1 Jan 2012

[Bergambar] Mahasiswa Kritikal Dibelasah Polis

Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian dan nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat.

Gambar: Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang dibelasah polis kini di Hospital Slim River

Pada sambutan tahun 2012 malam tadi, kira-kira 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan di angkut ke dalam trak. 9 mahasiswa kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke penjara Tanjung Malim. Mahasiswa yang ditahan ini kemudiannya telah dibelasah ketika di dalam tahanan polis.

Kesan dari pembantaian itu, Sdr Safwan Anang yang juga pengerusi BEBAS telah tidak sedarkan diri. Manakala Sdr Ahmad yang cedera juga telah mendapatkan rawatan dan dijahit di Hospital Tanjung Malim. Safwan pula telah dipindah dari hospital Tanjung Malim ke hospital Slim River dalam keadaan kritikal.

Antara berita yang terkini kami terima, Sdr Khalid Ismath juga antara yang ditahan polis.

Menyedari tindakan susulan daripada mahasiswa yang akan berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim untuk desak pembebasan rakan-rakan mereka. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan bagi jalan-jalan yang menghala ke arah Balai Polis Tanjung Malim. Orang awam telah dihalang untuk melepasi sekatan jalanraya ini, dan hanya peguam yang dibenarkan.

Peguam-peguam yang ada di Balai Polis Tanjung Malim bagaimanapun masih tidak dibenarkan bejumpa (sehingga laporan ini ditulis) dan diminta menunggu dokumentasi yang sedang dibuat oleh polis. Peguam hanya akan dibenarkan berjumpa dengan mahasiswa yang ditahan dokumentasi lengkap. -Sumber : twitter SMM



Himpunan Protes AUKU & UPSI oleh SMM & BEBAS


Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! -fightforjusticeforever


Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!

Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH

Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.

Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis, dibawa ke Hospital Slim River.

Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim...

Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012! Mahasiswa akan terus bangkit melawan!



Polis pukul, tahan aktivis mahasiswa dalam demonstrasi di UPSI

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Beberapa aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan pihak berkuasa berkenaan agar bersurai awal pagi tadi.

Dikatakan 17 daripada mereka telah ditahan sekitar jam 2 pagi tadi menurut peguam yang mewakili mereka, Fadiah Najwa Fikri. Tambahnya, mereka masih lagi berada dalam tahanan polis.

Koordinator “Lawyers for Liberty” itu berkata, pihak polis bertindak kasar terhadap mahasiswa berkenaan, yang menyaksikan seorang daripada mereka, Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) di hantar ke Hospital slim River kerana tidak sedarkan diri.

“Mereka dipukul, ditendang dan ditumbuk. Menurut saksi, Safwan turut mengalami patah beberapa batang gigi,” jelas Fadiah Najwa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak pasti jumlah sebenar anggota polis yang terlibat memukul Safwan, “tetapi memang ramai”.

Menurutnya, mahasiswa yang dianggarkan sekitar 60 orang itu telah duduk dan mengadakan demonstrasi di kampus bermula malam tadi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli, 21, telah menjadi tajuk utama UPSI kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razakdi luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Pihak polis berpakaian uniform dan preman mula masuk campur sekitar 30 minit kemudian.

“Ramai di antara mereka telah dipukul,” kata Fadiah, dan menambah, salah seorang daripada penunjuk perasaan cuba menolong Safwan tetapi turut ditahan.

“Saya tidak pasti sama ada keluarga pelajar yang ditahan itu akan dimaklumkan, polis turut merampas telefon bimbit mereka.

Tambah Fadiah setakat ini pihak polis masih lagi tidak membenarkan peguam berjumpa mereka yang kini di tahan di Balai Polis Tanjung Malim.

“Mereka ditahan di balai polis, tetapi difahamkan peguam tidak dibenarkan berjumpa mereka,” katanya, dan menyatakan tiada wakil guaman untuk mahasiswa berkenaan.

“Adam ada menghantar pesanan ringkas selepas insiden berkenaan, tetapi saya tidak mendengar khabar lagi selepas itu,” katanya.

Tambahnya, polis turut mengadakan sekatan jalan raya menghala ke Tanjung Malim berikutan insiden tersebut berdasarkan maklumat daripada Twitter.

“Sekarang ini sepanjang lebuh raya menghala ke Tanjung Malim polis membuat sekatan jalan raya. Ini kerja gila,” tambah peguam ini lagi.

