20 Okt 2011

UIA Silap Langkah Gantung Tugas Prof Aziz, 2 Facebook Diwujudkan Sokong Aziz

UIA gantung tugas Prof Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu.

Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.

Aziz ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu.

“Saya serahkan kepada peguam saya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu.

“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA.

Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti.

“Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab,” kata Dzulkarnain lagi.

Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA.

“Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak,” kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam.

Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam.

“Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat,” kata beliau lagi.

Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz.

Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan tindakan lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan Selangor sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jais tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Ditanya sama ada syarat-syarat yang dikenakan ke atas Aziz terlalu keras, Dzulkarnain berkata, “ya, saya rasa syarat-syarat seperti ini tidak perlu. Beliau tidak mengganggu sesiapa.. ini bukan kes gangguan seksual.”

“Lagi pun beliau ada pelajar-pelajar yang hendak diselia, ada kuliah, ada kelas untuk disampaikan,” katanya lagi. -TMI

Penyokong lancar FB sokong profesor undang-undang


Pengguna Internet bangkit menyatakan sokongan kepada Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang digantung tugas sebagai pensyarah, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Petaling Jaya.

Melancarkan laman (page) "Kami Bantah Penggantungan Dr Aziz Bari" di laman sosial Facebook, mereka turut menyindir kebebasan akademik di negara ini.

"Kebebasan akademik ala-Malaysia," tulis pentadbir laman itu apabila memuatkan semula pautan berita tentang penggantungan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Dalam tempoh beberapa jam sahaja dilancarkan, laman Facebook itu disukai (dengan menekan butang like) oleh 602 pelayar (setakat 3.17 petang). 1371 pelayar setakat 4.20 petang -GB

Malaysiakini difahamkan, bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang paling kanan universiti itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau digantung bergaji kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Belum ada reaksi UIA

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian perhubungan awam UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan Datuk Prof Zaleha Kamaruddin daripada pejabat rektor mengesahkan surat itu dikeluarkan semalam.

Sementara itu, sebuah lagi laman "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" juga diluncurkan.

Setakat berita ini ditulis, ia sudah digemari 882 pelajar.

Pencipta kedua-dua laman ini tidak dapat dipastikan setakat ini.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan berhubung pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Dalam perkembangan berkaitan, SKMM dan pihak polis juga menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.-mk


Ulasan GB

Hanya kerana ada laporan polis yang belum tentu benar, UIA sudah mengambil tindakan ke atas Prof. Abdul Aziz Bari dengan menggantung beliau dari tugasnya.

Dan bagi GB, tindakan UIA itu adalah langkah yang silap dan amat memalukan malah mencalarkan imej UIA sendiri. Tindakan yang diambil seolah-olah mengikut telunjuk dan arahan seseorang. Maruah UIA tercampak ke longkang lantarannya.

“A person is presumed innocent until proven guilty” - Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya. Itu prinsip asas keadilan.

Prof Dr. Abd Aziz boleh mengambil tindakan menyaman UIA kerana mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli akademik yang belum ternyata melakukan apa-apa kesalahan.

Pakatan Rakyat perlu berbuat sesuatu, jangan berdiam diri. Kerana inilah masa untuk Pakatan Rakyat membela mereka yang tertindas. Panggillah mesyuarat tergempar dan keluarkan kenyataan rasmi khusus untuk kes Prof. Aziz. Jangan lembab. GB lemas melayan procrastination PR selama ini.

Beri sokongan anda kepada Prof Abd Aziz Bari dengan mengklik LIKE di halaman facebook ini:

Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari



12 ulasan:

Awanama berkata...

pembesar boleh buat sekehendak hati demi melindongi pekong mereka.syabas prof aziz kami berterima kasih atas keberanian anda.inshaallah kami bersama menegakkan kebenaran.allah hu akhbar.

zaminc berkata...

confirm UIA ditekan.

Awanama berkata...

UIA pun dah jadi cawangan UMNO?

Awanama berkata...

Semua isntitusi di negara ini diperkosa BE END, rakyat dibisukan, sedarlah wahai semua rakyat malaysia, PRU13 nanti kita tamatkan riwayat BE END dari muka bumi ini, ALLAHUAKBAR.

Awanama berkata...

insyaallah masa yg tepat untuk menguburkan BN pada PRU 13 ini

Awanama berkata...

yang terbaik besar dugaannya. Syabas Prof.

Awanama berkata...

Amat terkejut dan sedih.Jatuhnya mertabat UIA dalam sekelip mata.Selamatkan UIA dan Negara dalam PRU13 Insyaallah

Awanama berkata...

Assalammualaikum GB dan pembaca,

Teringat saya semasa belajar di ITM tahun 70han dahulu, setiap kali hendak mendaftar semester baru setiap kali itulah rasa diri terseksa. Banyak remeh-temehnya, dari sekecil menjaga rambut sampailah ke disiplin pakaian.

Pelajar tidak boleh menjawab tidak atas apa yang dimahukan pentadbir. Maka lahirlah graduan yang pandai tetapi tidak berani bersuara.

Aziz memang sudah hebat di usia muda di waktu itu. Kecekapan terselah bila ia menjadi salah seorang facilitator dalam satu Kursus Kepimpinan yang saya ikuti.

Bagi saya setiap pekerjaan telah tersedia hukum-hakamnya. Namun, tiada siapa berselera membahas akan segala kongkongan peraturan itu. Kerana apa ?. Kita sendiri tahu jawapannya dan Aziz sudah tentu tahu akan rahsia perisiannya.

Syabas Prof Aziz !! Perjuangan sdra telah berputik segar ~ semuanya kerana keikhlasan sdra. Sayang sekali ketua sdra tidak melihat akan kebijaksanaan yang ada pada diri sdra. Kerana takutkan tekak menjadi kering maka terpaksa ia berbuat sesuatu. Malang sekali kita punya pemimpin yang jari-jarinya terpalit tahi sendiri. Wassalam.

lovehijau berkata...

Bertindak dan bercakap mengikut perlembagaan pun masih dianggap salah,dan akan menimbulkan persepsi lebih buruk terhadap pihak yang berkaitan,terutama bagi golongan ilmuan

Awanama berkata...

Terima kasih GB kerana sama sama berjuang untuk segenap lapisan RAKYAT untuk terus maju, nampaknya UMNO guna berbagai cara untuk TAKUTkan RAKYAT.

Awanama berkata...

Perlembagaan apa yang Malaysia pakai kalau sampai tahap orang mcm ni pun x boleh bercakap, x leh sentuh hal2 yang berkaitan dengan kepakarannya.

Awanama berkata...

umno! ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya. Memang betul Malaysia bukanya Mesir, atau Tunisia atau Libya, tetapi manusia punyai perasaan, dan akal, yang menjadi fitrah kehidupanya mahukan keadilan, keamanan, kebahagiaan, ketenteraman, kebebasan bersuara, sampai bila umno mahu lakukan kezaliman ini?