31 Okt 2011

Gobala & Dua Yang Lain Dihalau Keluar Dewan

Ahli Parlimen, Padang Serai Gobala Krishnan diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul.

Dewan kelihatan tegang apabila Gobala tidak henti-henti mencelah Karpal Singh selama tujuh minit walaupun diarahkan untuk berhenti bercakap dan duduk oleh Tuan Speaker.

"Kamu perlu mendengar peraturan saya sebelum kamu membuat peraturan kamu semua. Jadi saya minta Bagan Serai duduk, Bukit Jelutong duduk atau saya mengarahkan kamu keluar kerana tidak mengikut peraturan Dewan," kata Dr Wan Junaidi.

Terdahulu Karpal Singh membangkitkan isu Kampung Buah Pala yang beberapa minggu lepas kecoh apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menulis di Twitternya-'Mungkin dia nak roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung buah dada'.

Tweet Khairy itu adalah berseloroh dengan Papagomo yang menjadi isu utama mengenai kes anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekolahnya yang dibangkitkan berulang kali di Dewan Rakyat oleh DAP.

Gobala bagaimanapun diarahkan masuk semula ke dewan pada sebelah petang oleh Dr Wan Junaidi.

Namun, Karpal merasakan denda terhadap Gobala terlalu ringan kerana tidak dibenarkan masuk dewan hanya beberapa jam sebelum sesi perbahasan di sebelah petang bersambung semula. -mstar

Giliran Ahli Parlimen Bakri & Segambut Pula Diarah Keluar Dewan

KUALA LUMPUR: Tidak kurang sejam persidangan Dewan Rakyat bersambung semula pada sebelah petang, giliran Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa pula diarahkan keluar dewan.

Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Teck Hwa keluar kira-kira 3.15 petang tadi setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan sensitif mengenai hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Bakri...cukup, menteri pun dah duduk. Saya kata cukup dan duduk. Kalau tak nak berhenti saya arahkan keluar sekarang," katanya.

Teck Hwa berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Speaker yang menolak pertanyaan lanjutnya mengenai isu berkenaan.

"Saya hanya ingin tahu sama ada daripada menteri ada atau tidak hubungan itu dilakukan?," katanya.

Beliau mendakwa memperoleh maklumat hubungan itu menerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang membangkitkan isu tersebut melalui fakta yang terperinci dan bukannya hanya cakap kosong.

Turut diarah keluar Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. -mstar



2 ulasan:

Awanama berkata...

paria nie sekoq jenih tak reti bahasa...

Awanama berkata...

tu ahli parlimen nak tau hubungan dagang m'sia dgn israel, kenapa di arah keluar, kenapa x jwp, patutnya ahli parlimen islam yg lebih2 lagi kena tanya hal ni.

apa punya parlimen m'sia, speaker pandikar ni arah org keluar time org tanya soalan penting.

soalan sensitif konon, sapa yg label nya sbg sensitif, kenapa sensitif, sedang israel bunuh org islam buta2 aja.. ada hati nak berdagang dgn israel?

org melayu islam ni memang layulah agaknya ((pandikar ni melayu ke.. slang ni pun macam indon aja), padahal org islam mesti keras/tegas pd org bukan islam yg menyentuh agama islam, cam israel tu lah.

gobala tu pulak cam zulkflinordin lah, naik basikal ke parlimen. suka buat kacau, kepala sama kot.