Insiden awal pagi berkenaan ketika sambutan tahun baru itu telah mendapat perhatian parti pembangkang yang menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengemukakan penjelasan terhadap keganasan pihak polis terhadap kummpulan mahasiswa berkenaan. -TMI


27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedihnya baca nih..situasi seolah diluar negara,insan2 yg menuntut hak diperlakukan tanpa belas kasihan..sedangkan sang pemimpin sdg bersuka ria di malam tahun baru..yaALLAH, berikanlah kekuatan kpd mereka2 yg telah teraniya...

siswa lama dah pencen berkata...

macam mana budak U laa nie nak sokong kati senget amno lagi kalau hari hari dok buat orang kian meluat n menyampah dgn parti sarkas nie...kmdn suruh rakyat sokong dia....prihatin konon......
azam tahun baru 2012 ialah buang kan amno jauh jauh....jngn bagi mai dah.........

kah kah kah

tok kie berkata...

ZALIM. MEMANG ZALIM, TERUSKAN PERJUANGAN MU ANAK MUDA. KAMU BERDEPAN DENGAN MANUSIA BANGSAMU SENDIRI YG KEJAMMMMMMMMMMMM.... BABI TU PEMALAS SEBENARNYA ...

Jiwa Islam berkata...

Harus diingat mereka ini bakal guru..dan bila guru-guru mula menunjukkan rasa amarahnya..dan bila mereka mula mengerah kudrat mereka maka awas UMNO....kau pasti tumbang....insyaAllah....

Tanpa Nama berkata...

sememangnya anda semua adalah pejuang sejati..teruskan perjuangan usah gentar.

Tanpa Nama berkata...

Atas justifikasi apa mereka di pukul sebergini. Nyawa anak muda dan pemimpin akan datang ini di perlakukan seperti binatang. Ingat, perbuatan pengecut sebergini pasti di balas. Duit rakyat digunakan dengan cara yg salah. Kalau Pakatan memerintah, akan ku anjur supaya tahap pelajaran minima anggota keselamatan di naikkan supaya hanya mereka yg boleh faham saja diambil sebagai anggota. Seperti di Australia, min ada lah degree. Mungkin kat sini, cap ayam pun boleh jadi.

zairil berkata...

Pengajaran untuk guru-guru yang selama ni sepatutnya cerdik....bagi mendidik anak bangsa - tapi diperbodohkan demi membulatkan satu bangsa 'pak turut' yang bodoh.

Tu sebab pelajar-pelajar sekarang ni bodoh semacam jer. Dah tingkatan dua pun tak tau Kanada kat mana.

Saya tanya seorang budak tingkatan lima, apakah bangsa Melayu. Dia jawab "Melayu adalah bangsa yang Mudah Lupa, Bergantung Kepada subsidi.....dan bodoh"

Saya tanya siapakah Hang Tuah, jawabnya Pahlawan Melaka yang bunuh Hang Jebat sebab menderhaka kepada sultan.

Doktrin "kebodohan" ni perlu untuk senang memperalatkan manusia bilamana manusia tidak lagi ada nilai dan pegangan konkrit.

Kenapa revolusi ini berlaku di UPSI - tidak di Universiti lain? Sebab pelajar-pelajar sekarang telah memilih untuk menjadi cerdik dan bijak. Biasalah....pemimpin akan takut kalau pengikutnya lebih bijak dan menunjukkan kebijaksanaan.

Tanpa Nama berkata...

mari sama sama kita membenci dan mengutuk kezaliman maharaja lela Polis Dewa Raja Membelasah

Tanpa Nama berkata...

tukar kerajaan aja yuop!!!! abis cerita

1 Malaysia berkata...

Selagi rakyat Malaysia tak berubah pemikirannya, selagi tu depa akan diperkudakan. Inikah Melayu yang dok perjuangkan HAK ISTIMEWA MELAYU? Inikah Melayu yang dok selalu kata depa tni pejuang Melayu? Kini kita sedar, Hang Tuah benarkah atau Hang Jebat yang benar? Hipokrit alias munafik, depa yang selalu kata depa ni pejuang bangsa Melayu dan pada masa yang sama, depa ni yang dok jahanamkan bangsa Melayu sendiri. Nak buat camana, kan bangsa Melayu sentiasa diperbodohkan oleh bangsa lain termasuk bangsa sendiri. Selagi bangsa Melayu berjiwa sentimental, selagi tu la depa tu dipermainkan. Selagi mamak @ kerling dibenarkan jadi Melayu, selagi tu la Melayu akan akan diperbodohkan. Lihat saja bagaimana Che Det memperbodohkan orang Melayu dengan memainkan sentimen perkauman. Boleh kata semua tahu bahawa Che Det ni bukan Melayu tulen, begitu juga dengan Nor, Pak Lah, Hishamuddin, Kadir Sheikh Fadzil, ..... Adakah kita nak menaruh harapan pada puak ni?
Tepuk Dada, tanyalah akal yang terletak di dalam kepala hang? Dan bukan di dalam kepala lutut?

