31 Okt 2011

Siapa Dalang Di Belakang Mat Rempit Yang Berdemonstrasi Haram Di Pulau Pinang?

Demonstrasi Haram: Lima Individu Ditahan Di P. Pinang

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Perhimpunan dipercayai dianjur beberapa pertubuhan bukan kerajaan di negeri ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati perhimpunan disertai kira-kira 200 penunggang motosikal yang memulakan protes kira-kira 12 tengah hari tadi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis. -BERNAMA.

Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis

Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. -mk


Rempits want race track, condemn ‘racist’ CM

GEORGE TOWN: Another demonstration marred the state legislative assembly session when some 300 youths on motorcycles held a convoy.

The Mat Rempits demanded that the state government builds a race track for them.

The two-kilometre convoy was from Komtar, which houses state government offices, to the State Legislative Assembly House in Lebuh Light.

The Mat Rempits, claiming to be members of the unregistered Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3), gathered at the Komtar ground floor around noon before kickstarting their convoy to the House via Penang Road and Chulia Street.

Ironically, they were escorted by police patrol cars and traffic policemen on motorbikes throughout the journey.

Many of the Mat Rempits were spotted wearing yellow t-shirts with an anti-Chief Minister Lim Guan Eng slogan, which read: “Selamatkan Pulau Pinang. LGE Rasis !!!” (Save Penang. LGE racist).

The convoy, which stopped several times, also brought traffic to a standstill in certain areas. The bikers also displayed banners, which among others, read: “Selamatkan Pulau Pinang. Selamatkan Mat Rempit.”

The convoy reached outside the House at 1pm and the bikers chanted anti-state government slogans, condemning Lim as a “racist” and “communist”.

Apart from hurling abuses at the policemen, some also smashed their helmets on the road to register their protest.

The bikers even defied the police’s order to disperse, leading to five of them being held, including Sabaruddin Ahmad, who claimed to be the PER3 president.

‘Hired by Umno

Lim’s political secretary and Komtar assemblyman Ng Wei Aik was quick to describe the rowdy bikers as “hired Umno protesters.”

“Mat Rempits are not interested in politics. I say the protesters were paid by Umno to demonstrate only until 1pm,” he told reporters.

Ng was also furious with the police’s lack of action and demanded an explanation from city police chief ACP Gan Kong Meng.

“The police were unprofessional in handling this violent protest. The OCPD owes the public an explanation on his failure to uphold law and public order.

“Why is the OCPD so afraid of Umno?” he asked. -FMT










Ulasan GB

Mat-mat Rempit meminta pembinaan litar lumba untuk mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Justeru, dapat dilihat bahawa tuntutan untuk litar lumba hanya satu dalih dan camouflage untuk satu tujuan lain membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Jelas sangat Mat-mat rempit diperkudakan oleh pihak tertentu di Pulau Pinang untuk menimbulkan kekecohan.

Lima orang ditahan, diambil kenyataan dan dilepaskan.

Ini mengingatkan kita mengenai kejadian awal Julai lalu dimana sekumpulan 300 orang membuat kecoh di Pulau Pinang, dimana Senator Ezam Mohd Noor juga ditahan tetapi tiada sebarang tindakan diambil ke atas kumpulannya.

[Bergambar] Dunia Saksikan, Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan



19 ulasan:

Amuraria berkata...

SAH DIDALANGI OLEH PENGKHIANAT-PENGKHIANAT DARI UMPORNO@APCO-BN YANG TAK SENANG DENGAN KERAJAAN PR YANG MENOLAK RASUAH,KRONISME DAN PENYELEWENGAN ! SORRU MISS DAA UNTUK KRONI PERASUAH SEJAK PR PERINTAH TAPI BARUA-BARUA UMNGOK BUAT WAYANG PM PULAU PINANG RASIS !

Awanama berkata...

ni bkn tshirt kuning BERSIH tapi otak kuning UMNO..bper hengget bdk2 mat rempit ni dapt sebagai upah erkk.. kahkahkah

Awanama berkata...

ni bkn kuning BERSIH tapi otak kuning UMNO, bper hengget bdk2 mat rempit ni dapat sebagai upah erk.. kahkahkah

bunbinban berkata...

gua rasa dalang nih mesti otak potong block...sengal. hahaha...Oiiii bingai...mintaklah masjid ke, ceramah agama ke, takzirah ke, hukum hudud ke atau pun mintak je overhaul otak lu org yg sengal tu. hahaha...ni ke jenis nak jadi pemimpin....pegi jadi mujahideen lagi baik dr jadi mat rempit..mati katak. gua lempang jugak puak2 nih buat malu Islam je. bingai

Unknown berkata...

alahai...kesian sungguh kat mereka2 ni...erm..moga 1 hari nanti mreka sedar...insyaALLAH...

