17 Jan 2012

Bila Lagi Jamil Khir Mahu Cuti Dari Jawatan Menteri Seperti Shahrizat?

Seleweng zakat: Satu lagi laporan polis terhadap Jamil Khir

KUALA LUMPUR 17 Jan: Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mendesak polis menyiasat dan bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali berhubung penyelewengan wang zakat.

Laporan dibuat ketuanya, Kamaruzaman Mohamad ekoran bukti yang dikemukakan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini.

Pendedahan itu ialah set dokumen berupa baucer MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 dan surat Ketua Audit Negara kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan penggunaan wang berjumlah RM63,650.

Jumlah itu merangkumi bayaran pertama RM31,500 pada 9 Febuari 2010 dan RM32,150 yang tercatat pada boucer itu yang diguna bagi membayar kos guaman Jamil dan Che Mat dalam berdepan tuntutan qazaf yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kamaruzzaman ketika sidang media selepas membuat laporan polis itu turut membidas dakwaan Jamil kononnya penggunaan wang zakat itu dibolehkan atas alasan tergolong dalam asnaf fisabilillah kerana mempertahankan Islam.

“Kalau betul mahu pertahankan Islam, patutnya sokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kes dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah syariah.

“Maka dengan ini kami desak polis menyiasat dan mengambil tindakan undnag-undang terhadap dua individu ini bersama MAIWP dengan segera,” katanya.

Turut serta membuat laporan polis itu Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz bersama beberapa pemuda Pas Wilayah Persekutuan.

Ulasan GB

Jika Shahrizat Jalil sudah bercuti 3 minggu untuk memberi laluan siasatan SPRM terhadap kes NFC, kini sepatutnya Jamil Khir Baharum turut ikut jejak Shahrizat.

Cuti dari jawatan menteri untuk siasatan SPRM segera sebelum anda dihukum rakyat di dalam pilihanraya akan datang!

4 ulasan:

Awanama berkata...

Cukup cantik kalau Jamil Khir ni jugak dibagi 3 bulan cuti. Kemdian dia buleh pi berduet dengan Hassan PHD buat road show 1 malaysia terangkan kepada penyokong dan pengundi PRU 13 ni pasai guna duit zakat untuk menentang Qazaf tu adalah Fisabililah..... tak caya tanya mufti Wilayah Persekutuan..

Awanama berkata...

Dah tahu orng mcm ni x payah pkh laaa

Awanama berkata...

Tu pasal agaknya bonus tabung Haji lambat istihar, Menteri tukang istihar masaalah lum setel agaknya.

Cot Bandaran berkata...

aNON 0614 : Roadshow kena ajak Makcik Lembu sekali baru syok !