20 Okt 2011

Siapa Pemimpin PAS Yang Akan Sertai Himpun?

Himpunan: Penganjur sahkan penyertaan pemimpin PAS

PETALING JAYA: Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam mengesahkan bahawa sebahagian pemimpin PAS Selangor akan menyertai perhimpunan itu.

Jurucakap Gabungan Cegah Murtad (GCM) Hamidzun Khairuddin, penganjur perhimpunan tersebut, berkata, mereka adalah pemimpin PAS yang dipinggirkan oleh parti. Ini termasuk NGO-NGO yang ada kaitan dengan PAS telah menyatakan komitmen untuk hadir.

Kenyataan itu bertentangan dengan mesyuarat PAS malam tadi yang membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.

Himpunan yang akan bermula jam 2 petang hari Sabtu ini dianjurkan bertujuan untuk mempertahankan akidah dari serangan gejala- gejala yang tidak diingini di samping memperaga penyatuan dan kekuatan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Hamidzun menjelaskan pihaknya tidak menjemput parti politik menghadiri program tersebut tetapi mereka boleh datang atas kapasiti peribadi.

Malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS tidak menyertai perhimpunan itu atas alasan “PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam Himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.”

Kumpulan penyokong Hasan?

Difahamkan kumpulan pemimpin PAS yang akan menghadiri Himpunan tersebut merupakan kumpulan penyokong bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Beliau tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan GCM tersebut.

Hamidzun turut mengecam keputusan PAS untuk tidak menghadiri perhimpunan tersebut dengan menyifatkan sebagai ‘hipokrit tertinggi’.

Katanya, sehingga ini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa NGO Islam lain menyatakan persetujuan untuk hadir. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga akan hadir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum dilapurkan mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan.

“Untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat,” kata bekas mejar tentera itu. -FMT

Ulasan GB

Dengan keputusan PAS untuk tidak terlibat di dalam Himpunan Sejuta Umat, penganjur HIMPUN seperti kehilangan arah. Menuduh yang bukan-bukan terhadap PAS, kononnya PAS "hipokrit tertinggi" walhal empat jarinya menunjuk ke arah diri mereka sendiri.

Kemudian diwarwarkan ada pemimpin PAS yang akan trut serta sedangkan PAS Selangor sudahpun mengarahkan ahlinya untuk tidak turut serta di dalam himpunan tesebut.

Mereka gagal untuk memerangkap PAS, lantas membuat kenyataan yang merapu kononnya ada pemimpin PAS yang akan turut serta.

Dan jika sekalipun benar ada pemimpin PAS yang pergi ke himpunan, GB percaya ia di atas kapasiti peribadi. Jika tidak, maka ia hanya satu helah untuk mencari pintu keluar dari rumah PAS.

19 ulasan:

Awanama berkata...

Sedar pun pihak penaja tanpa PAS, siapalah mereka untuk berjuang isu murtad? Betapa tiada relevannya PAS dalam sesuatu perjuangan agama.

Para juru gambar bersedialah kamu untuk snap gambar Bangla, Nepal, Myanmar, Indo, Negro dan sebagai mak nenek bangsa yang akan memakai lambang pelbagai ngo-ngo terbabit. Dan jangan lupa, minta mereka bergambar sekali dengan Mykad teknologi terbaru dan sijil penyertaan kursus keusahawanan. InsyaAllah Zimbabwei dan Zulbabwei pun bakal muncul di sana.

Sila pastikan gambar Awie Pekida, Segala gambar Ayahanda, Bonda, dan jangan lupa Berahim Ali... jangan tidur. Yang paling penting ialah gambar Ketua Pemuda PAS yang bersemangat sangat nak menyertai puak-puak munafik tu.... tengok sama kelibat Timbalan Ketua Pemuda PAS... manalah nak taukan.

Tolong kira hadirin dengan bayang-bayang mereka sekali... kalau kehadiran sikit sangat.

pasulukinta berkata...

keujudan PAS dipersada politik negara dilihat amat penting terutama perkara yg melibatkan agama. apabila PAS menarik diri, maka hilanglah seri perhimpunan tersebut. jika perhimpunan ini merupakan anjuran untuk memerangkap PAS, maka telah gagal lah rancangan mereka yg anti PAS.

Amuraria berkata...

HIMPUNAN ALA SURE HEBOH TAJAAN PARTI ARUS JAHILIAH YANG ANTI ISLAM TAPI HIPOKRIT SECARA LICIK KELENTONG DENGAN NAMA NGO-K !PARTI ISLAM HARUS WASPADA GEROMBOLAN-GEROMBOLAN GANAS & PERKAUMAN INI BERBULU AYAM TAPI MUSANG SEBENARNYA ! LEBIH LICIK DARI ZIONIS BERMUKA-MUKA !

