7 Jan 2012

Contengan Di Bangunan UMNO, Ada Pihak Cuba Burukkan Perhimpunan 901

Bangunan Umno kena conteng

ALOR SETAR - Perhimpunan 901 belum bermula, namun provokasi berhubung isu itu semakin berleluasa apabila beberapa bangunan milik Umno Kedah diconteng kata-kata nista menggunakan cat.

Malah contengan pada Bangunan Tunku yang menempatkan Pejabat Perhubungan Umno Kedah turut memburukkan Perdana Menteri dan isteri.

Kejadian dipercayai berlaku antara 3.30 hingga 5 pagi dan disedari pengawal keselamatan jam 5 pagi.

Pengurus Bahagian Harta Umno Kedah, Salleh Saad berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada pengawal berkenaan pada jam 6.15 pagi memaklumkan bangunan berkenaan diconteng menggunakan cat.

“Dua warna cat digunakan iaitu biru dan hitam. Berdasarkan tulisan berkenaan, kita percaya salah seorang suspek adalah orang yang sama melakukan perbuatan serupa sewaktu demo Bersih 2.0 lalu.

“Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan laporan dibuat di Balai Polis Kota Setar pada jam 9 pagi,” katanya kepada media di pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah, semalam.

Salleh berkata, beberapa hari lalu cadangan untuk meletakkan kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) di Bangunan Tunku sudah dipersetujui, namun tidak sangka kejadian berkenaan berlaku lebih awal.

“Selain di Alor Setar, bangunan Umno Padang Terap dan Kubang Pasu, Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab termasuk kenderaan awam yang disembur cat berwarna hitam dengan perkataan Bebaskan Anwar dan Gerakan 901.

“Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadap dalang yang melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, pengawal keselamatan bertugas, Chok Nun, 62, berkata, dia hanya menyedari kejadian pada jam 5 pagi sewaktu keluar dari bangunan untuk meronda kawasan, namun tiada sebarang bunyi mencurigakan ketika itu.

“Ini kejadian kedua selepas Bangunan Tunku dibina pada 1983 dan secara kebetulan saya bertugas semasa kedua-dua kejadian,” katanya.

Lebih 10 kenderaan dan premis turut diconteng

Kejadian sama turut berlaku pada premis dan lebih 10 kenderaan di Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar dengan kempen mempelawa ke demonstrasi Isnin ini.

Pemilik kenderaan, Zainol Abidin Mohamad, 53, berkata, dia kesal tindakan seumpama itu kerana individu terlibat tidak sepatutnya melibatkan orang lain dalam kempen terbabit.

“Saya baru selesai mengecat Kereta Perodua Kembara tiga hari lalu dengan kos RM3,000 dan terpaksa mengecat semula kerana tidak mahu ada pihak menuduh saya mempromosikan kempen demonstrasi itu pula,” kata guru tuisyen di Pekan Jitra di sini, semalam.

Manakala, pemilik restoran, Yee Kian Chin, 42, berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi dan dirancang kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak dengar sebarang bunyi bising ketika tidur di tingkat atas restoran, namun seorang rakan memberitahu melihat kelibat orang mundar mandir di kawasan berkenaan,” katanya yang turut memiliki Toyota Alphard.

Tinjauan di pekan ini mendapati lebih 10 kenderaan dicat warna hitam tertera Anwar 901, jom KL. Antaranya melibatkan kereta seperti Toyota Alphard, Perodua Myvi, Kancil, Honda City dan lori.

Tandas awam dan tempat duduk di hentian bas di pekan tidak terkecuali menjadi mangsa conteng.

Pengangkutan dan tempat awam jadi sasaran

Dalam pada itu, Pejabat Umno Padang Terap, pusat beli-belah Angsana dan restoran KFC, Kuala Nerang serta dua bas henti-henti serta kereta turut dicat kempen sama.

Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dukacita dengan gerakan yang dipercayai dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya kesal tindakan mereka dan kumpulan terbabit turut menconteng kain pemindang sembah tahniah Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Menurut Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Umno Kedah turut membuat laporan polis di Kota Setar, Kuala Nerang dan Jitra.

“Sekiranya mereka mahu menyuarakan sebarang tentangan terhadap Umno perlu dibuat secara bersemuka, bukannya dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Sentiasa nasihatkan penyokong berkelakuan baik

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, mereka percaya kejadian conteng premis dan kenderaan yang berlaku di beberapa daerah tidak mempunyai kaitan dengan penyokong dan pengikut mereka.

“Kita selalu menasihatkan penyokong supaya tidak bertindak ganas serta sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan. Jangan buat sebarang tuduhan atau provokasi melulu kepada PKR berhubung insiden ini.

“Tiada apa sebab kenapa kita perlu berbuat demikian. Kita serah sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan mereka,” katanya. -SH

Ulasan GB

GB melihat insiden di atas sebagai satu perbuatan untuk memburukkan perhimpunan 901 sekaligus menggagalkannya.

Ia adalah perbuatan lempar batu sembunyi tangan, yang merupakan sebahagian dari grand design pihak tertentu untuk menyalahkan dan memburukkan Pakatan Rakyat melalui provokasi.

Mengambil kesempatan dengan percubaan untuk mencetuskan huru-hara, dan kemudian menghalakan tuduhan kepada PR melakukannya.

Simbah cat, baling molotov coktail, rosakkan kenderaan awam, ugutan peluru melalui surat, letak kepala babi... adalah diantara kaedah yang digunakan.

Ia seakan wujudnya skrip yang sama, berlaku di seluruh negara.

Hubaya-hubaya!

4 ulasan:

Awanama berkata...

nampaknya si pelaku bukan orang PR. Kalau orang lebih baik buat sepanduk letak tepi lebih beretika. ini nampak seperti perbuatan orang umno sendiri yang marah perhimpunan 901. Macam mana jaga tak keluar2 beberapa jam tak meronda. jadi boleh dituduh jaga itu sendiri yang buat atau bersubahat dengan pelaku. sebelum2 ini belum ada kes orang PR berkelakuan buruk seperti itu, yang kita nampak kain2 rentang memburuk2kan DSAI merata2 tempat digantong oleh orang2 umno yang tak berakhlak.

Awanama berkata...

Perbuatan nie menampakkan orang dalam yang buat...Pembangkang tak perlu buat itu semua, sebab pertengahan 2012 ini UMNO dah tak wujud dah. Pembangkang tak perlu buat itu semua kerana tak ada keuntungan dengan menyenbur cat tersebut malah mendatangkan kemarahan serta tidak mendapat permit untuk perhimpunan 901 lagi ada lah. Setakat nak pi conteng Rosmah dan Najib tu apa faedah nya? Buat dicekup makan tak habis. ini aku rasa perbuatan kanak-kanak dewasa yg terencat akal.


Sykadeer

Awanama berkata...

patut-patulah kalau nak fitnah...
tak takut dosa ker
atau memang dah biasa buat dosa
atau memang suka tambah dosa..

wahai umno....matlamat tidak mengharuskan cara

kalau benar umno dipihak yang benar, mengapa perlu takut dengan anuar....

ramai lagi yang meliwat..mengapa tidak diambil tindakan...

Awanama berkata...

Ini sah kerja provokater supaya polis tarik kebenaran perhimpunan 901.Tektik ni tektik dah reput,semua orang dah tau.Awas pada hari Isnin ini,provokater akan berusha memburukkan perhimpunan dan akan cuba membuat tindakan-tindakan liar.