18 Nov 2011

Pemuda Cabul Gadis Dalam Bas Ekspres, Dihalau Turun Oleh Pemandu

Kajang: Helah seorang lelaki yang pura-pura tidur selepas cuba mencabul seorang pelajar perempuan di dalam bas ekspres gagal apabila dihalau keluar selepas mangsa memaklumkan perbuatan kejinya kepada pemandu bas berkenaan, 11 November lalu. Gambar Fail

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menaiki bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke ibu kota dan pada mulanya curiga apabila mendapati tangan penumpang yang duduk di sebelahnya diletakkan berhampiran pinggangnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada mulanya mangsa menyangka lelaki itu ingin mengambil beg yang diletakkan di sebelahnya tanpa mempedulikan tindakan suspek.

Katanya, sangkaan mangsa meleset apabila suspek tiba-tiba memegang bahu mangsa beberapa minit.

“Suspek yang beranggapan mangsa tidak menyedari perbuatan itu kemudian semakin berani apabila meramas payu dara mangsa menyebabkan mangsa tersentak dengan perbuatan suspek.

“Mangsa yang bengang diperlakukan sedemikian kemudian menoleh mukanya untuk memandang suspek tetapi sebaik ditoleh, suspek berpura-pura tidur,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian mempersoalkan tindakan suspek yang cuba mencabul kehormatannya.

Bagaimanapun, suspek yang bijak berlakon kemudian pura-pura tersedar dari tidurnya selepas mangsa memanggilnya beberapa kali tetapi menafikan memegang payu dara mangsa.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan lakonan dan alasan diberikan segera mendapatkan pemandu bas untuk melaporkan kejadian itu.

“Terkejut dengan aduan mangsa, pemandu bas berkenaan memberhentikan basnya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Serdang dan mengarahkan suspek keluar dari bas berkenaan,” katanya.

Sebelum suspek beredar, pemandu berkenaan sempat mengambil butiran peribadi suspek untuk diberikan kepada pihak berkuasa. Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. -hm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 boleh & kadang2 agak sukar utk tukar tempat duduk sesama jantina bila dlm kenderaan awam spr bas express, taxi,k/api malah k/terbang kelas ekonomi.

Anyway cuba le ..

My mama pernah beritahu masa dia berusia below 12yrs (>45yrs ago), dia pun pernah kena raba peha oleh org tua yg duduk sebelahnya dlm taxi. Masa tu mama & atok nak pi somewhere ziarah sedara. Atok duduk depan sebelah driver.

My mama said, dia tak de upaya nak komplain atau beritau sesiapa (maybe takut sbb lum matang), apa yg dia buat meletakkan beg antara dia & org tua kutuk tu. Bila dia toleh kat org tua kutuk tu, muka dia selamba aje pandang depan.

My mama masa tu pakai baju kurung, cuma tak pakai tudung (masa tu mana ade tudung2, lagi pun my mama lum baligh & mmg very decent)

So, hal2 seperti ni bukan berlaku akhir2 ni aje, tapi dah >45 thn lepas.

Rahmat Allah lah yg menyelamatkan mereka2 masa tu..