Tanpa Nama berkata...

wahai encik-encik polis jika anak-anak atau saudara-saudara kamu sendiri adakah kamu akan melakukan demikian, kenapa kamu begitu kejam sekali, adakah terfikir kamu juga akan dapat pembalasan didunia mahupun di akhirat (jika islam) kalau kafir jangan ikutlah, kalau ikut kamu pun kafir juga. Tuhan akan melaknati pemerintah yang zalim dan pengikut-pengikut dan pelaksana undang-undang yang zalim. bertaubatlah sebelum terlambat. Ayuh bangkit tentang kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

sokong lagi UMNO, melayu beragama islam dah kena belasah dengan BN...

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa nak sokong BN lagi????

Tanpa Nama berkata...

ini tak hebat lagi, siapa bunuh altantuya?

Tanpa Nama berkata...

Kita harus ingat tidak ada perjuangan yang selesa dan mudah...Inilah yang di alami Safwan Awang. Sejak akhir2 ini start2 saja berita lepas bagi salam,,,Tak ada benda lain...Dok sebar fitnah peruntukan sampai 40 min. Apa ke jadahnya nie semua TV Malaysia. Kamu harus ingat, kalau selalu dok mengutuk sampai rapat dan tak bagi chance langsung dekat pembangkang...maka rakyat mula dah akan faham yang BN sebebarnya yg desperado. Safwan salah seorang bakal bergelar Guru, ini lah jadinya sekiranya Guru sendiri pun dah tak percaya sistem pemerintahan Malaysia, salah siapa? Kalau dulu Wakil Bahagian UMON kebanyakkan nya guru2 tapi sekarang ini 90% adalah kontraktor2...Itulah yang di persoalkan oleh wakil pembangkang Tony Pua. Rakyat dah cerdik...Zaman Cyber. Kalau yang masih ada pun dok menyokong UMNO...tak taulah nak kata tahap mental orang2 tu. Prof Hamka pernah berkata dalam seribu baru ada seorang golongan pemikir, Tetapi sekarang ini dah berubah...Ilmu di hujung jari kita..terpulang untuk --menntafsir.

ELBI RISALAH berkata...

SESIAPA MEMBUAT SEBESAR DEBU PERBUATAN KEBAJKAN, MEREKA AKAN MELIHAT ( BALASANNYA ). SESIAPA MEMBUAT SEBESAR DEBU PERBUATAN KEJAHATAN , MEREKA AKAN MELIHAT ( BALASANNYA ).

DUNIA ADALAH TEMPAT BERCUCUK TANAM KEHIDUPAN DI AKHIRAT !. JIKA BAIK, BAIKLAH HASILNYA DAN BEGITULAH SEBALIKNYA.....

INGAT ! SEMUA YANG BERNYAWA AKAN MATI. JANGAN BERSIKAP SOMBONG DAN TAKBUR DENGAN KUASA YANG HANYA DIBERI ' PINJAM ' BUAT SEMENTAR WAKTU !.

Tanpa Nama berkata...

Kisah macam ni demi Allah tidak akan disiarkan menerusi media arus perdana lebih-lebih lagi TV1 dan TV3. TS Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran pejam mata?

Tanpa Nama berkata...

Siaplah BN akan dikuburkan dalam PRU13 nanti. Najib tak perlulah berselindung di sebalik badan besar Tuanku Rosmah. Mamat-mamat dalam PERKASA tu juga harus bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

Harapan tahun baru saya supaya dapat Kerajaan BARU.......kezaliman akan dibalas dengan kebangkitan Rakyat TUNGGUUUU

Tanpa Nama berkata...

sejarah telah membuktikan kabangkitan pelajar bolih menjatoh kan sesabuah kerajaan mungkin kah ini satu isyarat awal kejatohan kerajaan yang zalim yang mengunakan polis untok menyiksa pelajar2 yang melaungkan kbenaran

Tanpa Nama berkata...

Benci umno...mudah2an PRU13 akn mndpt kerajaan baru yg membela anak bangsa dn agama.amin..

ajimie69 berkata...

Polis2 ni memang dah lebih...
Hanya berani berlawan dgn org yg tak bersenjata... takde teloq...
Dosa mengzalimi dan mencederakan mahasiswa yg berani berjihad sukar dimaafkan...
Polis2 tu bangga sangat jadi anjing puak2 yg zalim... BODOH!!!

