan Islam sudah tidak takut dengan parti Islam itu.

Menurutnya, penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS telah memecah pemikiran rakyat bahawa kerajaan BN boleh dikalahkan di peringkat Putrajaya.

Bila mereka mengundi PAS, lima negeri itu tumbang, tambahnya.

“Rakyat melihat Putrajaya boleh dikalahkan,” kata Mohamad.

Pilihan raya umum 2008 merupakan kejayaan paling besar pembangkang dalam sejarah pilihan raya negara. -FMT

Guna semangat 'naga air' tolak perkauman sempit Umno

Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua.

Tahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya.

Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換“ (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara.

Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa.

Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional.

Selamat Tahun Baru Cina. “新年進步”Xin Nian Jing Bu!

Mohamad Sabu,
Timbalan Presiden PAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daftar pengundi juga kena bersih