5 Jan 2012

Mengapa SPR Takut Syor PSC Lantik MIMOS Bersihkan Daftar Pemilih?

PKR: SPR tolak syor PSC lantik Mimos bersih senarai pemilih

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya (PSC) supaya melantik Mimos Berhad bagi membersihkan dan mengesahkan senarai daftar pemilih.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu sewaktu pertemuannya bersama beberapa pemimpin PKR dengan pengarah pilihan raya SPR Wilayah Persekutuan, Shafie Taib pagi ini.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu mendakwa perkara itu berdasarkan minit mesyuarat yang dihadiri Shafie dengan SPR pusat, tanpa dijelaskan alasan penolakan cadangan PSC itu atau syarikat yang menggantikan Mimos.

Nurul Izzah (kanan sekali) menyuarakan kebimbangannya berhubung pangkalan data pusat SPR dan sistem yang menghubungkan antara sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR yang didakwanya "tidak terkini dan terdapat beberapa kelemahan yang perlu dirungkaikan".

"Kami dimaklumkan dalam pertemuan SPR yang terbaru, (mereka) memutuskan Mimos tidak akan digunapakai sebagai syarikat yang akan mengesahkan daftar pemilih.

"Ini amat membimbangkan. Cadangan PSC ditolak setakat ini oleh SPR, supaya Mimos sebagai badan pengesahan (senarai nama pemilih)," katanya dalam sidang media selepas pertemuan tersebut di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pagi ini.

Dalam cadangan PSC, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya SPR melantik Mimor Berhad untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu yang berkaitan daftar pemilih dan melaporkan balik penemuan kepada jawatankuasa berkenaan.

Ia membabitkan isu dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih, pengundi yang berumur 90 tahun ke atas, pemilih bukan warga tempatan, ramai pemilih dalam satu alamat, dan pengundi hilang kelayakan.

Turut menghadiri pertemuan tersebut ialah naib presiden PKR Tian Chua, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Dr Tan Kee Kwong.

Ulasan GB

Tidak ada apa yang dapat menjelaskan kegusaran SPR di dalam menolak syor PSC supaya SPR melantik Mimor Berhad untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu yang berkaitan daftar pemilih dan melaporkan balik penemuan kepada jawatankuasa berkenaan selain daripada cubaan SPR untuk menutup "konspirasi" mengotorkan daftar pemilih dengan pemasukan data-data palsu dan mencurigakan.

Sepatutnya sebarang cadang PSC perlu dipatuhi, bukan untuk dipilih hendak dilaksanakan atau tidak, kerana PSC adalah mewakili parlimen, suara rakyat.

Malah Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR tidak berhak untuk membantah syor PSC bernaan.

Jika tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah!

5 ulasan:

Awanama berkata...

sebab spr haramjadah dan diketuai oleh anjing2 umno.

Amuraria berkata...

SPR ANTI KETELUSAN DAN KEIKHLASAN, DEMI MENJAGA 'TUAN-TUAN'NYA DARI TIDAK MEMBERI MAKAN DAA ! SANGAT BENAR ULASAN GB !

Awanama berkata...

Kan kita sudah tahu spr ru mlik unno apa hendak di hariankan

kampong lad berkata...

bila guna dakwat kekal, yg lain2 tu akan bersih la secara automatik.

Awanama berkata...

Tak terdetik kah di hati Pengerusi dan timbalan Pengerusi SPR akan apa yang dilakukan ini ,sekiranya mengkianati amanah rakyat akan menyebabkan mereka akan disab dengan seadil2nya di padang mahsyar nanti?Bertaubat lah sekarang sebelum kita semua akan menghadap Allah nanti. Apakah rezeki yang selama ini di terima , tidak akan dipersoalkan nanti ? Ingat! rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.