1 Malaysia berkata...

Mana PERKASA? Mana Ibrahim Ali @ Katak Puru? Tak nampakkah anak-anak Melayu sedang dan sudah dibelasah dek PDRM - Polis Dok Rogol Melayu? Awat nak tunggu sampai anak Melayu korbankah baru bertindak?
Oh, silap AKU seru. PERKASA mana nak jaga hak anak-anak MELAYU? Depa tu jaga hak anak-anak kacukan,... mamak, kerling, cina, arab, siam .... Dah jelas PERKASA ni pun puak munafik juga. Lain kali kalaulah AKU terjumpa BRAHEM KATAK, AKAN KU LUDAH KAT MUKA DIA TU.

Tanpa Nama berkata...

Polis Raja Di Malaysia, hamba doakan moga-moga anak-anak tuan-tuan dan puan puan polis yang buat zalim ini akan memperolehi anak yang buta hati, menjadi dajal di akhir zaman dan biarlah tuan-puan polis merasa azabnya sampai menghembuskan nafas mereka di akhir hayat dengan melihat sendiri kebabian anak-anak dan isteri mereka disebabkan makanan yang disuapkan ke dalam mulut mereka ada makanan haram dari titik peluh rakyat. Dan ini telah terbukti sejak lama dulu apabila hamba mengajar anak-anak polis berbanding dengan anak dari jabatan lain... mungkin makanan haram dan ainaya yang telah bapak dan ibu-ibu polis mereka buat ke atas orang ramai...dan itulah kifarah yang harus mereka tanggung selama di dunia ini. Mana ada polis bangang lulusan UPSR nak baca tulisan kita....... Hat pas diploma depa suruh jea,... hat UPSR beroleh 5C nilah yang akan memukul orang ramai. Moga-moga mereka kekallah begitu, biarlah mereka mati dalam keadaan begitu dan menjadi cacian sepanjang hayat hingga ke anak cucu.. Amin.. Dan dengan yang demikian 1 Malaysia dapatlah spin berita LEMBU dan kisaisah lain...Ingat BN...berita semua dihujung jari kami... bukan di tv 3/4 anda itu.
Kami memerhati.
Kepada Adam, Anang serta seangkatan dengan beliau yang lain harap banyakkan bersabar, bukan mudah kemenangan inibiarpun jiwa terpaksa dikorbankan,... andalah bakal pemimpin yang mampu memertabatkan agama, negara dan bangsa dan bukan UMNO bodoh sombong itu... Amin.

antahberantah berkata...

Bersedialah polis2 tua yang nak pencen tu aku tunggu kamu melangkah ke alam pencen..aku nak ludah muka2 kamu semua..aku nak baling taik ke muka2 kamu...ingat...bila kau dalam uniform bukan main hebat ye.. kau pukul, kau balun, kau pijak2 kami rakyat yang dahagakan keadilan..nah sekarang kau tau lah. Aku sumpah polis2 anjing tujuh keturunan..tak selamat kau anak beranak..cucu cicit kau...ciut2 kau.

Tanpa Nama berkata...

umno patut di kuburkan.allahuakbar !

DARAH SUDAH MENGALIR berkata...

ASSALAMUALAIKUM WBH,

SERUAN AMALAN QUNUT NAZILAH :

KEZALIMAN UMNO DAN ALAT MEREKA POLIS RAJA DI MALAYSIA SEMAKIN DI LUAR KEWARASAN DAN ADAB BUDAYA BANGSA DAN AGAMA.

KITA PERLU TERUS MENYATAKAN KEBENARAN BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG YANG ADIL.

KINI DARAH PEMUDA SUDAH DITUMPAHKAN, PEMIMPIN RAKYAT AKAN DIZALIMI LAGI TIDAK LAMA LAGI ( 09 JANUARI 2012)

MAKA MARILAH KITA SEMUA MULA MENGAMALKAN QUNUT NAZILAH SETIAP HARI SETIAP LEPAS QUNUT SOLAT SUBOH ATAU SELEPAS SOLAT ATAU APA SAJA KHAIFIYAT YANG DIAJAR ULAMAK KEPADA KITA.

MARILAH KITA BERDOA DENGAN BERKAT DOA QUNUT NAZILAH ITU SUPAYA PEMERINTAH YANG ZALIM DAN TALIBARUT MEREKA HANCUR LEBUR DAN TERTEGAKNYA PEMERINTAHAN YANG ADIL DI BUMI MALAYSIA INI.

AMIIINN.