18 Dis 2011

Isi Borang BR1M. Wang RM500 Itu Milik Rakyat - TGNA

Nik Aziz seru rakyat Kelantan isi borang BR1M

KOTA BHARU, 17 Dis: PAS akan mensasarkan keahlian seramai 100,000 ahli seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu mendaftar keahlian seramai 2,000 orang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik malam tadi.

Sambungnya, usaha itu dibuat bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang ramai khususnya pemuda menjadi ahli PAS.

“Mood sekarang juga turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi impian masyarakat terutama sekali golongan pemuda bakal penentu masa depan negara,” ujarnya.

Lebih 2,000 orang anggota parti seluruh Kelantan menghadiri program tertutup itu.

Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan, Datuk Omar Mohamed dan Fatah sendiri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.


“Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

“Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik,” ujarnya. -HD



8 ulasan:

belang berkata...

wang itu semmgnya milik rakyat tidak disangkal lagi. Begitu juga gaji, kereta, kediaman rasmi, kws balak, duit zakat, pangkat dll semuanya milik rakyat. Bukan utk anak menantu semata2.

kenatipuolehumnoapco berkata...

Wei belang , ko tala menantu mana ? Menantu Pak Lah yang songlap pakai SCOMI dan Telaga Minyak Blok M&N ke atau Menantu Tok Guru yang dah lepas pun semua jawatan dalam Syarikat Kerajaan Negeri PMBK tu. Habaq mai hok mana satu? Gua nak tengok sama ada ko nie LEMBU FEED THE LORD atau Yang ada IMAN dan WARAS.

Awanama berkata...

KDYMM Sultan Kedah sebelum berangkat ke KL bagi menduduki takhta Yang DiPertuan Agong telah menganugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah Yang Dihormati (S.H.M.S) kepda MB Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Penganugerahan tsb menunjukkan baginda amat berkenan kepimpinan PR yang didominasi oleh PAS di Kedah. Mat Bashah yang bercita-cita untuk menjadi MB Kedah patut faham hal ini. Begitu juga dengan Datuk Mukriz Tun Mahathir yang mengimpikannya. Baginda pernah mempertikaikan hasrat Tun Mahathir ketika menjadi Menteri Pelajaran dahulu untuk mentadbir Maktab Mahmud.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Usah bising dong...kalau duit rakyat maka setiap pemimpin yang dipilih kenalah give back pula pada rakyat..jangan jadi "post wakil rakyat" asyik dok kumpul duit rakyat dalam kocek sahaja..

Jadi hari ini BN merintah dia bagi duit kira goodlah tu...
Mungkin esok lusa PR memerintah harap-harap bagilah...pula macam dok promete tu..kan senang.

Yang dok susah ni asyek cucuh api dipunggung rakyat ..maka berlakulah dua iman, nikah cerai banyak lagi..

Pakcu bukan nak kata sapa-sapa dia makan lada burung dialah yang pedas mengangga....Maaflah kalau bahasa pakcu kurang sedap sebab Pakcu orang kampung.pandai lihat dan dengar jee.....Walahualam

Awanama berkata...

Bukan ke ahli PAS kelantan cuma tinggal tok guru Nik Aziz seorang je, sebab kalau tengok dalam berita ke suratkhabar ke bila dekat pilihnaraya mesti ada berita ahli PAS masuk UMNO, semalam 120 orang dari Bachok masuk UMNO.

Pelik ni....

Awanama berkata...

Bodoh puak umno nie... wa..rajen la polak tv3 n tv umno nk bitau y ada org umno masuk pas ke..pkr ke..haha...jangan jd bodo...nk jd bodo sikit2 bleh...tp jgn melampau2... kna gelak..malu.. Klu ada y masuk pakatan rkyat ade diotg heboh..??xdenye... ko je y bengap y asyik pcaya media2 bodoh tu...

Awanama berkata...

RM 500 adalah hak semua rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 3000.Apa ada pada RM500 dibandingkan dengan hadiah RM 250 juta kepada keluarga Shahrizat,atau RM500 juta komisen kapal selam,RM 400 juta komisen jet pejuang atau RM 24 juta cincin Big Mama? RM 500 tu dianggap kacang putih aje disebuah negara yang kaya raya macam Malaysia.Dalam pilihanraya pun UMNO kerap sedekahkan RM500 kepada pengundi.

Andy Zs berkata...

PTUiTHHH Ajis... Ajis Loser... cover line plok.. PTuiiiH