Awanama berkata...

kesian melayu mat rempit kena jual lelong oleh umnongok.....berapa rm upahnya....buat le lagi banyak supaya org cina semakin benci dgn umnongok....

Awanama berkata...

Sebagai bekas penduduk pulau pinang dan membesar di sana aku malu dengan tindakan mat-mat rempit bodoh ni. Takde benda lain ke nak tuntut? Orang Cina tuntut dapatkan tapak perniagaan untuk majukan diri korang tuntut dapatkan track lumba. Apalah bodoh dan bangang sangat korang sampai boleh dikudakan golongan tertentu untuk kepentingan diorang

Awanama berkata...

1. Mat Rempit mana suka litar lumba?? Mat Rempit lebih suka jalan raya / lebuh raya.
2. Mat Rempit pun dah pikir pasal 'RASIS'??? herann...
3. Mat Rempit dah mula pikir nak selamatkan pulau Pinang? Utk sapa? Ketuanan Melayu (UMNO)?
Jangan ingt org bodoh la weii...

Panji Timur

Awanama berkata...

namanya pun mat rempit, sampah masyarakat, menyusahkan org aja... tak payah lah nak mintak itu ini drp kerajaan, baiki diri dulu, jgn buang masa dan tenaga muda dgn merempit, belajar atau cari kemahiran utk berdikari, nnti nak kawin dan ada keluarga, cam na nak sara keluarga kalau kerjanya merempit tak tentu hala, bukan saja sia2 malah rugi masa, membahayakan diri sendiri dan org lain.

jgnlah melayu, bangun dan ubah. islam pun x suka anak muda yg sebegini, mudah2an Allah memberi taufik dan hidayah kpd mereka.

Awanama berkata...

PENANG...DAH PECAH REKOD. NEGERI PALING BANYAK DEMONSTRASI. TAPI TAK ADA LE PULAK..SEKATAN JALAN RAYA ATAU APA ? BAHKAN DILAPOR SGT POSITIF OLH TV3, UTUSAN DLL (TV3 & UTUSAN - SGT MENENTANG DEMONSTRASI KATANYA).

Awanama berkata...

Pertubuhan islamgabungan amal
Tapi demostrasi minta litar lumba
Bingai ke apa.
Umno penang ni dah la renti x2 kan lah tunjuk kebodohan
Isu duit warga emas.. mcm mcm la....dr novandri nobody fool tak join ke

Awanama berkata...

bunbinban

Gua sokong lu pya statement 200%

-fread-

Awanama berkata...

Nak kata siapa yg dalang,harap polis siasat betul2.. Bagi sy,mat rempit tak layak untuk memperjuangkan hak melayu. Kita jangan tuduh siapa yang dalang,biar ada bukti..

kulaan al-tantuya berkata...

seluruh institusi kerajaan telah UMNO lacurkan... la ni MAT REMPIT pon depa pergunakan jugak... issshhhhh! desperated sangat dah umno ni....

Anak Perelih berkata...

ini bukti demo mat rempit ni didalangi UMNO....
http://umno-online.com/?p=22086

Awanama berkata...

Dr novandri anak indon jgn tunjuk samseng

Awanama berkata...

Pertubuhan Islam Gabungan Amal?Minta litar lumba untuk mat rempit?Laaaaa..minta la dana untuk dakwah ke,untuk buat kerja amal ke,repair surau ke atau buat masjid? Buat le sesuatu yang berfaedah Sabaruddin oiii...nama tu bukan main hebat tuh...

1 Malaysia berkata...

Memalukan aja. Bahlol, Bangang, Bodoh, Biol, Mangkok, ....
Gabungan Islam Amal ????? Patut tukar ke Gabungan Amal Rempit.
Inikah tahap mentaliti orang Melayu kat Tanjung tu?

Awanama berkata...

mat rempit dpd zaman umno lg..