18 Jan 2012

Dr. Ahmad Yunus, ADUN Sijangkang Ganti Hassan Ali Sebagai Exco

Dr Yunus ganti Hasan Ali

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Perawakan

Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.


Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad. -HD

ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali

ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan. -mk


Ulasan GB

Bertempik blogger pro-UMNO menyatakan Dr.Rani Osman tidak terpilih kerana kononnya ditolak oleh pihak istana. Sedangkan sesiapa pun dilantik sebagai exco menggantikan Hassan Ali, ia tiada kena mengena dengan tuduhan/fitnah mereka.

Jawatan exco tidak menjadi rebutan di kalangan pemimpin PAS khususnya ADUN-ADUN PAS Selangor. Masing-masing dari mereka telah tahu sepertimana yang GB utarakan sebelum ini bahawa "jawatan" itu bukan satu tasyrif (keistimewaan), tetapi satu taklif (bebanan tanggungjawab).

Dr. Rani Osman tidak kemaruk jawatan, malah beliau seorang yang sentiasa merendah diri. Beliau sendiri yang menolak jawatan itu dan beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menyandang jawatan tersebut kerana menurutnya ia adalah satu jawatan yang memeningkan kepala.

"Bukannya kerana saya keberatan atau apa, tetapi hakikatnya ialah saya tidak berminat. Ia (jawatan Exco) datang bersama bebanan yang memeningkan. Ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar," katanya sebelum ini.

Apabila diberitahu bahawa banyak pihak melihat beliaulah calon yang paling layak untuk kerusi tersebut, Dr Rani menjawab; "Masih ramai ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS yang lebih layak dan kanan daripada beliau untuk diamanahkan jawatan ini."

Dan Presiden PAS mempunyai sebab untuk memilih Dr. Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang menggantikan Hassan Ali seperti dinyatakan di dalam berita harakahdaily di atas, berperawakan lembut tetapi tegas.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak rasa Dr Rani kecik hati kerana perjuangan kita adalah di bawah satu kepimpinan !

Tanpa Nama berkata...

Yg kecik hati dan sakit hati hanya parasit yg ada PHd ( perangai hasad dengki ) kononnya dia akan dedahkan siapa parasit dlm PAS yg ada di seluruh dunia....Bayangkan parasit dlm PAS ada di seluruh dunia.. org hebat ni cakap besar semuanya besar tak mau kalah...sebab dia anggap org lain semua tak ada PHd.....