18 Nov 2011

Memang Wajar Dr.Asri Libas Hassan Ali

Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam'

Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

“Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini.

dr.asri“Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya. Bagi saya, kenyataan beliau tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar Bible yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup.” kata Dr Asri dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Menurut bekas mufti itu, di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, dan majlis-majlis kerajaan tetapi tidak pula dihebohkan kononnya masyarakat bukan muslim telah memeluk Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari

Kebenaran hakiki

“Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible.

NONE“Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran,” kata Dr Asri.

Menurut beliau lagi, setiap orang yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. Justeru, peranan golongan agama di era ini, katanya, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang.

Semalam, dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor, Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Selain menggunakan alatan canggih itu, menurut Hasan (bawah, kanan), pihak Kristian juga menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali“Jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara muslim kita, maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan JAIS membuat kerja yang lebih bermanfaat .

“Ini boleh dilakukan dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya. Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana,” katanya.

Mendapat tauliah

Dr Asri juga meminta JAIS supaya memastikan dulu bahawa “alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas”.

Walaupun tidak menyebutnya secara langsung, beliau dipercayai merujuk keputusan JAIS yang mensyaratkan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan ceramah agama atau tazkirah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, perlu mendapat tauliah jabatan itu, terlebih dahulu.

NONESebelum ini, beberapa pemimimpin dan tokoh agama menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah. Mereka termasuk Dr Asri sendiri.

Pemimpin PAS lain seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Abdul Rani Osman, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan terbaru pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman juga dilarang berceramah.

Dr Asri dalam kenyataannya juga mengingatkan mana-mana pihak yang mendakwa bahawa sejumlah besar umat Islam di negara ini murtad adalah memalukan umat itu sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan mereka itu.

Himpun placards“Sesetengah pihak menyebut ratusan ribu, ada yang menyebut puluhan ribu, ada yang menyebut beribu-ribu. Harap nama-nama mereka dapat diserah kepada pihak-pihak yang dapat mengkaji punca untuk mengatasi masalah.

“Janganlah ia hanya satu dakwaan kosong yang tiada bukti yang diyakini, ataupun memang wujud tetapi tidak berani didedahkan kerana mereka tahu mungkin kesalahannya akan balik kepada pihak berkuasa yang menguruskan urusan agama itu sendiri,” katanya.

Perlekehkan umat

Menurut Dr Asri, beliau bimbang usaha mempertahankan Islam secara membuta-tuli itu secara tidak langsung boleh memperlekehkan umat dan agama Islam sendiri tanpa sedar.

azlan"Mungkin kita ingin menutup kelemahan kita dengan menudingkan jari kepada pihak lain. Itu bukan tindakan yang baik bagi pihak yang berkuasa.

"Memalukan, umat yang majoriti sering menampilkan diri sebagai tertindas oleh agama yang minoriti. Padahal jika kita benar-benar menggerakkan kemampuan yang ada dalam kalangan Islam di Malaysia, banyak yang boleh dilakukan," katanya.

Beliau berkata cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan.

azlan"Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru.

"Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula.

"Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini," akhiri kenyataannya itu.

Ulasan GB

Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat.

Ini bererti beliau sudah lama terkurung di dalam gua kebodohan sendiri kerana penyebaran ugama, tak kira apa pun ugama, sudah jauh melangkaui daripada hanya apa yang didedahkan olehnya.

GB ingin bertanya kepada Dr. Hassan Ali dan Jais sendiri, apa sumbangan dan usaha kamu pula di dalam menggunakan teknologi-tekonologi berkenaan untuk menyebarkan dakwah dan pengembangan Islam?

Mana Al-Quran digital kamu? Mana ‘Solar Powered Handheld Talking Quran’ kamu? Atau paling sengkek, mana portal dan lamanweb Q&A mengenai Islam kamu?

Illek!

Yang hanya kamu tahu nak tangkap dan dakwa orang sampaikan tazkirah di surau seperti kes Bob Lokman. Yang kamu tahu nak berarak buat HIMPUN sehingga HIMPUN sendiri yang kononnya nak perjuangkan aqidah tetapi masing-masing tinggalkan waktu Asar. Yang kamu tahu, ialah bagaimana nak berperanan untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

Wahai orang yang bernama Hassan Ali dan pertubuhan yang bernama JAIS. Mari kukuliahkan kepada kamu:

Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Dengan adanya internet maklumat semakin rancak di alam siber. Pelbagai bahan yang ada di "langit" ini. Kita tidak dapat menahannya dan tidak dapat mengawalnya, malah tiada sebuah negara pun di atas dunia yang mampu mengawal internet. Tiada sebuah kerajaan pun di dunia yang mampu mengawal arus gelombang maklumat yang bergerak di alam siber.

