15 Jun 2015

PAS Terkedu, Azmin Kata Keputusan Muktamar Perlu Dihormati


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan dicapai dalam muktamar Pas perlu dihormati oleh semua pihak sebab muktamar merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

"Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi, itu menjadi amalan semua parti-parti politik. Kalau PKR, apa jua yang diputuskan dalam kongres, itulah keputusan muktamad, dan dalam DAP apa yang diputuskan dalam konvensyen, itulah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pembiayaan program Hijrah Selangor fasa ketiga di Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blognya yang dipetik sebagai berkata: "Saya bersetuju dengan beberapa MP Pas bahawa keputusan Muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP adalah muktamad kerana Muktamar Pas adalah badan pembuat keputusan tertinggi dan tiada aduan keputusan itu melanggar mana-mana undang-undang Islam atau Hukum".

Kenyataan Lim susulan keputusan Dewan Ulama Pas yang mengusulkan memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, penubuhan parti baharu seperti dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) perlu menerima 'rangka dasar bersama' yang dipersetujui oleh semua rakan komponen PR.

"Dalam sistem demokrasi, mana-mana individu boleh bentuk parti dan badan bukan kerajaan. Namun, jika Pasma berhasrat untuk bersama PR, maka perlu terima dasar bersama yang diterima PR," katanya.

Pasma semalam mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan Pas dalam PR selepas Pas dalam Muktamar Tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP. - Bernama

ULASAN GB

Terkedua PAS, terutama PAS Selangor dan sekalian barisan ulama.

GB sudah pun menyatakan sebelum ini. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.

Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."

"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat.

Di dalam satu ulasan GB yang lain apa yang ditimbulkan oleh MB Selangor itu serupa dengan apa yang telah GB tulis sebelum ini. Petikan:

Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak.

Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura?


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar.

Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula.

Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7.


Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit."

Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar.

Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru...

Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya.

Kenyataan-kenyataan yang menyuruh semua pihak menunggu keputusan Majlis Syura Ulama adalah kenyataan-kenyataan yang cuba membodohkan ahli-ahli PAS, terutama ulama-ulama bermentaliti seurpa "Ahmad Maslan" dan "Hassan Malek" yang kini ramai terdapat dalam PAS. Tahap pendidikan dan pemikirannya mediocre, tetapi tahap mengampu Presiden sampai ke tahap taksub, dan mereka inilah yang menang dalam pemilihan muktamar yang lepas.

29 ulasan:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

DUPP telah mula mengeluarkan kenyataan U-turn, masa mengemukakan usul tiada seorang ustaz atau ulama yang memikirkan kesannya. Sikap gopoh dan ego yang tinggi menyebabkan PAS menerima bahana. Berbelit-belit lidah Ketua DUPP mengeluarkan kenyataan bagi mengelak DUPP disalahkan. Maka cuba diletakkan kesalahan pula pada orang lain. Manakala MSU pula tidak dapat bermesyuarat kerana diberitakan Musyidul Am pula telah tamat pelantikkan. Inilah akibat yang harus ustaz-ustaz dan ulama-ulama PAS pelajari dan faham dalam kontek bermuktamar. Jangan mengikut hati yang marah dan ego yang tinggi akhirnya memakan diri dan jemaah.

Tanpa Nama berkata...

Dimana pergi lenyapnya ulama pembawa usul kenapa AJK dan MSU yang kena jawab semua musibah ini dimana DUP DUPP dan suara-suara perwakilan yang mendabik dada semasa muktamar kenapa tida bersuara membela rakan-rakan yang telah dan bakal diberhentikan dari jawatan yang disandaang oleh mereka,beranikah untuk hendak menarik semula usul yang telah diluluskan itu jika mahukan ROS masuk campur,nampak sangat yang pemimpin yang telah dilantik oleh perwakilan yang disogok dengan fitnah oleh presiden yang tolol dengan pengikut yang bengong dan buta dengan undang-undang pertubuhan,jika hendak dikata terlepas pandang kenapa tidak rujuk dulu dengan yang mengetahui undang-undang kenapa mesti ikut emosi presiden yang hendak membalas dendam walhal diri sendiri yang menempah musibah sekarang ahli sendiri yang menerima akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

Bekas S/Usaha Agung tak kan tak tahu perlembagaan parti dan peraturan mesyuarat? Tak kan S/U Agung jenis mangkuk hayun..tak reti ke nak nasihat presideng dalam aspek perlembagaan dan peraturan mesyuarat?

Unknown berkata...

Kompom pas yg baru ni bodoh2 belako...lepas ludah kahak jilat balik.Pas yg baru ini benar2 memalukan!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Berentilah tuang presedeng.. Malulah dengan pemimpin2 kapir jepun dan korea. Berehatlah. Tak lama dah umur kita.