Awanama berkata...

Himpun atas apa? Dimana mereka ini semasa Kes Azlina Joy... dimana?? Himpun pada aku hanya gerak kerja UMNO untuk meraih simpati... sedangkan umnolah punca segalanya ini terjadi

tanda soal berkata...

khas buat jurucakap! kalau nak buat baik kena la ajak orang..tapi kalau org x nak ikut x boleh paksa.
dalam islam x de paksaan... jangan main lepas cakap je..hipokrit tertinggi konon tapi anjur anti murtad.
masalah murtad ni sebenarnya boleh selesai jika negara amalkan hukum islam sepenuhnya..x perlu himpun2 pun..

WAN ZUL berkata...

Salam
Memang patut pun pihak Pas tidak terlibat secara rasmi sb awal-awal lagi penganjur beritahu tidak terlibat dg mana2 parti politik. Kalau tidak parti politik, Ngo yg mana satu? Perkasa pun bukan. Selama ini Pas yg bertungkus lumus memperjuangkan soal-soal spt ini. Objektifnya utk mendesak kerajaan mengubal Akta Murtad. Kalau memang dpd atau bagi pihak Umno kenapa tidak dibuat sejak dulu atau dibawa usul tergempar bila2 masa? Wakil umat Islam di Parlemen sudah tentu menyokong sebulat suara dpd semua parti jika disignalkan PM. Akta Murtad perlu digubal segera untuk menyelamatkan akidah umat Islam , sebagaimana yg disarankan Pakar undang-undang di UIA. Setelah itu terserahlah samada Majlis Ugama negeri-negeri utk menguatkuasakan nya. Ini termasuk sebahagian dpdnya yg membolehkan Negeri-negeri melaksanakan HUkum Hudud dinegeri Kelantan sebagai percubaan utk melihat keberkesanannya. Dipercayai semua negeri berminat melaksanakannya atas dasar iman.

terse berkata...

memang diakui orang2 seperti ibrahim ali, perkasa, zul nordin dan hamidzun kononnya jurucakap himpun tu merosakkan niat murni himpun.. tapi kita janganlah pula terlalu melampau menghentam Himpun secara keseluruhannya, kerana di sana terdapat sahabat2 kita seperti Cikgu Azmi TERAS, dan lain2 yang kebanyakkannya non-partisan..

Awanama berkata...

Syabas anak-anak muda Pas yg belum tersenarai di persada parti menyertai perhimpunan sejuta umat Islam menangani isu bersama. Sekurang-kurangnnya utk mengambarkan penyatuan suara hati umat Islam khasnya anak-anak muda sebagai tekanan kepada kerajaan supaya menggubal akta Murtad . Eloklah tu. Tuan-tuan guru duduk rehat . Bantuan diperlukan juga secara tak rasmi. Sebab ini melibatkan soal-soal asas Akidah. Khidmat nasihat selalunya mesti didatangkan dpd golongan orang-orang yang ikhlas. Berkhidmat kerana Allah.

Awanama berkata...

bgs...aku xkisah umno or pas..janji islam!!! manelah tau pasni mereka boleh bersatu padu, nk tgk jgk...AKU RINDU MELIHAT BANGSA MELAYU BERSATU, KUAT, BERDAMAI, ketepikan ego2 msg2...mmg org melayu mmg terkenal dgn sikap ni, tp sedarlah dunia pn xlama...kalau nk buat akta murtad,hudud berbincanglh sesama..jgn maki sana,keji sini..yg ulamak tunjukkan tauladan baik bukan setakat penampilan berserban saja tp hendaklah disertai dgn perbuatan..aku teringat seorg ustaz bercakap " ULAMA ITU ADALAH MANUSIA YG PALING PENYABAR DIANTARA SEMUA MANUSIA KERANA MEREKA PEWARIS NABI"...TP KITA LIHAT SAPE YG MEMPUNYAI SIFAT SEBEGINI?JUJURNYA AKU MELIHAT HANYA USTAZ HARUN DIN SAHAJA YG LAYAK DIPANGGIL ULAMA!!! skg ni mcm2 gelaran diberi kerana berpernampilan warak seperti berserban,kopiah,jubah, dan last2 dpt title ustaz sedangkan Allah xpandang ni semua...golongan ni bnyk dipasaran kerana golongan ini tidak lgsg punyai sifat2 seperti nabi iaitu sabar, lembut, hikmah...AKU RISAU GOLONGAN ALIM YG BTL2 WARAK TIDAK LAGI DIHORMATI OLEH GENERASI MUDA KERANA PENCEMARAN OLEH ULAMA/UUSTAZ2 CELUP...SEMOGA ALLAH LINDUNGI AKU DARI TIPU DAYA DUNIA KERANA TIADA APE MUSTAHIL DISEBALIK DUNIA YG KIAN PUPUS INI...NAUZUBIILAH!!!!