Bahan lucah, porno, maklumat mengenai ugama-ugama lain, malah ajaran Ayah Pin dan Abuya Asyaari pun bersepah di alam siber.

Ada ratusan, malah ribuan tapak web yang menghidangkannya kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat islam di negara kita.

Malah kini orang sedang sibuk dengan facebook, dengan blog, dengan twitter, dengan segala macam mak nenek teknologi hujung jari terdapat di alam siber ini.

Terangkan kepada saya bagaimana kamu-kamu dapat mengawal itu semua?

Tak boleh. Yang boleh dan perlu kita lakukan kini ialah menggunakan teknologi yang sama, alam yang sama TETAPI menawarkan isi kandungan yang berbeza.

Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Tetapi peperangan zaman ini adalah peperangan teknologi dan peperangan maklumat.

Umat Islam perlu muncul dengan ilmu Islamnya untuk dihidangkan di alam siber. Kita perlu menawarkan kebenaran dan keindahan Islam dengan taktik dan teknik yang baru. Menggunakan dan memenafaat alam digital sebagai satu uslub dan media baru di dalam dakwah. Malah ia dilihat sebagai satu wajibul-waqti (kewajipan semasa) ketika ini. Kita perlu tampil dengan kaedah baru, membawa obor Islam untuk menangkis segala serangan aqidah dan syariat yang berlaku ekoran perkembangan pesat teknologi moden hari ini.

Jangan pula kamu datang berlagak dengan press conference bebal kamu dengan menyatakan kesemua blog, twitter, facebook dan peralatan dakwah kena ada tauliah daripada JAIS pula!

Sekarang sekali lagi saya bertanya: apa sumbangan Hassan Ali dan JAIS di dunia siber dan era teknologi moden di dalam usaha memperjuang, memperkembang dan memertabatkan Islam daripada hanya melemparkan tuduhan tetapi kemudian tidak dapat mendakwa kerana ketiadaan bukti?

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenyataan hasan ali itu tidak menambah ilmu untok memantabkan akidah umat islam yang kian terhakis oleh dasar2 tidak islamik pehak pemerintahan, kenyataan seperti itu hanya menimbulkan polimik yang tidak sihat terhadap agama islam itu sendiri dikalangan bukan islam.
sepatutnya hasan ali sebagai exco agama memperbanyakan tauliah agama kepada sesiapa yg mempunyai kelayakan dan memperbanyakan kuliah2 dimasjid2 dan surau ini tidak yang ada tauliah ditarik balik dan orang yang membri tazkirah ditangkap, kalau beginilah dasar pehak yang ada kuasa tidak hairanlah ada pehak lain mengambil kesempatan untok menyebarkan daa'yah agama mereka.

mohd shahran berkata...

utk wak hassan F*** U, declare siap2 jadi UMNo bole bertanding atas tiket UMNO la bodoh. . Dalam keadaan aman dia bangkitkan sesuatu yang tak masuk akal. . Beritahu ler kelemahan JAIS . . apa yang JAIS buat untuk umat Islam. Kutip zakat berjuta2 nak bagi asnaf mak ai kena isi pelbagai borang kena wat pengesahan . . orang lain terus bagi aje yang susah tak ada buat perkara bullshit. . org bagi tazkirah kena tangkap. . bodoh piang punya pakar motivasi. . cuma ler duduk masa org bagi tazkirah ambil maklumat dengar dulu. . kalau tazkirah ajak g dangdut ker atau etc baru ambl tindakan. . siapa yang melemahkan umat islam sendiri kalau bukan tngan umat islam yang diberi kuasa menjaga agamanya sendiri.

Unknown berkata...

hassan ali makin hari bercakap makin bernada umno..

Tanpa Nama berkata...

Telah lama ku katakan Hassan Ali ialah liabiliti buka aset.

Sampai bila TGHH nak bela biawak hidup ni.

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali - this joker makes me laugh

Tanpa Nama berkata...

YB. Dato' Hassan Ali,

Sedadkan YB peranan yang dimainkan oleh media cetak dan elektronik yang selama ini dikawal oleh kerajaan BN secara halusnya telah lama meminggirkan umat daripada Islam itu sendiri.