Tanpa Nama berkata...

Adalah kehendak Presiden PAS Ulama Hadi utk putus hubungan dgn DAP di Muktamar PAS tidak blh dipertikaikan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih YB Azmin: Kerana bersama rakyat, Kita nak tunggu exco2 dari PAS dan pemegang2 jawatan dari pas seramai 5,000 orang ada MARUAH diri tak nak melepaskan jawatan, atau nak tunggu macam geng-geng dekat PP, hari ini geng-geng di PP terima surat dari Kerajaan PP Supaya melepaskan jawatan: Kan dah MALU,Semasa BERMUKTAMAR suara mereka hebat sekali sekarang semua kecut perut, SYURU dah MISS, Ketua Mursydul AM nak kemekah tunaikan umrah, sIAPA PULA NAK mengetuai Majlis SYURU ulamak..

Tanpa Nama berkata...

Azmin bagi isyarat pd menantu abah supaya letak jawatang?

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak perintah Malaysia baru dua penggal dah bergaduh. Senang aja pas bersama umnoo diselangor d 2 - 3 org pkr masuk unooo untuk mengajar dap d pkr

Tanpa Nama berkata...

Malu benar rasanya membaca kenyataan2 Kluk klek gang pemimpin chai ni. Ada yg buat kenyataan macam samseng, ada yg riak tak bertempat, ada yg subuh ckp lain, pg ckp lain, ada yg ilmu agama ckp tinggi tp memfitnah, ada yg itu, ada yg ini. Maka dgn ini diisytiharkan bahawa aku dan ramai lg sudah pasti meninggalkan PAS selagi puak CHAI ni memimpin parti ini yg aku lihat semakin kuat UMNOISMnya.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak sudah jadi Alamak! Nasi sudah jadi bubur.... tak rok cetong....

Tanpa Nama berkata...

presideng sendiri tak tahu perlembagaan. layak ka jadi presiden?

Tanpa Nama berkata...

Tahnish AZMIN !!!!!

Sudah check mate , PAS kena pupus sebelom PRU14 di ganti PASMA

Hadi tak susah sudah kaya bergaya ikut umno macam nasha & hasan ali

Beribu ribu orang pas takde duit lah Raya tahun ini harap BR1M saja ler

Tanpa Nama berkata...

Ini lah akibat dari amanat abdul hadi dulu........kerana abd hadi sekarang dah masuk gulungan Jin taksub! Diri sendiri yg beroleh kemaluan sendiri! Dulu menyumpah org ini firaun, org itu firaun........sekarang dia jadi ifrit pembawa fitnah! Hadi, org lain pong ngaji jugak beb, tok la nikoh anak dara 15 tahung..........kalau anak teruna 20 tahung ok la! Ni mung tok guru babe! Kerana nafsu tu juga habis jemaah jatuh!

Tanpa Nama berkata...

Hadi nomore says,

Patut la dunia islang kucar kacir sekarang...........step down 'hadi and the morons' oooops ' hadi and the bigots'.

RUU 355 kelantan bile nak lulus?

Tanpa Nama berkata...

Mana Ketua Pemuda Pas Nik Bodoh yg berkobar bagi Komen kat Media Umngok dulu sebelum Muktamar.sonyap joo.dah kocot tolor ko?

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah jadi duri dalam daging pakatan rakyat.wajar dibuang segera utk mengelakkan kegagalan pakatan rakyat menuju putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Semuanya kerana fulus dan jawatan..

perlembagaan sendiri dipijak2..

Semuanya kerana fulus dan jawatan..

hukum agama dijadikan modal u turn...

semuanya kerana fulus dan jawatan..

maruah parti ltk di pundek...

sekadar bertanya..

din ayam apa khabar??

Kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Mokhtar Senik musuh dalam selimut, musuh perjuangan Islam

Tanpa Nama berkata...

Baca berita tadi rupanya budak suruhan malaun UG si nasharudin masih ahli PAS dan usaha menyatukan masih berjalan. Bodoh piang punya PASCHAI. arwah Tg nik aziz tiada puak PASCHAI makin rakus.masa arwah ada berapa org penyangak PASCHAI kena marah.ni bukan ulamak ni nama nya walaun punya ularmak sampah gila jawatan.

Tanpa Nama berkata...

UMNO da lama jadi ABU...

Skg turun PAS da jadi ASAP...

APO ko bondo ASAP...??..

ASALKAN BUKAN PAS....

ABU & ASAP...

KAH KAH KAH...

Kumikus berkata...