Awanama berkata...

anon 11:03,
sepatutnya sebagai seorang islam yg berpegang kepada lima hukum taklif(wajib, haram. sunat, makroh dan mubah) kita misti mengambil kira setiap pekerjaan atau apa saja yg kita lakukan supaya setiap kerja yg dilakukan itu tidak melanggar suruhan ALLAHswt begitu juga dalam memilih parti politik misti mengambil kira dasar yg dibawa oleh parti tersebut kerana sebaik mana pun orang berkenaan yg kita pilih sebagai pemimpin ia terpaksa mengikut dasar parti tersebut dan dasar tersebut akan diterapkan dalam masyarakat,oleh itu berhatilah2 dalam memilih parti politik bukan bantai secara buta tuli kerana yg menerima akibat nya ialah kita sendiri bukan didunia sahaja malah akan dibawa keahirat dihadapan RABBULJALIL fikirkanlah2.

sokong ulama berkata...

anon 11:03,
masalahnya..ada ke kerajaan kisah kata2 ulamak..jangan jadi jurucakap la...perpaduan akan automatik datang bila islam difahami sedalam-dalamnya..

Awanama berkata...

hasan ali ??? kumpulan UG????

Awanama berkata...

Terdapat beberapa pemimpin NGO hari ini(20hb Okt) menyelar PAS sebab tak mau ikut berhimpun.Hakikatnya PAS tidak mahu bermain atas papan catur UMNO terkecuali Ketua Pemuda PAS yang cetek ilmu politik.Dimana NGO-NGO ni sewaktu UMNO menolak cadangan hukum Murtad diParlimen dulu?Tak kedengaran pun suara mereka.Baru-baru ni bila Najib menolak cara total perlaksanaan hukum Hudud,mana suara-suara NGO-NGO yang kononnya Islam?
Sebab nak berpesta 1 juta,baru nak tunjuk belang.Percayalah himpunan ini adalah kerja UMNO untuk melindungi "dosa-dosa" yang telah mereka lakukan terhadap Islam.UMNO - bukan sekadar "menyekat dan menghalang" Islam,tapi terlibat mencela dan menghina Islam dan paling buruk membiarkan komponen-komponen dalam BN menghina Islam.

Awanama berkata...

Himpunan 1 juta ada kaitan nak jatuhkan Kerajaan Selangor dan nak memburukkan kerajaan Tan Seri Khalid.Ada pemimpin PAS diSelangor dan Pusat,baling batu sembunyi tangan.Kumpulan tegar UG ni,tak usah nak main politik,orang tau dah.Lihat kenyatann Presiden yang menyatakan PAS tidak terlibat dengan perhimpunan ini - hambar,biasa tanpa kesungguhan,alasan pun kurang "power".Sikap begini membuat orang macam Hassan Ali,Nasaruddin Tantawi dan Nik Abduh,boleh ambil kesempatan untuk terus menjadi "duri dalam daging" PAS.

Awanama berkata...

Berhimpun nak buat apa? Mendesak? Tunjuk ramai? Apa? Semasa UMNO ada kuasa diParlimen 2/3 dulu,depa yang menolak hukum Murtad.Kalau berhimpun 10 juta sekali pun kalau sikap UMNO terhadap Islam tidak berubah,buang masa dan tenaga aje.Lebih 50 tahun memerintah,takkan sekarang baru sadar? Tak percaya,mari tunggu sama-sama,apa UMNO nak buat lepas perhimpunan ni.

Awanama berkata...

Wan Zul,
Semasa PAS mengusulkan hukun Murtad diParlimen dulu,ahli-ahli Parlimen dari UMNO yang kononnya Islam,yang menentang usul itu.Hari ini baru nak berhimpun seramai 1 juta.Ini kerja tipu dan amat memualkan.Malang sekali,umat Melayu ni selalu dan senang sekali diperkudakan oleh UMNO.

Awanama berkata...

anon 11:03,

Umat Melayu takkan mampu bersatu sampai kiamat. Ini kerana permintaan Rasulullah SAW ketika akhir hayatnya agar umat Islam mampu bersatu tidak diperkenankan Allah SWT. Jadi bodohlah harapan anda itu. Jika umat Islam yang satu akidah tidak mampu bersatu, masakan umat Melayu mampu bersatu.

Awanama berkata...

Hassan Anak Ali @ UG?

Saya berkata...

kita diminta berhimpun setiap 5 waktu..
setiap jumaat..
setiap aidilfitri & aidiadha
dan d Tanah Suci Mekah - haji.
suatu ms nanti kt akn dihimpunkan kesemuanya dn di soal brkenaan himpunan2 yg dituntut di atas..
HIMPUN x kan di tanya kot?