Sedarkan YB berapa banyak program-program kerajaan BN yng menjauhkan anak-anak muda dan umat daripada Islam.

JAIS? Apa peranannya? Yang lebih menonjol melarang dan mendakwa ke mahkamah mereka yang telah sedar daripada kejahilan dan ingin berkongsi pengalaman dan salin ingat memperingati di masjid dan surau, Dalam membina surau khususnya berapakan duit peruntukan yang dikeluarkan oleh Jais untuk masjid dan surau? Dalam menggerakkan aktiviti masjid dan surau berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh JAIS?
Kalau tak kerana sumbangan kewangan ahli kariah dan orang ramai, masjid dan surau di Selangor tiada yang boleh dibanggakan. JAIS hanya menumpang nama, cukup malu.

Tanpa Nama berkata...

Terus terang, aku hanya kenal Hasan Ali melalui media. Bila GB citer2 ttgnya, aku amik sikap biasa2 aje.

La ni, aku mmg nak tergelak..
Kebudak2an..

(Memang le tv-tv ada involve prog agama kat Sngor, contoh TV9, u berani ke beritau bos TV tu program2 laro ditiadakan & ditukar pada prog ikut Islam.

Atau, suku sana, suku sini? Serba boleh?

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Kepada Dr Hasan Ali, saya ingin syarankan agar meminta kesemua pegawai-pegawai JAIS yang terlibat dengan isu taulian untuk mengajar di surau dan mesjid di negeri Selangor..., agar mengucap dua kalimah Syahadah semula...kerana tindakan mereka yang menghalang orang islam lain menyampaikan kuliah Agama itulah yang lebih cendrung kepada murtad

Tanpa Nama berkata...

Kejahilan hassan ali adalah kesinambungan dr kejahilan ibrahim ali.....

Mattamam berkata...

Secara tk langsung JAIS menjadi alat missionary menghalang pendakwah dr berdakwah..UMCO berjaya dgn misinya mnyekat perkembangan islam dikalangan rakyat msia..satu perkara yg amat menyedihkan umat islam..

Waris berkata...

Sekarang dlm blackberry, iphone & android yg digunakan oleh umat islam berlambak perisian yg berkaitan dgn bible ni. Kalau ke hotel2 5 bintang mesti ada bible dlm laci.

Kalau nak murtad, dah lama boleh murtad.

Kenapa jais tak nak pulak cipta perisian berkaitan Islam utk menyaingi agama mereka? Mungkin otak staff2 jais tak sampai ke arah itu utk berfikir.

Biasalah melayu lembu. Takat mana sgt dia boleh berfikir.

Kalau mereka boleh buat bible dlm bahasa melayu, kenapa jais tak nak buat tafsir al-quran atau sejarah Islam dlm bahasa inggeris, cina atau tamil utk tujuan dakwah? Kemudian upload dlm android market supaya 1 dunia boleh download.

Masalahnya jais hanya utk melayu lembu. Pada meraka Islam itu melayu dan melayu itu Islam. Sama level pemikiran mcm papagomo.

Bangang tak nak belajar, tak masuk ajar dan kurang ajar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau isteri dah terlalu banyak,cakap pun mula merapu.Zaman sekarang orang boleh beli Bible dikedai.Melambak.Dalam internet lagi banyak bahan dakwah orang Kristian kalau nak dikira.Takkan pasal rakaman radio "Talking Bible" tu orang Islam boleh murtad.Betul-betul bangang.DiTV dan layar perak lagi banyak filem-filem yang propaganda Kristian dibuat oleh Hollywood,tak pulak nak cakap.Hassan Ali ni amat memalukan PAS.Suruh sahaja dia masuk UMNO,habis cerita.

Iliyas Ismail berkata...

Hasan ali hina Islam, kenyataan dia sbnarnya mmbawa maksud Bible lg brkuasa drpd Qur'an, Bible lg tnggi pngaruh drpd Qur'an, umat Islam yg dh mmbesar dgn Qur'an kt ngara ni sng2 blh murtad, tp org bukan Islam dgr Qur'an dr speaker2 masjid langsung xda kesan,..mcam tu ke?

Hasan Ali, kamu tu bawa imej Islam, jgan buat knyataan2 yg memalukan mcam ni, lpas ni apa pulak? kat internet ada bribu website kristian, xkan nk ban internet pulak? download bible bila2 pn blh, snang je, xkan x prnah tau kot, hidup dlam gua ke slama ni?

Malu kami org Islam