17 Jan 2012

Akhirnya Ambiga Bersuara: Lagi Himpunan BERSIH Jika Syor PSC Ditolak

Ambiga: Lagi himpunan BERSIH jika syor PSC ditolak

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu. -mk



Ulasan GB

KETEGASAN inilah yang kita tunggukan daripada J/K Bersih.

GB telah menyatakan sebelum ini bahawa jika J/K Bersih sudah enggan untuk menganjurkan perhimpunan di atas sebab yang hanya mereka ketahui, kita meminta Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Pemuda PR kntuk menguruskannya.

Kita tidak menyatakan bahawa Perhimpunan itu merupakan matlamat utama, yang pentingnya ialah Kerajaan perlu menerima syor yang dikemukakan oleh PSC berhubung dengan perjalanan pilihanraya yang bersih, telus dan adil.

Apa yang berlaku kini seolah-olah ada usaha untuk melambat-lambatkan syor-syor itu dilaksanakan. Hanya satu yang diterima iaitu dakwat kekal sedangkan yang lebih penting iaitu pembersihan daftar pemilih belum ada keptusan mengenainya.

Pihak ketiga seperti MIMOS hendaklah dijadikan pihak yang membersihkan daftar pemilih, tetapi sehingga kini SPR berdolak-dalik mengenainya.

3 ulasan:

Waris berkata...

Lpas ni puak-puak melayu hutan pulak akan bertindak balas. Melayu hutan mcm gaps, perkasa dan pekida ni tunggu masa je ambiga bersuara.

Tanpa Nama berkata...

Cepatlah anjur Bersih 3.0, dah tak sabar nih...buat aper tunggu2, diaorang tak akan laksanakan...

Tanpa Nama berkata...

Pak Samad, bagus Pak Samad ni. Salute pada Pak Samad.
Pak Samad akan nampak lebih kemas kalau rapikan misai & janggut esp di bahagian mulut tu, jgn ditutupi.

Ye Pak Samad. Teruskan perjuangan.

(GB jgn x siarkan komen saya ye, bukan sentuh peribadi & memalukan Pak Samad, cuma nak beri Pak Samad lebih kelihatan ceria. Peace Pak Samad).