Haha.. Silap-silap ada 2..3 org lg Adun Pas akan sokong PR di Selangor. Strategi memakan diri. Cubalah, InsyaAllah. Ameen.

Tanpa Nama berkata...

Cantik ajaran dan nasihat anon 10.05.sebab dengan bergabung dengan Umno dan MEMBELI ahlai PKR adalah dihalalkan oleh presideng Pas dan oleh MUrsidollll am pas,bila beli ahli Pkr dapat jadi kerajaan HALAL wal HARAM maknaya jadi KERAjaan HARAMJADAH.Buatlah.ikutlah nasihat setan 10.05 tu.

Tanpa Nama berkata...

Jawab lah Pimpinanan Pas yg baru bersama
Perwakilan muktamar pada penjawat yg Masih dan telah keluar Dari jawatan dlm kerajaan negeri PR.
Ini lah hasil tindakan yg tidak diterima .
Mudah dikatakan BODOH TAHAP GABAN.
Allah bayar cash.

Anti Fitnah berkata...

Presiden PAS, TGHH wajib mengundurkan diri dengan melepaskan jawatan di atas keputusan muktamar yang kelihatan tidak bertanggung jawab pada ahli-ahlinya. Begitu juga ulama yang membawa usul termasuk dengan semua ahli dalam Dewan Ulama Pas Pusat. Mungkin kau orang akan kata aku kurang ajar. Bagi aku, sebagai ulamak, depa harus berfikir dahulu dengan waras dan seoptimumnya sebelum membuat keputusan. Dalam kontek Islam, kalau dikhuatiri keputusan (hukuman) yang dibuat itu tidak betul atau benar, maka jangan buat keputusan (jatuh hukum). AKu percaya PAS tetap HEBAT dan PERKASA tanpa puak ini.
Nasi dah jadi bubur ... Ahli-ahli yang sokong (atau tidak sokong) terutama Naib Presiden yang juga exco di Selangor, perlulah meletak jawatan le. Jangan pulak berkata aku bukan setuju sebagai alasan untuk melepaskan diri. Yang boleh kekal di barisan PR ialah dua "barua" PAS yang menyokong PR dan telah dikenakan tindakan oleh PAS.
Tunggu apa lagi ... lagi lama lagi tercalar bukan sahaja imej PAS tapi imej Islam yang disebabkan oleh puak yang mengaku depa tu ulama. Kalau ulama Islam pun tak pegang pada janji, apa lagi yang ada kecuali sifat keMUNAFIKan sahaja yang ditonjolkan.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi sindiran P.Ramlee boleh dipakai. Kerana bodoh sombong, Ahmad Nisfu sains perjanjian dengan P.Ramlee. Siapa marah, ampunya diri kena jual dan semua harta dirampas. Salleh Kamil, tuan penasihat 20%, yang suruh kerana menganggap P.Ramlee tu budak mentah senang dikalahkan. Tapi akhirnya, Ahmad Nisfu yang kena jual dan semua hartanya dirampas. Filemnya "Tiga Abdul". Dalam Pas, Siapa P.Ramlee? Siapa Ahmad Nisfu? Siapa Salleh Kamil? Dah jadi macam Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan biarkan. Kini, Allah sudah tunjukkan kebenaran. Terperangkap diantara siku dan lutut Nasharuddin. Menyesal aku selama ini mengundi Pas. Malu aku dengan Dap (ramai antaranya Cina) kerana bangsaku Islam (Melayu) buat perangai mengalahkan Yahudi. PasMa, tunggu apa lagi, join dan kuatkan Pakatan Rakyat. Biarkan Pas tunggang langgang, akhirnya...

Tanpa Nama berkata...

apa lagi pas ppinang dan selangor berambuslah kedua2 mb dah bagi green light kalau tak ada maruah boleh tunggu tapi aku nasehatkan nanti pergi muktamar jangan pakai seluar dan baju faham sebab korang dah tak ada maruah langsung.

Tanpa Nama berkata...

.
Ada yang kata SYURU dah MISS,
Ada yang kata pasal fulus.

Ok lah Kita bagi lah mereka sehingga lepas raya.

Tanpa Nama berkata...

Baik juga mrk luluskan Unsur Putus Kerjasama dgn DAP tanpa dibahas. Kalau Dewan PAS Ulama baru membahaskan dan kemudian mrk biarkan 'status quo' tak jadi nak putuskan hubungan dgn DAP, maka sengketan dlm PR akan lebih ketara dan berlarutan. Mungkin keseluruhan PR dibawa mati, pengundi pun benci kat PR dan DAP nanti. Kini Tuhan pun dah bagi jalan supaya PAS keluar PR ataupun PKR dan DAP keluar PR.