7 Jan 2012

Guna MIMOS Bersihkan Daftar Pemilih: PR Persoal Kenyataan Flip-Flop SPR

SPR sangkal dakwaan Nurul tidak guna MIMOS

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak akan menggunakan khidmat syarikat inovasi, teknologi dan maklumat (MIMOS Berhad) sebagai badan yang mengesahkan daftar pemilih disangkal oleh Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata SPR tidak pernah menolak syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC).

Malah satu perjumpaan diadakan baru-baru ini oleh pihak SPR bersama Mimos

“SPR tidak pernah menolak syor PSC seperti yang didakwa. SPR telah pun berjumpa dan berbincang dengan MIMOS baru-baru ini,” katanya melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada FMT.

‘Tiada pembersihan daftar pemilih’

Beliau yang enggan mendedahkan butiran itu berkata, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada PSC kemudian.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memaklumkan bahawa SPR tidak akan menggunakan khidmat MIMOS.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan bersama Pengarah Pilihan Raya Negeri, Shafie Taib itu semalam.

Sementara itu, ahli PSC Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media hari ini pula mempersoalkan kekeliruan yang timbul sehingga wujud maklumat sedemikian di peringkat SPR pusat dan negeri.

Anthony turut menyatakan kebimbangan beliau memandangkan keputusan bersama PSC sudah dimaklumkan, namun SPR negeri menyatakan yang sebaliknya.

Timbul kekeliruan

“Apa yang diberitahu SPR terhadap anggota PSC tidak diarahkan kepada SPR negeri sehingga ada kekeliruan. Adakah ini kekeliruan atau tiada arahan diberi kepada SPR negeri?

“SPR Wilayah Persekutuan kata MIMOS tidak digunapakai itu tidak tepat. Timbul kekeliruan yang amat besar.

“Segala keputusan bersama dilaksanakan dan diikuti. Kerisauan saya adalah perbincangan nampak cantik dalam kertas, ia perlu dilaksanakan. Jika tidak ia tidak mmbawa apa-apa makna,” katanya yang juga ahli Parlimen Rasah.

Nurul Izzah yang turut menyertai sidang media itu berkata, pihaknya hanya menuntut penjelasan dan mahu maklumat berkala berhubung isu ini.

“Ada saksi yang ramai dengar pegawai SPR negeri berkata MIMOS tidak akan diguna khidmat mereka. Perkara itu berlaku ketika mesyuarat dalaman SPR akhir Disember.

Kenapa tiada penyelarasan

“Kami mahu kepastian. Pengerusi SPR perlu pastikan dan ia disambut oleh negeri-negeri kerana jika tidak ia akan wujud jurang besar. Maka perlunya maklumat berkala,” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata jika penggunaan dakwat kekal, isu pengundi awal dan pos serta hal MIMOS tidak diberi jaminan maka Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan.

Katanya keputusan MIMOS juga telah diputuskan oleh parlimen dan jika sebaliknya berlaku maka wujud percanggahan.

“Keputusan untuk MIMOS telah diputuskan dalam parlimen. Usul telah diteruskan dan dipersetujui. Kenapa tiada penyelerasan?


“Ini perkara serius yang kita akan bincangkan dan bawa kepada majlis tertinggi agar SPR jawab isu dakwat kekal,daftar pemilih dan MIMOS ini,” katanya. -FMT

PR Kesal SPR 'flib-flop' keputusan PSC

PETALING JAYA, 6 JAN: Pakatan Rakyat kesal dan terkejut dengan tindakan Suruhan Jaya Pilihanraya SPR Wilayah Persekutuan, yang bertindak membelakangkan keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pilihan KhasParlimen (PSC).

Dalam Sidang Media yang berlangsung petang tadi, pemimpin Pakatan Rakyat kesal dengan SPR pusat yang tidak membuat penyelarasan dengan SPR negeri-negeri sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

Dalam pertemuan semalam SPR wilayah persekutuan memaklumkan bahawa SPR menolak menggunakan khidmat MIMOS bagi mengatasi masalah pembersihan daftar pemilih

Selain itu timbul juga isu penggunaan dakwat kekal dan isu pengundi awal dan pengundi pos yang masih belum selesai.

Ikuti berita penuh dalam video berikutnya.





Laporan sebelum ini
klik untuk baca





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPR...oh SPR, isu ini dok drag dari PRU12 lagi...benda senang pi buat bagi susah....cuba SPR buat mcm Bantuan Isi rumah RM500 tue...Boleh pulak kerajaan buat. Disini nampak sngat yg SPR cuba menyembunyi sesuatu demi keuntungan BN. Benda dah putus di Parliment pun depa buat dekkk saja. Bila di tanya kata dah buat. Kalau ikut aku hantuk saja kepala Aziz dan Rashid tu, semacam saja. MIMOS pun sama jugak, gomen punya juga. 2X5.

Sykadeer

Tanpa Nama berkata...

Apalah lagi yang hendak dikatakan kepada 2 manusia ni, memang benarlah kedua dua ini tak takut balasan ALLAH samada dibalas didunia mahupun di akhirat nanti. Ingat ... sebelum terlambat. Rakyat malaysia akan terus mengingati segala tindak tanduk kedua mereka ini kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Aziz Yusuf ni nak ampu Najib supaya jawatan Pengerusi SPRnya boleh dilanjutkan.Cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Telur dia dah kecut..kita lawan dia biar dia bagi apa yg kita tuntut..jgn takut...ALLAHSWT ada di sisi kita utk tuntut BERSIH3......TAKBIR1000X

Tanpa Nama berkata...

MIMOS SIAPA PENGURUSINYA...... CUBA CARI....