14 Dis 2011

Najib Perlu Buktikan Beliau Anak Jantan, Sahutlah Cabaran Anak Anwar

Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai,” kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk ‘Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?’

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

Nurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India. -mk

Ulasan GB

Benar kata Nurul Izzah, Najib perlu buktikan kata-katanya, perlu terjemahkan segala wawasannya dengan tindakan - tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia - dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa terutama di Wailayah Persekutuan, bukan terperuk di Pekan Pahang.

Dan Najib berkata beliau tidak takut dengan Anwar.

Kini buktikan kata-kata itu. Sahut cabaran anak perempuan Anwar Ibrahim itu!

Beranikah Najib? Jantankah Najib? Atau penakutkah beliau? Pondankah beliau?

Kita tunggu riaksi Najib nanti.

Dan pesanan Mahathir semalam:

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,” katanya lagi. -petikan dari TMI


Tahniah Nurul Izzah yang bijak memerangkap dan mengeluarkan cabaran berkenaan.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mau ke pak Jib bertanding situ?? ishhhh mustahil dia mau. alangkan di pekan pun undi dia CP-CP jek.. maka terpaksa amik kawasan kem batu 10 yang nyata terkeluar drpd kawasan PEkan bagi menyelamatkan undinya di tempat sendiri...

ha..ha. inikan plak nak amik kerusi lembah pantai... he..he. ada beranikaa pak Jib.. try laaa kalu mung rasa mung hebat sgt.

-anak pahang-

Tanpa Nama berkata...

Najib dilahirkan bersama jiwa yang penakut..
Takutkan bini...
Takut ka;ah dlm pilihanraya.. maka dimasukkan tentera/undi pos kekawasanNya..
Takutkan Rakyat maka di tambahkan jawatan Menteri-Menteri..
Takutkan hilang sokongan dalam Kabinet maka di lantiknya ramai senator-sinator bagi menyokongNya..
Takutkan keselamatnya terganggu makan dimohon kawalan ketat semama di Makkah..
DIA memang PENAKUT.......

Tanpa Nama berkata...

Pengundi pos paling ramai dalam parlimen Pekan dan salah satu kawasan parlimen dalam Malaysia..dengar-dengar khabar isteri anggota tentera jadi pengundi pos jugak, lagi tambah ramai.

Tanpa Nama berkata...

Dah kecut telorlah tuuuuuuu

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah kah, si pondan tua anak tun razak nie mana ada buah zakar. kena kejut dgn nurul izzah lagutu jer terus diam...bacul..baculllllll. bini dedah aurat pun tak bleh nak setel inikan plak nk tanding kerusi 1 malaysia....nahi nahi...najib lebai kulop tak braniiiiiii punya.

samagreen berkata...

Pesanan TDM kpd semua org Melayu...
"wajar jadi bangsa berani"

termasuk Nurul sendiri agar jadi anak yg berani!!

"dan bangsa yg tak mudah lupa"

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan semua,

Apalah Nurul ni macam tak kenal diri, bagilah DIA lawan orang kuat PKR, kalau tak pun orang Nombor Satu DAP, atau PAS baru kena gaya, sama-sama kuat, sama-sama berpengaruh. Orang nombor 1 boleh buat berjuta janji. Yang bawah-bawah ada apa ?. Orang berkedudukan nombor satu tetap laku di mana sahaja, tak perlu cari tempat selamat. Carilah tempat yang pengundinya paling ramai sekali di Malaysia. Tak kesahlah kawasan Melayu ke, kawasan Cina, kawasan Little India atau kawasan Melanau atau Dayak !.

Mereka semua tetap WIRA kita. Buktinya semua rakyat tahu, hormat atau mengenali mereka !. Nurul lawan sahaja Raja Bersiong. Amacam, Wasallam.

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak bila tengok Mamat Najib berucap dengan nada berdegar-degar tapi takutkan bininya yang bersaiz XXL tu.

matsebambu berkata...

Anon 12.28pm,

Nurul bercakap tentang "Kawasan 1 Malaysia",kawasan pengundi campuran.Konsep 1 Malaysia ni Najib yang pelupuri.Bukan soal No.1 lawan No.1,atau No.2 lawan No.2.Tak reti baca ke?
Kamu ingat Najib berani ke sebab Lembah Pantai tak ada Kem Askar.Dulu dia menang diPekan sebab undi pos.Ada faham?

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan semua,

Anom 3:09 Yang tak tahu baca dan yang tak faham apa yang terkandung tu adalah yang di sinun!. Ingatan ku PKR menang dulu pun sebab kebobrokan UMNO, Tapi itu dulu ... sekarang UMNO dah bess dah. banyak yang dah taubat.

Jangan terlalu yakin hingga insan sementah ini mahu mencabar PM. Cabarlah pemimpin yang setaraf dulu, itu pun kalau ada. Aku dah banyak kali mengundi dan hanya dua kali terakhir lalu sahaja aku, keluarga dan kenalan pangkah DAP. Kalau kami pangkah BN pun sama juga orangnya.