20 Okt 2011

Surat Tunjuk Sebab : Tindakan UIA Yang Memalukan Warga Orang Berilmu

Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.

“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi.

Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik.

Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.

“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi.

Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997.

Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut.

Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”.

Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik.

Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa.

“Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia,” katanya.


Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.

"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

"Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen.

Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor.

Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat.

"Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah memberi kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak melibatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya.

Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. -HD


Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari, yang baru-baru ini mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi.

Tidak jelas mengenai kandungan surat itu kerana pakar perlembagaan itu tidak dapat dihubungi.

Malaysiakini juga belum dapat mengesahkan perkara itu dengan pihak universiti kerana ketika berita ini ditulis, waktu pejabat telah berakhir.

Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Sementara itu, Malaysiakini terus dikunjungi oleh pihak berkuasa berhubung kenyataan Abdul Aziz yang disiarkan oleh portal berita berkenaan.

Malaysiakini terus disiasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyoal siasat wartawan Malaysiakini pada Isnin lalu, sekali lagi datang dengan dua pegawai yang sama bagi mendapatkan butiran lanjut daripada kakitangan lain.

Editor berita, Wee Yu Meng disoal selama sejam dan diminta mengesahkan bahawa Abdul Aziz mengirimkan emelnya kepada portal berita berkenaan dan sejauh mana ketepatan berita yang disiarkan.

Selain SKMM, Malaysiakini hari ini juga disiasat oleh pihak polis berhubung isu yang sama.

Pegawai penyiasat dari ibu pejabat polis daerah Shah Alam, ASP Effandi Main merakamkan kenyataan daripada Wee selama satu jam setengah.

Beliau disoal sejauh mana dirinya mengenali Abdul Aziz dan berhubung kredibiliti pensyarah kanan undang-undang itu.

Pihak polis juga meminta dibekalkan salinan emel kenyataan yang dibuat oleh Abdul Aziz tetapi Wee berkata salinan yang dimilikinya telah dipadamkan setelah berita itu dimuat-naik.

Abdul Aziz dipercayai disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau pada 11 Oktober lalu berkata tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim.

Selaras ajaran Islam

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Abdul Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis NGO tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.-mk

8 ulasan:

otaklunyai berkata...

Steady Prof. itu kecik punya hal... Prof kena sentiasa ingat dan berwaspada bila berhadapan dgn org2 boddoh dan sombong... jahat pulak tu... Ilmu dan Iman mengatasi segala-galanya... Hanya Allah sebaik2 Pelindung dan pemberi Petunjuk... Semoga Prof diberi kekuatan dan leyakinan utk terus menyataka kebenaran dan hal sebagaimana yg dianjurkan oleh Junjugan Besar kita, Baginda Rasulullah S.A.W. Tiada raja dari segala raja selain dari Allah Yg Maha Gagah Perkasa...

Amuraria berkata...

BILA LEMBU DIPAWAHKAN ,BILA LEMBU DICUCUK HIDUNG ,WALAU SETINGGI GUNUNG ILMU DIDADA INILAH PADAH IKUT PERINTAH SANG PENZALIM HIPOKRIT,ANDA TAHU SIAPA DAN BILA MAHU TUKAR MENJELANG PRU-13 NANTI ! ALLAHU AKHBAR !

dino.yp@gmail.com berkata...

nobody is above the law! including aziz bari!

Awanama berkata...

dino, u mean Law of the Jungle?

Awanama berkata...

masaalah tidak akan selesai selagi BN memerintah malaysia, tumbangkan BN

Awanama berkata...

rektor kangkong kalau tak ikut arahan nanti kene tukar jadi reaktor nukliar pulak

Awanama berkata...

ini pulak prop,ulat dalam batu boleh hidup,kami yakin dan percaya prop dilandasan kebenaran tiada yang lain melainkan yang benar,tak siapa tahu besuk hari,tapi percayalah yang baik itu memang selalu di duga dengan berbagai-bagai cobaan.tapi yang pasti prop seorang yang berjiwa mulia teruskan usaha kami doakan semuga berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat.

Awanama berkata...

bandingkan dgn apa yg terjadi kepada tan sri hassan merican, dibuang petronas tapi dikutip AS...