18 Jan 2012

Dedah Penyata Kad Kredit! Cabaran Jingga Kepada Keluarga Shahrizat

Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.

Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.

Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

“Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC,” ujarnya.

Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:


































Tarikh



Memo



Credit



22/1/2009



Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh



RM 49,431.02



22/1/2009




Maybankard Center – Izmir Salleh



RM 47,763.06



22/1/2009



Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail




RM 6,910.34




JUMLAH



RM 104,104.42




Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:




































NAMA



KAD KREDIT



JUMLAH SETAHUN (2009)



Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail



Maybank dan CIMB Bank



RM182,525



Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh




Maybank dan CIMB Bank



RM160,673



Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh



Maybank




RM127,900



Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh



Maybank



RM122,402




JUMLAH



RM593,500






Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.

“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya. -HD

Kad kredit NFC: Polis digesa siasat keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR 17 Jan: NGO Jingga 13 membuat laporan polis menggesa siasatan dijalankan terhadap keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ia ekoran penyelewengan dana National Feedlot Corporation untuk membiayai kad kredit milik mereka berjumlah hampir RM600,000 sebagaimana didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.

Sehubungan itu, Ketua Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa turut mendesak keluarga Shahrizat mendedahkan kepada umum penyata kad kredit milik keluarganya.

“Jika enggan, kita akan terus mendedahkan penyelewengan NFC dari semasa ke semasa kerana dana NFC adalah wang rakyat,” kata beliau.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Sekretariat Jingga 13, Viknesvaran di Balai Polis Dang Wangi tengahari tadi.

Menurut Vikneswaran, rakyat Malaysia berhak tahu perincian penggunaan kad kredit milik keluarga Shahrizat yang menggunakan dana berkenaan kerana ia jelas merupakan satu kesalahan pecah amanah.

“Ini jelas berlakunya jenayah pecah amanah seperti termaktub dalam AKta 613 Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

Turut dilampirkan dalam laporan polisnya hari ini ialah transaksi penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB yang tertera nama suami dan anak-anak Shahrizat sepanjang 2009.

Semalam, KEADILAN mendedahkan Shahrizat membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang dibiayai oleh dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit berkenaan bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), Wan Shahinur Izran (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah). -KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

din berendoi berkata...

Come on Kak Jat. Jangan biarkan mereka ini terus membuat tuduhan kepada Kak Jat. Dedahkan kepada mereka semua bahawa sumber yang digunakan untuk membayar kad kredit tersebut bukan duit LEMBU. Mereka ingat Kak Jat tak ada duit, mereka ingat Kak Jat bergantung kepada LEMBU. Silap, mereka silap banyak ! Dedahkan Kak Jat, biar mulut mereka terlopong dan mata mereka terbeliak dimakan tuduhan sendiri. Saya tau Kak Jat ambil pendekatan Rasulullah SAW, berundur seketika untuk menyusun strategi dan menyerang balas !

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sudah mula benci kepada Pemimpin POLITIK UMNO yang hidup dalam hipokrit dan penipu di bawah kepimpinan NAJIB bersama rejim UMNO.
jelas sekali mereka hanya membela perompak ELIT UMNO untuk merompak wang cukai rakyat dengan mudah dengan mengunakan kuasa yang diberi oleh rakyat dalam PILIHAN RAYA sebagai pemerentah,
Inilah balasan Pemerentahan REJIM UMNO terhadap rakyat iaitu tindas dengan berbagai penindasan, tipu dengan berbagai penipuan sehingga wang cukai rakyat lesap depan mata Pemimpin UMNO masih tak nampak, Rejim UMNO hanya nampak kebodohan rakyat sahaja.

dari PENGUNDI ATAS PAGAR>

hairan berkata...

kalo la orang pakatan rakyat walau RN250 pun sudah pasti kena siasat 24 jam x 7 hari seminggu tanpa henti2... tah2 boleh sampai mati kena soal siasat sprm + pdrm + atdm + apam + dlll...

nampak sangat la sprm tuh hamba bn... aku rasa lembu pn leh tau tektik dia org nih!

Tanpa Nama berkata...

Din Berendoi kata; Saya tau Kak Jat ambil pendekatan Rasulullah SAW, berundur seketika untuk menyusun strategi dan menyerang balas!

Oh gitu, ceritanya ...

Tanpa Nama berkata...

berundur seketika untuk menyusun strategi dan menyerang balas !

Berundur kedauk..

Kalau tak bersalah buat sidang media.... perincikan segala perbelanjaan hasil titik peluh sendiri bukan titik peluh lembu..

sekaran tengah cari lembu hitam mana nak disemblih pulak... insaflah ijat... memang nampak kau makan nasik bukan makan taik lembu... tapi nasik yang kau makan tu api neraka... jangan sampai mulut kau berot.....

tanda soal berkata...

x payah la nak sokong org buat dosa, dgn dosa sendiri pun confirm masuk neraka...